Selepas pelakon Emma Maembong dan adiknya, Chacha turut diperkatakan selepas nama mereka dipetik dalam isu melibatkan penyanyi Aliff Aziz, Ruhainies dan wanita bernama Sarah Yasmine oleh warganet, Emma tampil memberikan penjelasannya.
Panjang lebar menjelaskan situasi sebenar di dalam video yang dikongsikan di Instagram, Emma antara lain mengakui kesilapannya kerana bertanya kepada Ruhainies mengenai khabar angin isu melibatkan isteri Aliff iaitu Bella Astillah.
Emma berkata, dia tidak mempunyai niat tidak baik, sebaliknya hanya ingin mengetahui perkara sebenar mengenai apa yang berlaku.
“Saya cakap jujur, sepanjang saya shooting memang kes Bella viral dekat kita punya produksi, belakang tabir. orang asyik cakap dan tanya tapi saya cakap tak tahu.
“Saya dengar macam-macam cerita dan khabar angin. Saya dengar cerita, saya jadi kesian dekat Bella. Tapi saya ada dengar orang lain borak, orang kata sebaliknya,” kata Emma.
Malah Emma turut memaklumkan dia tidak menyelebelahi mana-mana pihak dan mengakui dia sepatutnya menghubungi tuan badan sendiri bagi mengetahui khabar angin tersebut.
Susulan salah faham itu, Emma sudah berhubung seterusnya memberikan penjelasan dan memohon maaf kepada Bella melalui rakan artis.
“Saya nak minta maaf kepada Bella sebab jadi kepochi. Saya minta maaf, saya tak sepatutnya masuk campur. Saya pun dah kahwin, faham benda itu. Saya tak ada niat nak kutuk, saya minta maaf,” katanya lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini