Meskipun baru sahaja discaj daripada Institut Jantung Negara (IJN) selepas menjalani prosedur peletakan sten, pelakon dan pelawak Azlee Senario tetap hadir ke majlis tayangan perdana filem terbaharu, Saka Perawan malam tadi.
Menurut Azlee, sebagai salah seorang pelakon utama, dia mahu memberikan sokongan buat pengarah Dr. Ahmad Idham.
“Sebenarnya saya patut berehat di rumah kerana masih di dalam fasa pemulihan. Namun, bila melihat sesi siaran langsung Dr. Ahmad Idham di Tik Tok semalam, rasanya saya kena datang juga ke tayangan perdana sebab saya salah seorang pelakon.
“Saya gagahkan diri juga kerana nak berikan sokongan moral dan mahu filem ini mendapat sambutan luar biasa.
“Doktor memang minta saya berehat di rumah tapi saya minta kebenaran isteri untuk datang juga,” katanya kepada MH ketika sesi sidang media.
Bagaimanapun, Azlee menganggap kehadirannya pada malam ini sedikit sebanyak memberikan ruang buat tubuhnya untuk aktif bergerak.
Ads
“Doktor memang tak tahu saya datang malam ini. Namun, saya ini seorang yang komited bekerja. Pada saya, kehadiran saya ke sini malam ini, ada bagusnya juga.
“Setidaknya saya dapat bersenam ketika berjalan. Kalau duduk di rumah sahaja pun tepu juga. Bila saya tiba ke majlis ini, Ahmad Idham dan para pelakon peluk saya.
“Mereka tak sangka saya datang dan mendoakan saya lekas sembuh. Kami sudah seperti adik beradik,” ujarnya lagi.
Ads
Ditanya mengenai kondisi kesihatannya ketika ini, anggota kumpulan Senario itu memaklumkan dia kini sedang membiasakan diri dengan keadaan jantung selepas menjalani rawatan.
“Saya masih dalam tempoh pemulihan. Bila naik tangga, normallah bila ada rasa sedikit lemah. Saya pun baru sahaja memasukkan sten dan belon dalam jantung.
“Jadi, doktor memang minta kita rajin buat senaman ringan supaya keadaan jantung saya lancar,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Azlee sempat berkongsi hal-hal yang terlintas di fikirannya saat terkena serangan jantung.
Ads
“Masa diserang, saya sudah pandang wajah isteri, anak sulung dan fikiran saya teringat kepada anak yang belajar di kolej.
“Saya juga sudah mengucap. Dalam hati saya berdoa andai Allah nak panjangkan umur saya, panjangkanlah. Kalau nak ambil nyawa saya pun saya reda. Ketika itu saya rasa sakit sangat.
“Tapi Allah masih sayangkan saya. Andai kata saya lambat lima minit tiba di IJN, mungkin saya sudah meninggal. Saya bersyukur doktor-doktor dapat menyelamatkan saya,” akhirinya.
Terdahulu, Saka Perawan merupakan sebuah filem bergenre seram komidi yang dibintangi barisan pelakon seperti Azlee, Sophia Albarakbah, Isyariana, Nellisa Nizam dan Datuk Eizlan Yusof.
Filem terbitan Grand Brilliance itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 27 Jun ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tetap komited menjalani rutin harian sebagai seorang isteri, ibu dan usahawan, bekas penyanyi, Mila Jirin sentiasa melakukan sesuatu perkara mengikut plan yang telah ditetapkan.
Kongsinya,setiap wanita yang bekerja dari rumah atau mempunyai perniagaan sendiri perlu bijak membahagikan masa.
“Macam inilah rutin seorang ibu. Kena bahagi masa sebaiknya. Kalau tak plan, kita akan stress.
“Pada ibu-ibu yang berkerja sendiri dan yang bergelar usahawan itu, hati kena kental, kena plan sebaiknya. Insyallah sama-sama kita berjaya dunia dan akhirat,” katanya.
Video pendek yang dimuat naik juara Akademi Fantasia 5 itu telah mendapat lebih 5,000 tontonan setakat ini dan rata-ratanya memberi respon positif.
Mila yang juga seorang usahawan dewan perkahwinan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak, Arif Zikri yang kini berusia dua tahun.
Genap 14 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama isteri tercinta hari ini, Datin Azrene Ahmad, cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menitipkan dedikasi bersama pautan video istimewa buat permaisuri hatinya.
Menerusi video yang dimuat naik menerusi IG TV yang berlatar belakangkan lagu nukilan sendiri berjudul November Itu, Fazley menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri terbaik buat dirinya.
“Syukur ke hadrat Ilahi, 7 November 14 tahun yang lalu kami telah disatukan. Pelbagai onak duri, duka dan duka (bukan suka duka) dan airmata yang mengalir, namun Allah tetap izinkan kita untuk terus berdiri teguh mempertahan masjid yang satu ini.
“Bukan mudah untuk mempertahankan perkahwinan yang baru setahun jagung, apatah lagi memperkukuhkan masjid yang terbina 14 tahun lamanya.
“Moga iman kita semakin kukuh, tiang agama kita semakin utuh, dan anak2 kita yang 4 orang tu membesar dengan tersedianya ilmu dunia dan terpatrinya ilmu akhirat sentiasa,” tulisnya.
Fazley pada masa sama turut merakamkan ucapan terima kasih buat isteri yang menerima dirinya dengan apa adanya.
“Terima kasih di atas pengorbanan Adik sayang @azrene_ahmad selama ini. I am who I am today because of you.
“Adik menjadi isteri abang dalam keadaan sehelai sepinggang, dan abang sendiri sampai tiada apa lagi yang tinggal akhirnya, namun Allah tetap memberi harta kasih dan sayang berpanjangan.
“Biarlah kita miskin harta, namun kekal kaya kasih dan sayang. Yang pahit tak semestinya racun, yang manis tak selalunya madu!
“Salam Ulangtahun kita yang ke-14 dan percintaan yang hampir ke-16 tahun,” titipnya panjang lebar.
Hidup harmoni sebagai suami isteri, Fazley dan Azrene kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz, Ahmad Fieradz, Ahmad Fierudz dan Alayna Selma.
Foto: Instagram Datuk Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Jasmin Hamid mengakui berasa amat teruja apabila berkesempatan untuk bertemu semula dengan rakan artis yang juga merupakan pengacara popular, Azwan Ali.
Menurut Jasmin, Azwan merupakan individu yang bertanggungjawab mencurahkan ilmu mengenai dunia pengacaraan sewaktu mereka digandingkan bersama ketika mengacarakan sebuah program hiburan anjuran RTM satu ketika dahulu.
“Selepas bertahun tak jumpa, Allah izinkan kami berjumpa kembali. Masih sama, ramah dan sporting.
“Saya tak akan lupakan JASA beliau kerana beliau pernah curahkan ilmu sebagai PENGACARA pada saya masa pertama kali saya jadi pengacara dan kami digandingkan bersama untuk sebuah rancangan hiburan di RTM dulu.
“Hendaknya masa tu, 1st time saya jadi pengacara dan di gandingkan pula dengan PENGACARA HEBAT MALAYSIA, nervous gila saya,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Cukup Derita Itu ini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, meskipun pada ketika itu nama Azwan sememangnya gah dipersada industri seni tanah air, namun dia tetap merendah diri berkongsi ilmu lebih-lebih lagi bersama para pendatang baru.
“Walaupun beliau seorang yang hebat dalam kerjayanya tapi beliau tetap sharekan ilmu dan beri bimbingan pada saya sebagai orang baru. Buatkan saya rasa selesa bekerja dengan beliau.
“Semenjak itu, beberapa kali kami di gandingkan lagi dalam program hiburan RTM dan jadi jemputan rancangan hiburan beliau iaitu SAMBAL dan CIT CHAT AZWAN. Jasamu ku kenang.
@divaazwanavazztersohor1,” jelasnya lagi.
Dikesempatan itu, Jasmin turut menitipkan doa agar sahabatnya sentiasa diberikan kehidupan yang baik.
“Saya sentiasa mendoakan kebaikan buat beliau dan semua insan yang saya kenal atau yang mengenali saya serta semua umat Muslimin dan Muslimat agar kita semua mendapat pengakhiran hidup yang baik ,di jauhkan dari Azab Api Neraka dan sentiasa dalam peliharaan Allah. Aamiin..
Hebat Bukan?,” akhirinya.
Sekadar informasi, Jasmin merupakan pelakon dan pelawak wanita yang telah mula mencipta nama pada era 90-an.
Sumber: Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!