Penyanyi, Dr. Diddy Hirdy menyifatkan lagu Mimpi Yang Tak Sudah nyanyian Allahyarham Ibnor Riza mempunyai kesan yang amat besar buat kerjayanya sebagai seorang anak seni.
Menurut Diddy, tuah lagu tersebut telah mengangkat namanya sewaktu menyertai program nyanyian popular Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4).
“Lagu bertuah untuk saya, Mimpi Yang Tak Sudah nyanyian Ibnor Riza. Dinyanyikan di Konsert Prelude AF4.
“Memang gemuruh habis masa ni tapi berjaya melayakkan Diddy dipilih menjadi Top 12 AF4 tahun 2006.
“Sampai sekarang masih lagi menjadi antara lagu yang selalu direquest oleh client/peminat bila show,” tulisnya.
Ads
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh Diddy menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Terdahulu, Allahyarham Ibnor Riza telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) pada Selasa.
Ads
Allahyarham Ibnor Riza dilaporkan kritikal dan terpaksa ditidurkan selepas menjalani pembedahan mengeluarkan air dalam kepalanya pada 2 Disember lalu.
Dalam pada itu, Diddy turut memaklumkan dirinya amat terkesan selepas mengetahui tentang pemergian Ibnor Riza.
“Terima kasih Allahyarham Ibnor Riza untuk karya evergreen ini. Manfaatnya besar untuk diri saya sebagai anak seni.
Ads
“Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Diddy merupakan salah seorang peserta AF4 sezaman dengan Faizal Ramly, Haziq Rosebi dan Salima Habibi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Diddy Hirdy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kesihatan Sabhi agar terus mampu untuk membuat persembahan bersama ahli kumpulan ONE lainnya pada saingan minggu keenam Gegar Vaganza 6 (GV6) Ahad ini.
Malah, ada rakan selebriti yang turut kongsikan hal sama lalu mendapat reaksi Sabhi.
Terdahulu menerusi MH, bintang ada memaklumkan dirinya sudah pun mengalami rasa sakit beberapa sebelum saingan minggu lalu.
Bagaimanapun, dia kuatkan diri untuk terus membuat persembahan. Minggu ini, ONE akan membawakan lagu Gadis Dan Bunga di pentas GV6.
Selepas memenangi pingat emas bagi acara bola jaring di Sukan Sea Kuala Lumpur yang lalu, nama atlet, An Najwa sering menjadi tumpuan terutamanya dikalangan remaja perempuan kerana sering berkongsi tips tentang keyakinan diri dan gaya hidup sihat.
Terbaru, Najwa ada berkongsi kata-kata peransang yang nampaknya seperti ‘menusuk’ ke jiwa-jiwa mereka yang mempunyai azam untuk kurus tetapi masih liat untuk memulakannya.
Katanya, didalam dunia ini tiada apa pun yang mudah dan segalanya bermula dengan disiplin.
“Kalau nak tanya senang ke tak, memang jawapan nya tak ada benda dalam dunia ni senang. Nak makan pun susah, kena ambik pinggan, cedok nasi, basuh tangan baru suap ke mulut. Tapi apa yang buat kita capai target kita? Disiplin, disiplin and disiplin. Tak ada disiplin, memang semua benda buat tak dan.
“Awak yang nak turun berat badan dari awal tahun 2018 sampai ke sekarang tak turun2 berat tu, bila nak start? Ni nak bisik sikit bila waktu yang sesuai nak start diet and workout awak tu.. *SEKARANG*. Sekarang adalah waktu yang sesuai awak mula untuk capai target nak kurus tu sebab kalau tak mula SEKARANG, sampai ke sudah tak mula2. So sekarang jangan fikir lagi bila nak start, bila masa yang sesuai nak start. Start SEKARANG,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata pengikut berasa ‘terpukul’ mendengar kata-kata Najwa itu dan seterusnya membuatkan mereka berasa semangat untuk memulakan diet.
Bagi MH, walaupun cara Najwa ini kelihatan agak drastik, tetapi ia amat membantu mereka di luar sana dari segi psikologi.
Betul apa yang dikatakan Najwa tu. Kalau bukan sekarang bila lagi?
Foto: Instagram An Najwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahun ini, genap enam tahun pasangan selebriti Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin mendirikan rumah tangga.
Lalu, menerusi entri Instagram terkini, pelakon Kiah Pekasam itu mengakui pening untuk memikirkan soal hadiah yang bakal diberikan buat suami tercinta bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka.
“PENING PIKIQ APA NAK BAGI KAT SUAMI HADIAH ANNIVERSARY TAHUN NI?
“Kalau suami tanya kat kita, nak hadiah apa sempena hari lahir atau anniversary…
Che Ta yakin hampir semua kaum hawa nak hand bag , kasut tumit tinggi atau jam. Betui tak?
“Orang perempuanlah katakan mana boleh lari dari semua ni,” katanya.
Bagaimanapun, kata bintang yang mesra disapa Che Ta ini, suaminya seorang yang ringkas dan tidak cerewat.
“Tapi suami kita, orang lelaki ni otak dia simple jer nak masakan air tangan isteri sendiri. Dah tu siap bagitau nak makan dekat rumah jer. Cukup ker uols…
“Tapi kita sebagai kaum hawa jangan lupa tanggungjawab besaq kita dan hadiah paling terindah buat suami kita bila kita bagi ehem ehem kat abang sayang sampai senyum panjang lebaq.
“Bagi jer tak cukup, kalau tak jaga dan kenalah masih berkualiti hadiah tu ha macam malam pertama selepas bernikah.
“Eh tak naklah cakap panjang panjang uols paham paham lah sendiri yer kaum hawa.
Kami cuma nak ingatkan kebahagian tu bukan setakat dengan harta dan wang ringgit semata mata TAPI layanan terhadap cik abang sayang tu pun penting tau.
“Sehari berjauhan rasa sebulan lamanya cewah. Kalau rasa apa yang Che Ta habaq ni betul komen sat ‘BETUI’,” kongsi Che Ta panjang lebar.
Dalam ramai yang terhibur dengan kapsyen humor tetapi ada pasangan berkahwin mengakui akan nukilan yang dikongsi pelakon cantik ini.
Foto: Instagram Rozita Che Wan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...