Penyanyi yang juga kakak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Saida mengakui dia mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan yang juga teman lamanya, Mohd Nooraizal Rasip selepas lima bulan menjalinkan hubungan serius.
Menurut Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin, dia sudah pun berpisah dengan bekas suami sejak Mac lalu dan perkahwinan mereka bertahan empat tahun.
Saida mendirikan rumah tangga buat kali ketiga pada 12 Disember lalu.
View this post on Instagram
“Saya memang sudah berpisah dengan bekas suami cuma memilih untuk tidak menggembar-gemburkannya. Saya anggap jodoh tak panjang antara kami.
“Dalam tempoh kembali solo, saya tidak menduga insan yang sudah lama dikenali atas kawan itu kini bergelar suami.
“Saya percaya jodoh baru ini juga ketentuan dan takdir yang tertulis. Di saat sedikit demi sedikit tertutup hati, saya membukanya semula tanpa diduga,” katanya.
Saida yang baru genap 45 tahun pada 13 Disember lalu memaklumkan suaminya bertugas sebagai pengurus kanan bahagian operasi di sebuah syarikat dan usia mereka juga sebaya.
View this post on Instagram
“Dia masih bujang. Kehadirannya memberi cahaya dalam hidup saya. Dia menerima saya dan anak seadanya. Saya tertarik dengan kedewasaan, kejujuran dan keikhlasan hati dia.
“Usianya sendiri juga sudah molek untuk berumah tangga. Dia sendiri memikul tanggungjawab menjaga lima orang adik perempuannya. Itu juga yang buat saya yakin dia boleh menjaga saya dengan baik.
“Segala-galanya turut dipermudahkan dan restu keluarga masing masing cukup penting hingga menyaksikan ikatan serta bahtera perkahwinan ini terpateri.
“Kami bernikah dan bersanding pada hari sama. Insya-Allah berkemungkinan ada lagi sebuah majlis untuk sanak saudara sebelah suami sedang dirancang,” katanya lagi.
Saida yang pernah menyertai Akademi Fantasia (AF) musim keenam turut menjelaskan anak bongsunya, Siti Nurul Mashitah tinggal bersama sementara tiga lagi anaknya tinggal bersama bapa mereka.
Terdahulu, Saida sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan suami pertama, Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.
Kemudian Saida berkahwin untuk kali kedua pada 2016 bersama ahli perniagaan, Hafiizh Che Mat.
Momen hari bahagianya bersama suami turut dikongsikan di Instagram dan turut menerima ucapan tahniah serta iringan doa yang baik-baik daripada peminat.
View this post on Instagram
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI