Uncategorized

“Saya Okay, Alhamdulillah. Tapi Tak Tenang Juga…,” – Reaksi Janna Nick Berkenaan Kejadian Gempa Bumi Taiwan Baru-Baru ini

Share

Bayangkan apa perasaan apabila kita terperangkap di negara orang dan berlaku bencana alam. Itulah pengalaman yang dilalui Janna Nick yang mengakui cemas apabila merasai gegaran susulan gempa bumi yang melanda Taiwan pada malam Selasa lalu.

Katanya kepada MH, dia terkejut dengan gegaran gegaran berukuran 5.3 magnitud pada kira-kira pukul 10.47 malam itu.

Ditanya mengenai status keselamatan dirinya, Janna, 23 bersyukur kerana semuanya selamat.

“Saya oka,.Alhamdulillah. Tapi tak tenang juga…,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp yang turut memaklumkan ketiga berlaku gegaran, dia sedang mandi. 

Terdahulu, pengacara program Melodi di TV3 di samping Ajak Shiro itu berada di negara berkenaan sejak Isnin lalu atas urusan kerja.

Dalam perkembangan sama, menerusi Insta Stories Instagram penyanyi Akan Bercinta ini, aktres tersebut turut memohon maaf dan meminta peminatnya mendoakan keselamatannya.

“Saya baru berdepan pengalaman gempa bumi di Taipei, apa pun minta maaf dulu semua dan halalkan segalanya,” tulisnya.

Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud itu berlaku pukul 11.50 malam di sepanjang 20 kilometer di pesisiran kepulauan bahagian timur negara terbabit.

Foto: Intagram Janna Nick

 

Published by
Rafiq Mazlan