Pelawak dan usahawan, Shuib tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menyentuh isu sensitiviti dan mempersendakan agama Islam.
Shuib berkata sedemikian selepas ditanya mengenai responnya berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Super Mart yang tular baru-baru ini.
“Sebagai seorang yang beragama Islam, saya sangat terkesan sebenarnya. Hal ini tidak sepatutnya berlaku dalam ada jua situasi dan bisnes.
“Kita pasti akan marah kerana kalimah Allah itu merupakan satu perkara yang amat besar buat kita.
“Jika benar perbuatan ini sengaja dilakukan, saya tidak akan menyokong dan mengiyakan perbuatan ini. Ini merupakan tanggungjawab saya sebagai orang Islam,” katanya yang juga merupakan duta KK Mart.
Shuib yang ditemui pada majlis berbuka puasa Indigital Music x FYP Media semalam turut menegaskan kalimah Allah pada stoking merupakan penghinaan buat umat dan agama Islam.
Ads
“Saya marah. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Perbuatan ini sangat keji. Bagaimanapun, perkara ini masih belum selesai dan siasatan sedang dijalankan.
“Saya tak boleh nak komen lebih kerana ia turut melibatkan bisnes orang lain dan sensitiviti orang.
“Sebagai umat Islam saya tidak akan menyokong perkara yang tidak betul atau melanggar peraturan,” ujarnya lagi.
Dia yang juga bekas ahli kumpulan Sepahtu mengakui sedia melepaskan tanggungjawabnya sebagai duta sekiranya kedai serbaneka itu terbukti bersalah kelak.
Ads
“Kalau macam itulah ceritanya, saya terima kerana saya sentiasa percaya kepada rezeki. Kalau tiada rezeki saya, tidak mengapa.
“Yang paling utama, saya kena meletakkan diri saya sebagai seorang yang beragama Islam,” kongsinya lagi.
Ditanya sama ada dia akan lebih berhati-hati untuk mempertimbangkan tawaran menjadi duta selepas ini, Shuib punyai pandangan tersendiri.
Ads
“Pada saya, perkara ini sangat subjektif. Kita pun tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Bila sesebuah tawaran itu datang, banyak benda yang kita kena ambil kira.
“Kita juga kena lihat cara kerja mereka. Ini merupakan antara aspek yang perlu diambil kira bukan sahaja saya tapi semua orang yang dipilih menjadi duta atau jurucakap sesebuah jenama,” akhirinya.
Terdahulu, kecoh satu Malaysia apabila tular dalam media sosial kewujudan stoking yang tertera kalimah Allah dijual secara terbuka di rangkaian kedai serbaneka KK Mart.
Selepas teruk menerima kecaman ramai, KK Mart kemudiannya tampil membuat permohonan maaf susulan penjualan stoking di satu daripada cawangannya.
Kini, siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berhubung penghasilan produk yang dianggap biadab dan sengaja mencetuskan provokasi terhadap institusi agama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Zarina Zainuddin ada mendedahkan sikap salah seorang anak kembar istimewanya, Muhammad Razil Azrai atau lebih mesra dengan panggilan Azil yang sangat pembersih dan kemas.
Selain itu, pelakon berusia 50 tahun ini menyifatkan Azil sebagai seorang berdikari meski tidak dilahirkan dengan sempurna.
Dalam pada itu, Zarina meluahkan rasa sayang terhadap anak istimewanya itu.
“Assalamualaikum Dinner time for azil .. azil ni pembersih dia mandi sehari 10 kali setiap kali turun ke bawah naik atas bilik dia akan terus mandi ..
“baju dia akan bawak turun sendiri satu bakul ke bawah kadang saya pun pening dia main masuk jer semua baju dalam mesin basuh, jadi kena lah kami pantau asingkan balik baju beearna dan baju putih.
“Saya bila tengok keakraban dua beradik kembar ni .. rasanya perasaan mereka sungguh suci tiada prasangka melainkan saling melengkapi .. kasih sayang yg tidak berbelah bagi .. akan ku jagamu hingga ke Syurga,” tulisnya.
Sekadar informasi, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22, serta Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.
Foto: Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seperti yang diketahui, kisah rumah tangga melibatkan pengacara dan pelawak, Shuk Sahar bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah pernah menjadi bualan hangat sebelum ini.
Insiden berlaku selepas Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar didakwa berlaku hingga peminat ada membuat spekulasi sendiri.
Bagaimanapun, Shuk mengakui kekhilafan diri, seterusnya menjadikan perkara tersebut sebagai satu iktibar buat dirinya.
“Bila terjadinya perkara macam ni membuat saya sedar apa yang paling penting dalam hidup ini adalah keluarga.
“Sebab apa pun yang berlaku percayalah kalau tiada keluarga yang bersama dengan kita, kita tidak akan kuat,” kongsi bintang berusia 35 tahun ini.
Dalam pada itu, pengacara kelahiran Pulau Pinang ini turut meluahkan rasa syukur kerana si isteri masih menerima dirinya meski pernah melakukan kesilapan dalam rumah tangga.
“Isteri masih berada bersama dengan saya, jadi syukur alhamdulillah. Masih lagi menerima diri saya seadanya. Saya bersyukur raya tahun ini saya akan dapat beraya bersama-sama dengan keluarga,” katanya lagi.
Pada masa sama, Shuk menambah golongan lelaki harus berani menanggung segala risiko dan kesan andai pernah melakukan kesilapan.
“Saya nak bagi pedoman pun saya tak tahu, saya nak nasihatkan pada orang lain pun saya tak tahu. Saya tak pandai nak bagi nasihat.
“Cuma saya nak cakap kalau kita berani buat berani tanggung. Kita yang beli beras,” katanya kepada MH.
Shuk mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Rossalennah pada 20 Disember 2015 dan dikurniakan dua anak perempuan.
Terdahulu, Shuk telah di pelancaran kempen jualan Ramadan Raya 2021 bersama duta Jakel, di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat sempena musim perayaan ini.
Selain Shuk, rakan selebriti seperti Nabil Ahmad, Datuk Aaron Aziz, Hairul Azreen, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Lara Alana turut menjadi duta busana raya jenama berkenaan pada tahun ini.
Foto: Instagram Shuk Sahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Alamak, apa yang berlaku sebenarnya ni? Kenapa tiba-tiba Elizad dipenjarakan? Selepas 10 tahun meringkuk dalam penjara, Dian akhirnya dibebaskan apabila tempoh hukumannya telah tamat.
Kini, Dian ingin memulakan kehidupan yang baharu, namun dia juga mempunyai beberapa misi yang perlu diselesaikan.
Mula bersiaran di ntv7 pada 28 November, drama ‘Dian’ menampilkan pelakon jelita Elizad Sharifuddin sebagai watak utama yang terpaksa mengharungi pelbagai panca roba dan halangan dalam hidup.
Lebih menarik lagi, barisan pelakon hebat seperti Qi Razali, Erra Fazira, Yasmin Hani, Tony Eusoff, Mimi Lana dan ramai lagi turut terlibat untuk menjayakan drama siri ini.
Drama 20 episod ini memaparkan kisah seorang wanita bernama Dian, yang berhasrat untuk berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu Hisham (Qi Razali) tetapi mendapat tentangan oleh ibunya, Yon Aishah (Fazlina Ahmad Daud).
Sebenarnya, ibu Dian sudah merancang untuk mengahwinkan anak perempuannya itu dengan Faris (Tony Eusoff) yang merupakan seorang doktor yang berjaya, Tapi apakan daya, Dian keras kepala dan tetap berpegang teguh dengan pilihannya.
Dian dan Hisham telah dikurniakan dengan dua orang anak iaitu Fiqa (Mimi Lana) dan Aiman (Izzy Reef Izzu) selepas mereka mendirikan rumahtangga. Dian tidak sangka bahawa Hisham ialah seorang kaki judi dan suka membazir masa dan wang di kelab-kelab judi setiap malam. Ketagihan berjudi Hisham semakin menjadi-jadi sehingga Dian terpaksa memilih cara alternatif untuk memberi wang kepada suaminya itu.
Suatu hari, Hisham bertengkar besar dengan Dian setelah Dian sudah tidak dapat bertahan dengan perangai buruk suaminya itu. Dalam pergelutan, Hisham tertikam dan Dian pula dipenjarakan selama 10 tahun atas cubaan untuk membunuh serta mencederakan suaminya sendiri.
Ketika Dian meringkuk dalam penjara, Hisham telah mengambil kesempatan untuk berkahwin dengan Nisa (Yasmin Hani). Nisa terpaksa menjadi ibu tiri kepada Fiqa dan Aiman walaupun dia sebenarnya benci mereka berdua. Tabiat buruk Hisham yang obses dengan judi itu masih belum dapat dibuang, dia masih kerap membuang masa di kelab judi.
Siapa sangka walaupun sudah berbini dua, Hisham berkahwin pula dengan Eva Raisya (Erra Fazira). Malangnya, Eva tidak tahu bahawa Hisham hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaannya.
Masa berlalu dengan pantas sekali. Pejam celik, sudah 10 tahun Dian dipenjarakan. Selepas dibebaskan, Dian mempunyai misi untuk mencari kedua-dua anaknya semula. Hisham yang gila talak pula ingin memenangi hati Dian kembali setelah mengetahui bahawa Dian kini sudah bebas.
Pelbagai kejadian telah berlaku ketika Dian cuba untuk menjejaki anak-anaknya semula.Jangan ketinggalan untuk menonton Dian, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 8.30 malam, hanya di ntv7.
Foto: Media Prima
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!