Uncategorized

“Saya Nyanyi Suka-Suka Saja, Very Santai Dan Bukan Perform Untuk Show,” – Jawapan Win Janna Nick Pada Yang Kecam Kata Sumbang Cover Lagu Sufian

Share

Single terbaru Sufian Suhami berjudul Di Matamu mendapat perhatian yang bukan calang-calang, meski versi rasmi lagu berkenaan hanya akan dilancarkan Jumaat ini. Lalu, sambutan hangat yang diterima sekali gus memberi peluang buat para peminatnya untuk menyanyikan kembali lagu tersebut dengan cara tersenditi.

Tidak terkecuali, pelakon dan pengara terkenal, Janna Nick turut melakukan cover untuk lagu tersebut lalu di muat naik menerusi saluran YouTubenya, dua hari lalu.

Menerusi video yang berdurasi hampir dua minit itu, pelakon My Coffee Prince itu menyanyikan lagu tersebut sambil diiringi petikan gitar oleh pengarah dan penerbit JS Picutres, Jinggo.

Bagaimanapun apa yang kurang sedapnya, meski ada yang memuji gaya penyampaian Janna terhadap lagu itu, ada segelintir yang memberi komen pedas pada gaya nyanyian hos Melodi itu.

Mengulas mengenai hal tersebut, Janna ketika dihubungi MH menjelaskan, dia hanya menyanyikan lagu Di Matamu itu secara santai sahaja, bukan serius seperti mahu membuat persembahan. Bagaimanapun, Janna secara positif turut memberitahu, dia terbuka terhadap setiap pandangan netizen.

“Saya nyanyi secara suka-suka saja, very santai dan bukan perform untuk show. Tapi saya tidak pertikai komen-komen netizen kerana itu hak masing-masing. Boleh nampak peningkatan Malaysia dah jadi minda kelas pertama. Rata-ratanya sudah boleh suarakan pendapat masing-masing.

 

“Netizen ada hak untuk kecam dan memang lumrah netizen sekarang menjadi pengkritik tegar,” jelasnya jujur.

Sambil mengakui sebagai artis era baru dia perlu biasakan diri daripada segala kecaman, Janna juga menyifatkan dirinya tidak betah bila dikeji.

“Sebagai artis yang berada pada era 2018 ini, kita kena biasakan diri dengan kecaman. Tak mati dek keji tak hidup dek puji…”kongsinya optimis.

Setakat ini, video berkeaan sudah pun ditonton hampir 100,000 kali menerusi YouTube. So, what saya you guys? Bagi MH ok je. Cara masing-masing lah kan…

Foto: Instagram Janna Nick

Published by
Rafiq Mazlan