Baru-baru ini artis versatil Didie Alias dan keluarga telah menjadi tetamu jemputan untuk sebuah rancangan masakan bertajuk Masak Apa Tu yang ditayangkan di TV3.
Rancangan Masak Apa Tu merupakan sebuah program masakan kekeluargaan yang menampilkan selebriti tempatan disamping untuk berkongsi tentang keluarga dan perkembangan terbaru mereka.
Menariknya, pelakon yang berusia 47 tahun itu telah berkongsi bersama penonton mengenai kehidupannya yang terkini bersama suaminya, Norhisham Ismail.
Dalam pada itu, Didie juga telah berkongsi bersama penonton mengenai pegangan hidupnya.
“Bagi saya orang kata ajal maut pertemuan semua di tangan dia. So saya ni dah kali kedua dan saya harap jodoh saya ni biarlah sampai ke jannah.”
“Saya juga perlukan bimbingan juga dari seorang suami dan saya harap juga saya dibimbing bersama anak-anak sampailah syurga, itu harapan sayalah.”
“Alhamdulillah, kita pun dipanjangkan umur dan dapat nak tengok cucu, nak minta anda semua mendoakan kami semua keluarga kami doakan yang baik-baiklah.”kongsi Didie bersama penonton.
Lalu, peminat telah memberikan komen yang positif diruangan komen video tersebut. Rata-rata peminat mendoakan kebahagian rumah tangganya kekal hingga ke akhir hayat.
Terdahulu, pelakon yang berasal dari Melaka itu telah berkahwin bersama seorang pelakon bernama Ridzuan Hashim pada tahun 1992 dan telah bercerai pada 2002.
Kemudian, Didie sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama Norisham Ismail pada tahun 2009.
Video : YouTube TV3 Malaysia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Orang Tanya Siapa Kakak, Takkan Nak Cakap Orang Utan,” – Adik Ikut Audition HeroDewi Remaja, Uqasha Nafi Guna ‘Kabel’
Aktres Uqasha Senrose menegaskan adik-beradik dan keluarganya tidak pernah menggunakan pengaruhnya sebagai selebriti dalam apa sahaja percubaan untuk terjun ke dalam dunia seni.
Menurut Uqasha, kesemua ahli keluarganya mula menempa nama kerana usaha mereka sendiri yang bermula daripada bawah.
Malah, hal yang sama juga berlaku sewaktu adiknya, Farza Dida Qirana mencuba nasib untuk menyertai uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 pada Sabtu lalu.
“Sejak daripada Raysha lagi, dia tidak pernah menjual nama kakak-kakaknya ketika masuk Dewi Remaja 2017. Sama juga seperti Dida. Mereka tak pernah sebut nama kami kononnya nak tunjuk mereka ada ‘kabel’.
“Masa Raisha menang dahulu, tiada kena mengena dengan kami. Dia menang sebab diri dia sendiri. Jadi, bila Dida datang ke uji bakat dan ada yang tanya siapa kakak dia? Dia terpaksa jawab. Takkan nak jawab orang utan pula.
“Jadi, saya tak nak la orang fikir yang ada unsur bias atau pilih kasih dalam hal ini,” tulisnya.
Isteri kepada pelakon terkenal yang juga merupakan Juara Hero Remaja 2005/06, Kamal Adli itu berkata sedemikian selepas ditemui di uji bakat program berkenaan pada Ahad.
Pelakon filem, Sumpahan Jerunei itu merupakan salah seorang juri penilai pada hari kedua.
Dalam pada itu, Uqasha turut menyuarakan keyakinan bahawa adiknya itu mempunyai masa hadapan yang sangat cerah dan bakatnya boleh digilap.
“Pada saya, Dida baru sahaja 19 tahun. Perjalanannya jauh lagi. Mungkin bukan di sini rezeki dia atau dia boleh cuba uji bakat lagi kalau dia mahu.
“Masa di bilik uji bakat, dia tak sebut langsung siapa kakak-kakak dia. Dia jadi diri sendiri tapi perkara ini tak boleh sorok. Saya nampak dia punyai masa depan yang cerah kerana berpengetahuan luas.
“Malah, dia kini sedang menuntut dalam bidang perfileman di UiTM. Mungkin bakatnya boleh digilap lagi untuk dia ke apa-apa program uji bakat,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Uqasha turut memaklumkan dia akan sentiasa menyokong Dida dalam apa sahaja bidang yang diceburinya nanti.
“Suami saya bekas Hero Remaja. Adik saya pula bekas Dewi Remaja. Jadi, takkan la saya nak harapkan semua keluarga saya jadi Hero Remaja atau Dewi Remaja.
“Namun, perkara itu telah Allah takdirkan sebegitu. Saya tak pernah minta. Secara kebetulan, Dida ini punyai minat dalam dunia nyanyian dan pengacaraan. Dia nak cungkil bakatnya lagi.
“Mungkin juga Dida terlalu nervous sehingga tak dapat nak buat dengan baik ketika uji bakat. Dia juga tak dapat perkenalkan diri dengan personaliti yang menarik.
“Dia bukan seorang yang bising. Dia sangat beradab dan bercakap pun lemah lembut. Mungkin sebab itu juri tak nampak wow factor dia lagi,” akhirinya.
Terdahulu, di uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 yang berlangsung pada Sabtu, Dida berjaya mara sehingga ke stage ke-3 namun dia tidak dapat meneruskan perjalanan ke peringkat seterusnya.
Sekadar informasi, uji bakat Hero Remaja 2023 bakal berlangsung di tiga buah negeri lagi iaitu Pulau Pinang, Sabah dan Selangor.
Berikut adalah tarikh-tarikhnya;
Kredit Foto: Instagram Uqasha Senrose
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Astro Radio ‘Segarkan’ SYOK Dengan 60 Stesen Radio Baharu Dalam Talian, Banyak Lagi Elemen Best Yang Ada!
Astro Radio yang meraikan ulang tahun ke-25 tampil menyegarkan aplikasi SYOK dan memacu perjalanan trasformasinya ke hadapan.
Bermula 1 November 2021, rakyat Malaysia boleh menantikan lebih 60 stesen baharu dalam talian, menawarkan pelbagai jenis dan kompilasi muzik.
Malah, saluran berita Bahasa Cina baharu ‘YOU-NEIRONG’, untuk berita terkini dan hal ehwal semasa akan bermula Januari 2022 juga akan ke udara.
Stesen baharu di SYOK membolehkan pengguna untuk strim genre dan kategori muzik kegemaran mereka merentasi bahasa termasuk balada, klasik, muzik akustik, muzik tarian, muzik senaman, K-pop, hip-hop, kegemaran di tahun 70an, 80an dan 90an, rock, Jiwang, Cintan, Nasyid, Arab, lagu-lagu Bollywood, Irama Malaysia, Dangdut dan banyak lagi.
60 stesen baharu dalam talian ini akan tersedia tambahan kepada semua jenama Astro Radio di udara dan di TV termasuk ERA, MY, HITZ, RAAGA, SINAR, GEGAR, ZAYAN, MELODY, GOXUAN, MIX, LITE dan banyak lagi; menjadikan Astro Radio dan SYOK pertama di Malaysia untuk melancarkan stesen radio baharu dalam talian dengan jumlah yang tinggi secara serentak.
Pada masa sama, pengguna juga boleh menikmati banyak ciri baharu yang menarik dan dinaik taraf seperti ‘mod gelap’ (dark mode); ciri ‘penggera’ (alarm) yang membolehkan pengguna menjadualkan stesen radio pilihan mereka untuk distrim secara automatik; saluran ‘video langsung’ (live video), memberikan pengguna kelebihan untuk berinteraksi dengan orang lain semasa sesi video langsung; manakala podcast – carian podcast yang dipertingkatkan berdasarkan kategori, membolehkan pengguna meneruskan penstriman di tempat mereka berhenti, mengatur podcast yang dimuat turun ke dalam simpanan, berkongsi di media sosial; dan banyak lagi.
Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio, berkata, pihaknya teruja memperkenalkan pilihan penstriman audio yang lebih relevan dengan kandungan yang disusun mengikut permintaan pendengar.
“Kepesatan perubahan dalam ruang digital terus memacu evolusi kami untuk menawarkan lebih banyak aliran muzik dalam talian yang memastikan jenama-jenama Astro Radio sentiasa relevan.
“Aplikasi baharu SYOK menawarkan pengalaman yang lebih khusus dengan 60 stesen radio baharu dalam talian baharu kami yang disesuaikan dengan lebih banyak gaya hidup dan pilihan. Kami berharap rakyat Malaysia menikmati pengalaman hiburan baharu ini di SYOK melalui aplikasi dan laman web,” katanya.
Astro Radio turut bekerjasama dengan TikTok untuk melancarkan tiga rancangan hujung minggu baharu ke udara dan di aplikasi SYOK, untuk meluaskan jangkauan dan mempromosikan silang pilihan (cross-promote) kandungan dan muzik yang lebih luas merentasi platform.
Pihaknya juga turut bekerjasama dengan beberapa jenama lain demi berinovasi seterusnya meningkatkan industri radio dan audio di negara ini
SYOK boleh dimuat naik menerusi Google Play, Apple App Store atau Huawei App Gallery selain melalui laman web rasminya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas Kelahiran 2 Puteri, Alif Satar Kini Timang Anak Lelaki. Tahniah!
Isteri kepada penyanyi Alif Satar iaitu Shadila Halid telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki jam 11:21 malam tadi.
Kongsi penyanyi lagu Sesunguhnya Aku,dia meluahkan rasa syukur kerana kedua-dua (isteri dan anak) berada dalam keadaan baik dan sihat.
“Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..
“My wife at 11:21pm 19/9/2019,selamat melahirkan anak ketiga kami.. Seorang anak lelaki yang sihat!,” tulisnya.
View this post on InstagramTHANK YOU TO EVERYONE FOR ALL THE KIND BIRTHDAY WISHES♥️🙏🏽
A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on
Menjengah di Instagram Shadila pula, dia turut berkongsi foto yang melihatkan Alif sedang mengazankan anaknya sambil menitiskan air mata kegembiraan.
“I didn’t get the chance to write a birthday post for my dearest husband yesterday but I did give him a sweet birthday present.. a son.
“I was so humbled to see his tears while reciting the azan.. as my gynae said right after the baby was delivered: “Allah is Great.. syukur for all His blessings.” Muhammad Alif.
“I hope you know my heart is yours to keep. You will always have me and I would do anything for you.
“Happy birthday to both my husband and my son.. may both of you be the best of friends and may he inherit all your greatest qualities. I love you both,” tulisnya yang masih belum mendedahkan nama anaknya itu.
View this post on InstagramA post shared by Shadila Halid (@shadilahalid) on
Imbas kembali, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2 tahun.
View this post on InstagramOne of my most favourite photos of us ♥️
A post shared by Shadila Halid (@shadilahalid) on
Foto : Instagram Alif Satar/Shadila Halid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI