Berang apabila nyanyiannya dalam Jom Raya dikecam hebat netizen, Datuk Seri Aliff Syukri tampil meluahkan ketidakpuasan hati di laman Instagram.

Usahawan sensasi itu terkilan dengan sikap netizen yang dikatakan tidak pandai menghargai bakatnya.

Malah luah Aliff, dia telah menjalani latihan setiap hari demi memberikan yang terbaik, namun usahanya seolah-olah dipandang sepi.

“Saya ni penat tau. Penat nak menyanyi. Penat practice berhari-hari. Tapi korang menghina saya.

“Komen-komen korang tu, korang ingat apa? Lucu? Korang ini bahan apa? Bahan menghina saya, mengeji saya.

“Cuba kalau korang dekat tempat kita, dah berhari-hari menyanyi, lepas tu korang kata macam katak puru, macam bangau.

“Cuba korang bagi ruang kepada saya. Saya bukan nak apa pun.

Ads

Saya hanya nak ko terhibur dengan lagu raya saya. Ini bila saya nyanyi, korang hina saya, kecam saya.

“Cuba kalau korang dekat tempat saya, apa korang rasa.

“Saya cakap terus terang tau, siang practice, malam practice. Ni pergi buat lagi shooting sana sini. Tapi bila saya baca komen asyik mengutuk je.

“Macam mana saya nak maju. Macam mana lagu saya nak berjaya kalau korang tak bagi support.

Ads

“Saya naik sedih tau. Saya dah buat macam-macam tapi korang tak pernah hargai bakat saya,” luahnya sedih.

Perkongsian ini turut mendapat perhatian primadona Erra Fazira yang menyarankan agar jutawan ini memilih guru vokal yang sesuai dengannya.

Ads

Salam DA.. alaa ciannn .. stress dah muka tu…. awak belajar vocal kat mana DA? Cer lepas ni ambik guru vocal yg betul2 n buat sampai .. tak wow takper.. tapi org kata .. ada improvment yang tremendous.. so hopefully DA kita ni pun tak la stress dgn kecaman org.. what say u dear?”

“Saya Ni Penat Tau, Practice Berhati-Hari,” – Suara Disamakan Dengan Katak Puru, DS Aliff Syukri Naik Angin!

Netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap luahan hati usahawan tersebut.

“Saya Ni Penat Tau, Practice Berhati-Hari,” – Suara Disamakan Dengan Katak Puru, DS Aliff Syukri Naik Angin! “Saya Ni Penat Tau, Practice Berhati-Hari,” – Suara Disamakan Dengan Katak Puru, DS Aliff Syukri Naik Angin! “Saya Ni Penat Tau, Practice Berhati-Hari,” – Suara Disamakan Dengan Katak Puru, DS Aliff Syukri Naik Angin! “Saya Ni Penat Tau, Practice Berhati-Hari,” – Suara Disamakan Dengan Katak Puru, DS Aliff Syukri Naik Angin!

Lagu raya berjudul Jom Raya ini mendapat sentuhan Amy Ukays dan difahamkan, Zizi Kirana antara yang bakal menyumbangkan suara.

Foto : Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI