Pengacara, Roslan Shah terkilan dengan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya mahu menumpang populariti diatas insiden melibatkan pelakon, Kamal Adli yang cedera diserang lelaki tidak dikenali di ekspo jualan hari raya di Singapura pada 12 Mac lalu.

Menurut Roslan, namanya kerap menjadi sasaran bila berlaku sesuatu isu melibatkan artis Malaysia ketika mereka berada di Singapura.

“Saya Patut Pergi Bercuti Lepas Ekspo Tapi…,” – Dituduh ‘Tunggang’ Isu Kamal Adli Demi Glamor, Roslan Shah Terkilan

“Asal ada isu melibat artis-artis Malaysia di ekspo-ekspo di Singapura, pasti nama saya menjadi sasaran, kutukan dan hinaan. Namun, mereka tak tahu apa sebenarnya yang terjadi.

“Ketika kejadian Kamal Adli dipukul, saya berada di lokasi ekspo tersebut. Saya nampak sendiri darah merata dan Uqasha menangis. Saya yang bawa mereka ke hospital dan ikut sekali ketika proses rawatan.

“Saya juga bawa mereka ke balai polis. Saya hanya mengambil tanggungjawab. Bila ada yang mempersoalkan sama ada saya mahu menolong atau menumpang populariti, saya langsung tak terfikir semua itu,” katanya kepada MH.

Ads

Selebriti asal Singapura itu berkata sedemikian ketika majlis sidang media Program Berbuka Puasa Bersama Datuk Aishah dan Ezad Lazim yang berlangsung di Grand Barakah Hotel, Ampang pada Isnin.

“Saya Patut Pergi Bercuti Lepas Ekspo Tapi…,” – Dituduh ‘Tunggang’ Isu Kamal Adli Demi Glamor, Roslan Shah Terkilan

Kongsinya lagi, dia juga telah membatalkan hasratnya untuk bercuti di Genting Highland selepas ekspo tersebut tamat kerena mahu bertanggungjawab terhadap insiden yang menimpa Kamal itu.

“Saya ikhas menolong kerana mereka ini artis Malaysia. Saya sepatutnya pergi bercuti di Genting Highland selepas expo tersebut tamat tapi saya batalkan kerana rasa tanggungjawab terhadap Uqasha dan Kamal.

Ads

“Saya boleh sahaja pergi bercuti tapi takut nanti orang mempersoalkan tentang keberadaan saya. Memang penganjur expo yang mengundang artis tapi saya yang cadangkan nama-nama mereka.

“Kalau saya pergi juga bercuti, saya tak tahu apa yang akan jadi pada mereka. Jadi, saya sanggup tolong mereka sampai balik ke Malaysia. Saya ulang alik uruskan banyak perkara. Saya penat dan tak cukup tidur,” ujarnya lagi.

Jelas Roslan lagi, orang lain juga sudah pasti akan melakukan hal yang sama sekiranya berhadapan dengan situasi tersebut.

Ads

“Bila orang luar kata saya menyibuk dan nak menumpang nama, apa nama yang saya nak kejarkan? Kalau anda berada di tempat saya, sudah tentu anda akan menyibuk juga. Bila terjadi hal seperti ini, nanti orang akan mencari siapa?

“Saya bukan menyibuk tapi bertanggungjawab. Saya tak terlintas nak cari publisiti. Ini kejadian betul dan bukan rekaan. Bila orang ditimpa musibah, takkan kita sengaja nak menyibut. Lebih baik saya fokus berniaga,” kongsinya lagi.

Sementara itu, Roslan turut memaklumkan proses perbicaraan mahkahmah berhubung kes serangan Kamal Adli ini bakal berlangsung pada 28 Mac ini di Singapura.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI