Penyanyi dan perserta Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8), Nikki Palikat mendedahkan dia hanya berpeluang melakukan latihan bersama penyanyi Zahid menerusi lagu hits mereka, Caramu di saat-saat akhir atas beberapa faktor.

Menurut Nikki, peluang bersama Zahid tidak mampu dilepaskan begitu sahaja, lebih-lebih lagi selepas bertahun lama tidak bekerjasama.

Malah peminat sendiri merindui penampilan mereka berdua dalam mempersembahkan lagu berkenaan secara langsung.

“Saya Paling Takut Dengan Ibu Hetty,” – Nikki Cerita Proses Nak ‘Bawa’ Zahid Di GV8, Terkejut Diminta Sambung Lagu Mariah Carey “Saya Paling Takut Dengan Ibu Hetty,” – Nikki Cerita Proses Nak ‘Bawa’ Zahid Di GV8, Terkejut Diminta Sambung Lagu Mariah Carey

“Saya hanya dapat kepastian Zahid akan muncul bersama minggu lalu. Sebelum itu pihak produksi ada bertanya, boleh atau tidak sekiranya posisi Zahid digantikan dengan penyanyi lain atau saya bawa versi solo dan sebagainya.

Ads

“Bagi saya Caramu ialah persembahan saya dan Zahid. Kami cuba yang terbaik, akhirnya berjaya direalisasi. Namun kami tidak boleh buat latihan bersama sebab dia terpaksa kuarantin.

“Cuma bila sesi latihan akhir, barulah dapat berjumpa. Selepas beberapa tahun, dapat berkerja dengannya semula. Terima kasih pada Zahid dan pastinya saya teruja,” katanya.

Ditanya sama ada dia berpuas hati dengan persembahannya, ibu kepada seorang cahaya mata ini akui wujud tekanan apabila mendapat maklum balas baik dari juri profesional.

Ads

“Saya kena dengar balik. Tapi sejujurnya saya gembira dan menikmati apa yang dipersembahkan meski pada masa sama saya gementar juga kerana ada ibu Hetty. Saya paling takut dengan beliau.

“Bila juri memberi satu komen yang positif, tekanan itu pastinya ada. Bila sudah dapat pujian begitu, kita mesti akan fikir macam mana nak kekalkan momentum itu.

“Namun energi dari penonton yang siap bawa sepanduk segala membuatkan saya rasa sangat terharu dan tersentuh. Dapat rasakan semangat mereka itu,” katanya.

Ads

Nikki pada masa sama terkejut apabila diminta menyanyikan lagu Mariah Carey secara spontan.

“Saya Paling Takut Dengan Ibu Hetty,” – Nikki Cerita Proses Nak ‘Bawa’ Zahid Di GV8, Terkejut Diminta Sambung Lagu Mariah Carey “Saya Paling Takut Dengan Ibu Hetty,” – Nikki Cerita Proses Nak ‘Bawa’ Zahid Di GV8, Terkejut Diminta Sambung Lagu Mariah Carey “Saya Paling Takut Dengan Ibu Hetty,” – Nikki Cerita Proses Nak ‘Bawa’ Zahid Di GV8, Terkejut Diminta Sambung Lagu Mariah Carey

“Saya terkejut… lebih-lebih lagi dengan Ibu Hetty, dapat pula berduet dengannya. Beliau minta saya sambung lagu Without You nyanyian asal Mariah Carey. Tak terjangka benda tu, masih dalam keadaan terkejut,” katanya. 

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI