Tidak mahu terdedah kepada aura negatif, bakat baru yang mulai dikenali, Scha Elinnea bertindak menutup ruangan komen di laman Instagram (IG).

Bagaimanapun, hanya beberapa foto yang disekat akses buat pengikutnya untuk meninggalkan komen.

Sering memuat naik foto-foto dirinya yang agak ‘daring’, pemilik nama Azleena Natasha Mubeen ini menjelaskan itu adalah keperibadiannya yang sebenar.

“Apa yang saya muat naik di lama Instagram itu adalah diri saya yang sebenar. Macam mana yang peminat saksikan di dalam laman sosial, begitu juga saya di luar.

“Saya pakai apa yang saya rasa nak pakai. Komen negatif itu normal. Sebab itu saya tutup ruangan komen.

Ads

“Dari orang bercakap buruk, lebih baik saya tutup komen. Saya tidaklah stress kalau nak baca komen-komen melampau, sebab saya pun tak kenal mereka.

“Tak beri efek, cuma saya selesa kalau ada yang memikirkan bahawa masing-masing lebih baik buat hal sendiri mungkin? Semua orang ada cara mereka sendiri,” katanya yang lebih dua tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.

Ads

Scha ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri 26 episod berjudul Juliet terbitan Zeel Productions.

Memegang watak Lily, Scha sekali lagi membawakan watak antagonis.

“Saya gemarkan watak sebegini kerana ia memberi cabaran kepada saya.

Ads

“Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan tenaga produksi drama bersiri Juliet kerana ia memberi banyak pengalaman yang baik,” katanya lagi.

Bakal disiarkan di RTM September depan, Juliet diarahkan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

Drama bersiri ini turut membariskan pelakon hebat lain seperti Redza Rosli, Rita Nadira, Rozita Che Wan, Haliza Misbun, Azza Elite, Sofia Ibrahim, Louisa Chong dan ramai lagi.

Foto: Instagram Scha Elinnea

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI