Mahu dirinya dilihat menerusi bakat lakonannya, pelakon Nadzmi Adhwa tidak mahu dilabel sebagai artis popular dengan hanya bersandarkan pada kontroversi semata-mata.

 

Lalu, dia juga cuba cabar diri dengan mendukung watak yang berbeza daripada sebelumnya.

 

Menerusi filem komedi seram Busot Bonang misalnya, pelakon berusia 27 tahun ini berjaya mencuit hati penonton dengan watak yang dipegangnya sebagai Lutfy.

 

Saya nak orang nampak saya  ‘hidup’ dalam industri hiburan menerusi bakat, bukannya kontroversi kerana saya masih ‘hijau’, banyak lagi watak dan perkara yang saya perlu pelajari. 

 

“Sekali gus, dapat memperbaiki diri saya dalam setiap babak yang saya pegang,” katanya kepada MH.

 

Suami kepada pelakon Ardell Aryana ini ditemui pada majlis tayangan perdana filem Busut Bonang di eCurve, Damansara pada Selasa.

 

IKLAN
“Saya Nak Orang Nampak Bakat Lakonan, Bukan Kontroversi,” – Nadzmi Adhwa

 

Tambahnya, dia menyukai filem yang bergenre komedi arahan Khalid Nadzri kerana ia lebih santai dan kena dengan jiwa.

 

Malah, Nadzmi juga akui bahawa dia seorang yang ‘gila-gila.

 

IKLAN
Jika ada peluang yang dilihat dari sudut mata pengarah, saya mahu juga mencuba watak-watak lain kerana watak komedi yang saya pegang ini juga memang kena dengan jiwa saya. Saya juga seorang yang ‘gila-gila’ dan loud. 

 

Saya memang suka genre komedi dan dapat pula naskhah yang santai macam Busut Bonang, memang seronok dan berjaya buat penonton ketawa. Insyallah,” katanya lagi.

 

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on

Filem ini mengisahkan kejadian seram di kampung Bonang yang gempar dengan hantu arwah Cikgu Hassan lakonan Ropie yang asyik berkeliaran.

 

Antara pelakon lain sepert Along Eyzend, Jasper Supayah, Sahronizam Noor, Hairi Safwan dan Abby Nadzri.

 

Busut Bonang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 19 Disember depan.

“Saya Nak Orang Nampak Bakat Lakonan, Bukan Kontroversi,” – Nadzmi Adhwa

 

Foto: Instagram Busot Bonang Hashtag
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI