Pereka fesyen terkenal dan usahawan, Datuk Rizalman Ibrahim meluahkan rasa syukur apabila dilantik sebagai ahli lembaga pengarah, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Kongsi Rizalman, dia tekad untuk memberikan yang terbaik serta mengalas tanggungjawab diberikan dengan sebaik mungkin.
“yang terikat itu baldi
yang dalam itu telaga
yang manis itu budi
yang ilmu itu harta
“Saya berjanji selagi hayat terkandung sebagai seorang rakyat Malaysia, sebagai bangsa Melayu, sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan sebagai makhluk ciptaan Allah SWT.
“saya pasti berkhidmat selagi diperlukan bakat dan kederat.#uitm #uitmdihatiku.
“Terima Kasih tidak terhingga pada pengurusan Rizalman Ibrahim of Companies serta Yayasan RI di atas klip ini.
.
*of course i have to announce this glorious occasion with a certain class and standard.,” tulisnya.
Sebelum ini, jawatan tersebut pernah disandang usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof.
Bagaimanapun, Vivy telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan tersebut pada 25 September lalu.
Video: Instagram Rizalman