Selepas sekian lama berdiam diri, pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf akhirnya tampil memberikan reaksinya berhubung dakwaan kononnya dia pernah menjalinkan hubungan dengan wanita Singapura seperti mana yang tular di media sosial pada Ogos lalu.

Menerusi temu bual bersama program hiburan Melodi, bintang filem Kahar Kapla High Council itu menafikan dakwaan tersebut selain turut menyifatkan foto tular tersebut bukanlah dirinya.

“Saya Percaya Rezeki Tuhan & Doa Ibu Ayah,” – Amir Ahnaf Nafi Berpeluk & Hantar Chat Nakal, Anggap Kontroversi Lumrah

“Saya tidak pernah ada hubungan dengan mana-mana wanita Singapura. Saya pun terkejut bila ada screenshot itu tersebar. Itu bukan saya. Kenapa nak salahkan saya pula?

“Perkara tersebut telah pun viral tapi itu bukan saya. Itu sahaja yang boleh saya katakan,” katanya.

Meskipun namanya dihimpit kontroversi, pelakon berusia 24 tahun itu memaklumkan isu ini tidak menjejaskan kehidupannya dan kini dia hanya fokus untuk memberikan yang terbaik dalam setiap tawaran yang diberikan.

Ads

“Saya Percaya Rezeki Tuhan & Doa Ibu Ayah,” – Amir Ahnaf Nafi Berpeluk & Hantar Chat Nakal, Anggap Kontroversi Lumrah

“Alhamdulillah, setakat ini kerjaya saya baik-baik sahaja. Ini adalah lumrah kehidupan. Ada jatuh dan bangun. Saya bersyukur pihak produksi sangat mempercayai bakat saya.

“Malah, mereka lebih selesa untuk bercakap dengan saya secara bersemuka. Cara itu lebih baik daripada kita buat penilaian sendiri,” ujarnya lagi.

Ditanya sama ada dia kecewa dengan isu-isu yang berbangkit saat ini, Amir memaklumkan dirinya sentiasa percaya dengan takdir tuhan dan doa daripada kedua-dua orang tuanya.

Ads

“Saya Percaya Rezeki Tuhan & Doa Ibu Ayah,” – Amir Ahnaf Nafi Berpeluk & Hantar Chat Nakal, Anggap Kontroversi Lumrah

“Buat apa nak kecewa. Kita boleh pilih sama ada untuk kecewa atau tidak. Saya percaya pada rezeki Tuhan. Doa dan berkat ibu ayah itu lagi penting.

“Apa yang saya nak ketengahkan adalah bakat saya. Saya minta maaf jika kehidupan peribadi saya agak sensitif untuk dikongsikan

“Jangan cepat percaya cakap orang. Kadang-kala apa yang dibaca itu tidak sama hingga boleh menimbulkan fitnah. Yang kena fitnah itu adalah saya. Apa yang penting, jaga diri dan hati sendiri,” akhirinya.

Ads

Ogos lalu, nama Amir sekali lagi terpalit kontroversi selepas tular beberapa tangkap layar yang didakwa perbualannya bersama seorang wanita Singapura di Instagram.

Menerusi perbualan berkenaan, Amir didakwa mengajak gadis berusia 18 tahun itu datang meluangkan masa bersamanya.

Sebelum itu, seorang wanita juga mendakwa pernah menjalinkan hubungan dengan Amir, tahun lalu. Baru-baru ini, Amir dikaitkan dengan Angel dari kumpulan Dolla.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

[Sumber & Kredit Foto: Isntagram Amir Ahnaf & Youtube Melodi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI