Juri jemputan Gegar Vaganza 7 (GV7) bagi pusingan separuh akhir, Datuk Syafinaz Selamat mengakui dia juga tidak menyangka dengan keputusan malam tadi.
Tiada penyingkiran, kesemua tujuh bintang GV7 mara ke pusingan akhir minggu hadapan.
Bagaimanapun, penyanyi dan guru vokal ini menyifatkan apa yang berlaku kerana perbezaan markah yang diberikan barisan para juri yang menilai.
“Bila di dalam sesebuah pertandingan, kita yang duduk di kerusi juri pun, kita tidak tahu berapa orang sebelah (juri lain) kasi (markah).
“Jadi markah-markah itu ialah markah yang personalkan. Kadang-kadang kita sendiri pun akan cakap oh, markah peserta ini di sini? Padahal mungkin saya letakkan dia di atas, juri lain letak di bawah. Jadi tidak tahu.
“Kita sebagai juri pun kadang-kadang memang terkejut,” katanya ketika ditanya Danial mengenai senario kedudukan peserta pada segmen GV Live+ sejurus tamat saingan.
Syafinaz turut memberikan beberapa nama peserta yang menunjukkan peningkatan berbanding persembahan minggu lalu, meningkut pendapatnya.
“Saya tidak melihat penyertaan mereka daripada awal saingan, akan tetapi saya sudah berada di sini pada minggu lepas dan minggu ini, saya nampak Cliff sebenarnya ada perubahan yang besar.
“Mungkin kerana pilihan lagu yang lebih baik kali ini.
“Saya juga nampak Ayu lebih baik minggu ini, malah Ashira pun lebih baik.
“Memang ada perubahan dan kemajuan daripada peserta,” katanya lagi.
Tidak menolak GV musim ini mengejutkan, Syafinaz turut memberi pendapat mengenai apakah kriteria yang perlu ada dalam diri peserta untuk bergelar juara GV7.
“GV kali ini satu kejutan, yang mana saya merasakan ia sangat baik. Pada saya ia lebih seronok kerana adanya elemen kejutan itu.
“Untuk seorang juara, saya rasa dia perlu menarik minat kita untuk melihat persembahan dari mula sampai akhir,” tambahnya.
Terdahulu, Cliff Umar nyaris tersingkir apabila mendapat markah paling rendah di antara kesemua peserta yang tinggal ialah 55.00 peratus.
Sementara Oja sukses menduduki carta markah yang paling atas dengan mengumpul 68.90 peratus.
Selain Syafinaz, seorang lagi juri yang turut diundang bagi mengadili persembahan di samping dua juri tetapnya iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahmi ialah penyanyi, Jay Jay.
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI