Gara-gara video tular di media sosial terutamanya laman forum, Hairul Azreen telah tampil untuk memohon maaf terhadap perbuatannya yang agak ngeri itu.

Hairul yang telah dihubungi oleh pihak Harian Metro meminta maaf dan akui tidak sedar aksi ‘terbang’ itu tidak bagus dan tidak terfikir boleh melakukan aksi seperti itu kerana semua terjadi secara spontan.

“Apa saya lakukan adalah secara spontan kerana merasa saya seorang pelakon lagak ngeri, saya terlupa dan galak melakukan aksi seperti itu.

“Apa yang berlaku adalah kesilapan dan mematangkan diri namun tidak sangka ia tular,” jelasnya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun Hairul memberitahu video tersebut sebenarnya merupakan video lama dan tidak faham kenapa ia kembali viral.

IKLAN

IKLAN

Hmmm, bagi MH perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang besar pun. Cuma mungkin peminat dan pengikut Hairul benar-benar bimbang dengan keselamatan Hairul dan tidak mahu jika ada apa-apa perkara buruk berlaku dan menjadi ikutan remaja masa kini.

IKLAN

MH harap, Hairul belajar dari kesilapan dan jangan ulangi kesilapan yang sama.

SUMBER: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI