Baru-baru ini artis versatil Didie Alias dan keluarga telah menjadi tetamu jemputan untuk sebuah rancangan masakan bertajuk Masak Apa Tu yang ditayangkan di TV3.
Rancangan Masak Apa Tu merupakan sebuah program masakan kekeluargaan yang menampilkan selebriti tempatan disamping untuk berkongsi tentang keluarga dan perkembangan terbaru mereka.
Menariknya, pelakon yang berusia 47 tahun itu telah berkongsi bersama penonton mengenai kehidupannya yang terkini bersama suaminya, Norhisham Ismail.
Dalam pada itu, Didie juga telah berkongsi bersama penonton mengenai pegangan hidupnya.
“Bagi saya orang kata ajal maut pertemuan semua di tangan dia. So saya ni dah kali kedua dan saya harap jodoh saya ni biarlah sampai ke jannah.”
“Saya juga perlukan bimbingan juga dari seorang suami dan saya harap juga saya dibimbing bersama anak-anak sampailah syurga, itu harapan sayalah.”
“Alhamdulillah, kita pun dipanjangkan umur dan dapat nak tengok cucu, nak minta anda semua mendoakan kami semua keluarga kami doakan yang baik-baiklah.”kongsi Didie bersama penonton.
Lalu, peminat telah memberikan komen yang positif diruangan komen video tersebut. Rata-rata peminat mendoakan kebahagian rumah tangganya kekal hingga ke akhir hayat.
Terdahulu, pelakon yang berasal dari Melaka itu telah berkahwin bersama seorang pelakon bernama Ridzuan Hashim pada tahun 1992 dan telah bercerai pada 2002.
Kemudian, Didie sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama Norisham Ismail pada tahun 2009.
Video : YouTube TV3 Malaysia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sampai Mekah Perasaan Rindu Pada Anak Datang Kembali,” – Lufya Omar Rindui Permata Hati
‘Saat paling sedih tinggalkan anak yang masih kecil’. Itulah perasaan dirasai pelakon Lufya Omar sebelum berangkat ke Tanah Suci beberapa hari lalu.
Terpaksa meninggalkan anak berusia dua tahun, namun Lufya tetap kuatkan diri untuk menjejakkan kaki ke tanah suci.
“Saat paling sedih tinggalkan anak yang masih kecil.
“Berat rasa nk tinggalkan Haura sebelum berangkat ke Madinah tempoh hari tapi perasaan tu hilang sejurus sampai di sana.
“Apa yg lebih difikirkan adalah ibadah dan ingin dekat dengan Allah dan Rasulullah .
“Baru sampai di Makkah tiba-tiba perasaan rindu pada anak datang kembali. Melihat video yang diambil oleh adik fya buat bertambah rindu dengan Haura.
“Tambah lagi di sini ramai parents dari seluruh pelusuk dunia membawa anak mereka utk merasai pengalaman berada dalam Tanah Haram ini,” kongsinya.
Malah, Lufya turut berkongsi suasana sekitar Mekah melihat gelagat kanak-kanak bersama ibu bapa masing-masing.
“Comel2 anak-anak kat sini dengan pakai ihramnya, yang tak larat nak jalan mintak naik bahu ayahnya, ada yang digendung ibunya dan sebagainya.
“Melihat gelagat mereka teringat pulak kat Haura. Fya tengok takde la susah mana pun kalau nak bawak anak ke Makkah cuma penat sikit la.
“Waktu time mengelilingi kaabah je kita kena buat sendiri sebab takut najis anak kan. Kene ada yang jaga sebentar sementara melengkapkan 7 pusingan mengelilingi kaabah kemudian saie dan tahlul boleh bawak anak dalam stroller,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon itu juga mahu memberi pendedahan awal kepada anak-anak untuk menanam rasa cinta terhadap agama.
“Apa yg fya nak sampaikan ni kalau ada kemahuan segalanya boleh. Bagi lufya bagi pendedahan awal kepada anak supaya kita pupuk sifat cintakan agama lebih dari segalanya.
“Anak-anak yang berjaya ni jangan pandang hanya pada pendidikannya tapi akhlaknya.
“Adakah anak ini akan mendirikan solat dan tanggungjawab agama dengan baik? Adakah anak ini anak yang mendoakan ibu-bapanya ketika masih hidup atau mati? Adakah anak ini akan menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain yg menjadi amal jariah kepada ibu ayahnya?
“Itu yg lebih perlu kita titik beratkan dan rancang dari sekarang. Semoga Allah menjadikan kita ibu bapa yang menjalankan tanggungjawab dan amanah Allah dengan baik. Tolong aaminkan,” akhirinya.
View this post on InstagramA post shared by Lufya (@lufyalaana) on
Sementara itu, Lufya dipertemukan dengan rakan artis seperti Izara Aishah, Ifa Raziah dan Wany Hasrita di Kota Mekah dan merakam foto bersama.
View this post on InstagramA post shared by Lufya (@lufyalaana) on
View this post on InstagramA post shared by Lufya (@lufyalaana) on
View this post on InstagramA post shared by Lufya (@lufyalaana) on
Foto: Instagram Lufya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sesiapa Ada Problem Fobia Or Anxiety…,”- Zahida Rafik Atasi Masalah Takut Pada Ketinggian Dengan Bantuan Umie Aida
Pelakon Zahida Rafik telah memuat naik beberapa keping gambar dan video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Zahida telah berkongsi bersama peminatnya ketika dia sedang bercuti bersama rakan pelakon, Datin Seri Umie Aida di Pulau Sipadan, Sabah.
Menariknya, rakaman video yang dimuat naik oleh pelakon yang terkenal dengan filem Mami Jarum itu telah melakukan sukan ekstrem payung terjun di tengah laut.
“Sesiapa ada problem fobia or anxiety or takut ketinggian you can just jumpa @umieaida9 jer ok, she can fixes ur problem like how she fixes mine”tulisnya.
Kongsi pelakon berdarah kacukan Melayu-Pakistan itu, dia mengakui bahawa dia sangat takut pada ketinggian.
Bagaimanapun, perasaan takut Zahida itu dapat diatasi dengan bantuan Umie.
Perkongsian Zahida itu telah mendapat pujian daripada netizen diatas keberaniannya itu.
Berikut adalah gambar percutiannya bersama Umie.
View this post on Instagram“You can never be lost when you learn to get lost into the blue of the sea…”
A post shared by zahidarafik (@zahidarafik) on
View this post on InstagramEat – sleep – scubadiving – repeat ? #sipadan #scubadiving #ocean #sabah
A post shared by umieaida ?? (@umieaida9) on
Video/Foto : Instagram Zahida Rafik
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cara Awak Memang Salah, Sampai Hati Kerja Belakang-Belakang Ni,” – Fify Azmy Lapor Polis Susulan…
Pelakon meningkat naik, Fify Azmi menzahirkan rasa kecewa selepas mendedahkan dirinya telah menjadi mangsa penipuan pembantu peribadinya sendiri.
Menurut Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, dia sendiri tidak menyangka pembantu peribadinya itu akan bertindak sedemikian walaupun telah dilayan dengan baik selama ini.
“Kak Nora, saya sangat kecewa dengan awak. Saya tak sangka dia boleh buat saya macam ni. Selama ini saya layan awak dengan baik. Gaji dan segala yang dia perlukan saya bagi.
“Kerja dengan saya sangat mudah. Saya bukan diva yang akan suruh buat itu ini atau ambil itu ini. Tapi dia sendiri kena tahu tanggungjawab seorang PA.
“Awak kata awak dah berpuluh tahun kerja dalam industri tapi bila buat perangai macam ni, memang tak masuk akal. Saya sangat kecewa,” katanya.
Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Wira itu menerusi sesi siaran langsung yang dikongsikan di laman Instagram.
Dedah Fify lagi, selain membuat perjanjian tanpa pengetahuan dirinya, pembantunya itu juga telah mengambil duit tiga kali duit bayarannya.
“Saya nak hubungi awak pun, awak buat saya macam budak-budak. Awak ingat saya bodoh. Saya berlembut selama ni tak bermakna awak pijak kepala saya.
“Cara awak memang salah. Sampai hati kerja belakang-belakang ni. Awak deal senyap-senyap. Awak tak boleh buat macam ni. Memang salah. Bukan dalam kontrak pun.
“Kalau setakat RM5,000 saya boleh tutup mata tapi awak dan ambil bayaran saya 3 kali. Bukti semua ada. Bank statements pun ada. Memang kantoi busuk. Memang masuk dalam akaun awak tapi kenapa cakap duit tu tak dapat?,” ujarnya lagi.
Sementara itu, bekas peserta Dewi Remaja 2014/15 ini juga mendedahkan dirinya juga telah membuat laporan polis mengenai perkara ini.
“Takpelah mungkin bukan rezeki saya. Apapun, sesiapa sahaja yang pernah kerja dengan Kak Nora ni, hati-hatilah. Saya halalkan makan minum awak tapi jangan buat macam ni lah dengan orang lain.
“Saya dah buat laporan polis. Saya akan berjumpa dengn inspektor polis di Bukit Aman. Saya tak nak tahu dah kalau duit saya hilang tapi tolong jangan buat macam ni lagi.
“Saya reda. Saya kerja siang malam. Sampai waktu untuk diri sendiri pun takda. Awak tak tahu saya macam mana. Kalau saya tak suka seseorang itu, jumpa pun saya tak nak,” akhirinya.
Sehingga kini, video pendedahan tersebut telah pun meraih lebih 11 ribu jumlah tontonan.
Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis telah memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar individu tersebut mendapat hukuman yang setimpal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fify Azmi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI