Satu entri Instagram yang telah dikemas kini oleh hos terkenal, Datuk Aznil Hj. Nawawi nyata menjentik jiwa ramai.

Kisahnya, Datuk Aznil yang sinonim disapa Pak Nil secara tak sengaja telah didatangi seorang kanak-kanak di sebuah premis makanan di Johor Bharu yang mencari rezeki dengan membantu ibunya menjual tisu demi kelangsungan hidup.

Menerusi rakaman yang boleh ditonton secara penuh menerusi saluran YouTube miliknya itu, ia merakamkan gelagat kanak-kanak berkenaan bersama Pak Nil yang dilihat ingin menjual tisu kepadanya.

Bagaimanapun, Pak Nil dilihat dari riak wajah yang sebak apabila mengetahui kanak-kanak terbabit dirinya sudah kehilangan bapa dan cuba membantu si ibu mencari rezeki.

“Berapa ni?” tanya Pak Nil.

“Ikut suka nak bayar berapa,” jawab kanak-kanak berkenaan.

Ads

Rata-rata peminat turut sama rasa sebak dan ada di antaea mereka yang mendoakan kesejahteraan kanak-kanak itu dan Pak Nil moga dimurahkan rezeki.

Sementara itu menerusi satu entri terkini, Pak Nil turut akui rasa terhibur dengan gelagat kanak-kanak berkenaan selain turut menyambut baik andai ada mana-mana penerbit yang ingin mengambil kanak-kanak tersebut berlakon atas bakat semula jadinya.

Ads

“Lepas beli semua, #paknil suruh anak itu balik terus. Jgn rayau2 lagi. Terhibur Paknil dapat usik si kecik ini. Sememangnya kejujuran mereka menghiburkan.

“Sesiapa jumpa anak ni di JB, cakap kat dia, Paknil kirim salam dan bg tau dia yg dia dah popular!

“Kalau ada produser nak pelakon kanak2, tolong ambik anak ini, Paknil rasa mcm dia ada bakat yg semulajadi la.

Ads

“Suara bercakap pun sedap dan lembut. Semoga Allah menjaga mu anak,” tulisnya.

Saksikan video versi penuhnya di sini;

Foto: Instagram Datuk Aznil Haji Nawawi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI