Rakaman video yang merakamkan penceramah terkenal, Ebit Lew yang mengunjungi lorong dan sarang pelacuran menjadi perhatian di Instagram.
Pencaramah berkenaan dilihat telah memberi dakwah kepada golongan transgender, iaitu golongan mak nyah dan wanita yang berkerja sebagai pelacur.
Sehingga kini video pendek tersebut sydah pun ditonton lebih 500,000 kali tontonan di Instagram.
Menerusi video yang dikongsikan, Ebit Lew mengenakan baju-T rona hitam tanpa mengenakan kopiah, selain dilihat berbual dengan golongan berkenaan.
“12malam tadi terus pergi ke lorong-lorong jumpa transgender/maknyah dan wanita-wanita kerja lorong. Menangis selepas jumpa mereka. Tak berhenti mereka cakap terima kaseh datang. Tak pernah lagi sesiapa datang di lorong ini beri nasihat.
“Itu paling buat saya sebak dihati. Sebak menangis bila dapat jumpa saudara yang baik yang diuji dalam kehidupan,” tulisnya.
Malah, Ebit turut berkongsi beberapa kisah serta pengalaman mereka yang terlibat.
“Ada seorang ni mula kerja lorong dari umur 11 tahun lagi.Untuk sara dan bantu keluarga adik beradik. Sehinggalah hari ini. Menangis saya dengar. Ada dari 14tahun dan 15 tahun. Saya peluk transgender maknyah mereka terharu sebak. Tak peluk wanita.
“Mereka bawa saya ziarah semua wanita dan transgender yang kerja lorong. Banyak soalan mereka. Saya sedih tengok tempat kerja mereka. Bilik panas dan sempit. Ada yang yang tadi belajar solat dan lain-lain. Bila mereka tekun dengar nasihat.
“Ramai tinggal tempat kerja mereka sedangkan malam ini malam minggu ramai orang. Mereka terus ikut dan banyak dapat berbual dengan mereka. Mereka sedar jelas halal dan haram,” kongsinya lag.
Malah, ada juga yang mempunyai anak yang menuntut ilmu di luar negara.
“Ada seorang kakak ni dah lama kerja ini. Suami dah takde. Dari 13 tahun. Sampai sekarang kerja lorong. Anak 3 orang belajar Mesir. Bila anak minta duit dia bagi dan anaknya tak tahu kerja maknya. Dia seorang diri besarkan anaknya.
“Saya doakannya dapat keluar dari kerja semua ini dan anaknya dapat bantu ibunya. Sedih menangis kakak tu.
“Mereka kadang menangis seorang diri kuat berdoa minta Allah beri kekuatan dalam perjalanan menjadi hamba Allah dan rindukan keluarga.
“Pohon doa nak teruskan program 3hari Motivasi untuk mereka semua. Hari tu ramai dari seluruh Malaysia datang sukarela nak belajar solat dan semuanya selama 3hari 2malam saya buat di PortDickson. Mereka azam nak ikut bersama. Pohon doa semua yer buat saya dan mereka semua dan semua manusia didunia ini.
“Supaya kita semua sama-sama disayangi Allah dan diampuninya. Ya Allah diriku mengadu betapa lemahnya dan kekurangan dalam dakwahku. Maafkanlah diriku. Mereka semua baik-baik,” tulisnya panjang lebar.
Sementara itu di ruangan komen, rata-ratanya menyambut baik usaha murni yang dijalankan selain turut mendoakan agar semuanya dipermudahkan.
Foto: Instagram Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI