Pelakon, Angeline Tan mendedahkan dirinya masih mempunyai tanggungjawab dan komitmen lakonan yang memerlukannya untuk membawakan watak sebagai wanita yang tidak berhijab.

Menurut Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline, dia berharap semua pihak faham mengenai situasinya itu kerana watak-watak tersebut telah diterima sejak sebelum memeluk agama Islam.

“Saya Percaya Netizen Sangat Baik & Memahami,” – Angeline Tan Perlu Habiskan Watak Tak Bertudung, Terima Sebelum Peluk Islam

“Saya masih berlakon dan kerja-kerja harus diteruskan. Ada yang masih belum selesai. Biarlah saya selesaikan kerja terlebih dahulu. Pada masa sama, saya sedang mempelajari ilmu akhlak.

“Ia merupakan watak yang memerlukan saya tidak bertudung. Watak-watak tersebut telah saya terima sejak sebelum memeluk agama Islam.

“Ketika saya memeluk Islam, saya belum merancang untuk memakai tudung sepenuhnya. Namun, selepas memeluk Islam, saya telah melihat dan belajar sendiri.

“Bagaimanapun, saya telah berjanji untuk menjayakan watak sedemikian. Jadi, saya kena tunaikan,” katanya kepada MH.

Ads

Pelakon filem KL Gangster 2 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis resepsinya bersama suami, Sabri Yunus pada Ahad.

“Saya Percaya Netizen Sangat Baik & Memahami,” – Angeline Tan Perlu Habiskan Watak Tak Bertudung, Terima Sebelum Peluk Islam

Pada masa sama, Angeline tetap positif tentang penerimaan netizen selain turut memaklumkan dirinya kini sedang giat mempelajari ilmu agama.

“Saya baru sahaja memeluk agama Islam dan kini sedang mempelajari ilmu akhlak. Namun, saya percaya netizen-netizen di luar sana sangat baik dah memahami.

Ads

“Saya pasti mereka akan memberi ruang kepada saya ketika bekerja,” ulasnya lagi.

“Saya Percaya Netizen Sangat Baik & Memahami,” – Angeline Tan Perlu Habiskan Watak Tak Bertudung, Terima Sebelum Peluk Islam “Saya Percaya Netizen Sangat Baik & Memahami,” – Angeline Tan Perlu Habiskan Watak Tak Bertudung, Terima Sebelum Peluk Islam

Sementara itu, Sabri pula berharap agar semua pihak jangan cepat menghukum sebaliknya berikanlan sokongan buat isterinya yang kini dalam proses untuk mengenal Islam.

“Dalam soal bertudung ini, biarlah dia cari kefahaman dahulu. Apa guna saya memaksa kalau dia tak faham. Saya lebih suka dia melakukan sesuatu yang dia faham.

Ads

“Biarlah dia selesaikan kerjanya dahulu. Lagipun, ketika dia pergi bekerja, dia pakai tudung. Kalau orang nak bergambar pun dia akan capai tudung dahulu.

“Saya tak mengatakan tindakan ini betul. Perkara tak betul, tetap tak betul. Beri dia ruang dan masa untuk memahami segalanya.

“InsyaAllah, satu hari nanti, bila dia dah memahami, kita akan selesaikan hal ini. Jadi, saya berharap agar orang luar jangan cepat menghukum,” katanya.

Pada Ahad lalu, Sabri dan Angeline telah selamat melangsungkan majlis resepsi ketiga yang diadakan di Rose Hall, Glo Mall Damansara.

Pasangan itu selamat dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza pada tanggal 14 Oktober lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI