Baru-baru ini, pelakon Fatin Afeefa ada menulis satu twit menerusi akaun Twitter miliknya.
Jelas bintang filem Tentang Bulan itu, dia telah meluahkan perasaan dan pendapat tentang perkara yang berkaitan kemaafan.
“I believe everyone deserves forgiveness because no one is perfect and mistakes are inevitable,” tulisnya.
Malah, kata-kata perkongsian ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata ini mendapat perhatian dan pujian daripada peminat.
Untuk rekod, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Adam Shahz, pada 21 Disember 2013.
Mereka kemudiannya bercerai talak satu pada 20 Mei 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya Ivy Herra Sophia.
Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsuddin turut mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian menerusi perkahwinan terdahulu.
Foto : Twitter Fatin Afeefa