Berita

“Saya Pakai Simple-Simple Je,” – Hadiri Majlis Makan Malam, Haliza Maysuri Dedah Harga Pelengkap Gaya Total RM148,150!

Share

Satu video yang dimuat naik pengasas bagi jenama Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menerusi platform TikTok menjadi sorotan warganet apabila dia tidak lokek mendedahkan harga ‘OOTD’ (outfit of the day) yang digayakan bagi menghadiri sebuah acara.

Tampil anggun mengenakan persalinan serba hitam, Haliza turut menulis madah kata penuh makna menerusi ruangan kapsyen.

“Kalau nak beli sesuatu tanpa tengok harga, anda harus boleh fokus pada kerja tanpa melihat jam,” tulisnya.

Meninjau video yang dikongsikan, Haliza berkongsi bahawa beg tangan yang dipakai pada malam itu berharga RM56,800, kasut RM4,950, tudung RM6,400 dan jam tangan pula RM80,000.

@halizamaysuriKALAU NAK BELI SESUATU TANPA TENGOK HARGA. ANDA HARUS BOLEH FOKUS PADA KERJA TANPA MELIHAT JAM.♬ original sound – Haliza Maysuri

“Menghadiri majlis makan malam Almaas pakej haji yang berharga RM250,000. Saya pakai simple-simple je. Barulah seimbang dunia akhiratkan,” kongsinya sambil mendedahkan harga aksesori pelengkap gaya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet memberikan reaksi pelbagai terhadap hantaran berkenaan. Antaranya;

“Suka bila tengok orang kaya-kaya share harga barang tu berapa. Jadi kalau berkenan boleh simpan duit nak beli. Selain founder Bawal, Cik Epal suka share jugak. Love dedua.”

“Tunjuk receipt dengan price tag baru percaya…”

“Antara founder yang paling tinggi akhlaknya founder Mamadil dan Bonda Rozita. Setiap kata-kata depa dua ni banyak mengingatkan aku akan hari akhirat. Memang betul-betul salute depa dua ni. Apa pun bangga dengan Melayu yang kaya-raya.”

“Alhamdulilah rezeki puan, but money can’t buy class.”

“Aku nak beli Ferrero Rocher yang besar fikir 10 kali pun tak beli lagi. Apa pun alhamdulillah Datin, Allah bagi rezeki untuk Datin.”

“Ya Allah, humble sungguhlah. Tak pernah jumpa insan sezuhud ini. Allahuakbar.”

Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih 230,000 kali.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Published by
MH