“Saya Pakai Coli Ketika Menggayakan Baju Itu, Cuma Ia Bukan Jenis Biasa,” – Jasmine Suraya

Share

Pelakon dan hos, Jasmine Suraya Chin memaklumkan dia mengenakan coli ketika menggayakan persalinan serba putih yang diperkatakan sesetengah netizen ketika menghadiri sebuah majlis, baru-baru ini.

Gara-gara penampilannya itu, ia menjadi buah mulut hingga menjadi tular di media sosial.

“Orang salah faham… Saya pakai coli ketika menggayakan baju itu, cuma ia bukan jenis biasa,” katanya seperti yang dipetik Berita Harian.

Jelas Jasmine, dia memahami sensitiviti masyarakat berhubung isu berkenaan dan akui akan lebih berhati-hati dari segi pemakaian selain apa sahaja yang berkaitan dengan perkongsian di media sosial.

“Sebenarnya saya takut nak memberikan sebarang reaksi kerana bimbang disalah tafsir atau seolah-oleh cuba mempertahankan diri. Saya pun tak sangka gambar busana pereka itu akan menjadi kecoh seperti ini, sampai ada yang salah faham.

“Bagi saya bab (seksi) seperti ini sangat sensitif dan saya pun mahu menjaga perasaan masyarakat. Memang ramai yang tinggalkan komen, tetapi apa pun tanggapan sesetengah pihak, saya tak boleh halang. Terpulang kepada persepsi masing-masing.

“Saya pula menerima semua komen yang dilayangkan pengikut di Instagram dengan hati terbuka. Paling utama, saya akan sentiasa beringat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pelakon Tionghua berasal dari Kuching, Sarawak itu bakal terlibat di dalam beberapa buah projek, termasuk sebuah drama bersiri, Adella Sofea yang akan bersiaran menerusi slot Akasia.

Selain itu, dia juga akan terlibat dalam sebuah penggambaran sebuah filem seram terbitan produksi Hong Kong.

Sumber/Foto: Berita Harian/Jasmine Suraya Chin

Published by
MH