Episod akhir drama rantaian, Curi-Curi Cinta yang bakal siaran jam 10.00 malam ini menerusi slot MegaDrama di Astro Ria nyata bakal memberi kerinduan terhadap jalan cerita serta para pelakonnya di kalangan pencinta drama tempatan.

Rata-rata menerusi media sosial berkongsi rasa terhadap drama arahan YM Raja Ahmad Alauddin itu kerana bagi mereka, barisan pelakon memberikan kualiti lakonan terbaik hingga menusuk ke hati.

Selain Aiman Hakim dan Zahirah yang menjadi perhatian dek keberkesanan watak dibawa mereka, peranan yang dimainkan si ibu kepada Intan Raihana, Fauziah Nawi juga tidak boleh dipandang sepi.

Seperti biasa, kredibilitinya dalam lakonan sedia terbukti dan ternyata watak sebagai Mak Su, seorang ibu cekal yang cacat penglihatan dibawa cukup baik di tangan pelakon senior ini.

Menerusi Instagram miliknya, bintang yang sinonim disapa Ibu Fauziah ini ada berkongsi sedutan promo drama yang mencetuskan fenomena itu.

Ads

Lalu menjengah ke ruangan komen menerusi entri terkininya pula, rata-rata memberikan reaksi positif terhadap kualiti lakonan yang dibawa Ibu Fauziah.

Ads

“Saya Nak Peluk Ibu, Lakonan 5 Bintang,” – Sebaknya Hati Bila Ada Babak Maksu…Tahniah Ibu Fauziah Nawi!

“Saya Nak Peluk Ibu, Lakonan 5 Bintang,” – Sebaknya Hati Bila Ada Babak Maksu…Tahniah Ibu Fauziah Nawi!

Ads

“Saya Nak Peluk Ibu, Lakonan 5 Bintang,” – Sebaknya Hati Bila Ada Babak Maksu…Tahniah Ibu Fauziah Nawi!

Selain tiga bintang utama yang tersebut, barisan pelakon lain yang turut membantu menghidupkan jalan cerita drama ini ialah Talha Harith, Uyaina Arshad, Adam Lee dan ramai lagi. Tahniah buat semua team Curi-Curi Cinta!

Foto: Instagram Fauziah Nawi.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI