HomeBerita“Saya Perkenalkan Maya Karin, Neelofa & Sari Yanti, Mereka Dulu Tiada Apa-Apa,”...
“Saya Perkenalkan Maya Karin, Neelofa & Sari Yanti, Mereka Dulu Tiada Apa-Apa,” – Aziz M. Osman Tak Kisah Stesen TV Ambil Pelakon Ikut Followers, Minta Buang Sikap Iri Hati
Pelakon dan pengarah tersohor, Aziz M. Osman mendedahkan dia tidak mempunyai masalah dengan syarat yang diletakkan oleh pihak stesen televisyen untuk mengambil pelakon berdasarkan jumlah pengikut mereka di media sosial.
Bercakap di program, Begitu Begini Dj Nazz, Aziz merasakan untuk mendapatkan jutaan pengikut di media sosial, bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana mereka perlu mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Katanya lagi, para pengarah harus memanfaatkan peluang tersebut untuk membentuk para selebriti media sosial ini menjadi bintang pada masa akan datang.
Perkara tersebut telah dibuktikannya ketika dia mula-mula membawa masuk nama-nama besar seperti Neelofa, Maya Karin dan Sari Yanti ke dalam industri lakonan tanah air satu ketika dahulu.
“Kita kena akui fakta, rakan-rakan artis mungkin akan marah saya kalau saya bercakap mengenai perkara ini. Saya boleh terima bila stesen tv inginkan pelakon yang memiliki 1 juta followers.
“Bagi saya, untuk mendapatkan 1 juta followers, ia bukan satu perkara yang mudah. Mereka mesti ada sesuatu yang menarik. Sekurang-kurangnya bakat. Bagaimanapun, kalau mereka tiada bakat, mereka tetap akan ditolak.
Ads
“Saya memperkenalkan pelakon-pelakon seperti Maya Karin, Neelofa, Sari Yanti dan ramai lagi. Mereka dulu bermula dengan tiada apa-apa. Ada segelintir pihak yang menganggap saya hanya mengambil pelakon-pelakon bintang. Sebenarnya tidak.
“Saya hanya mengambil pendatang filem baru kemudian, saya bentuk mereka menjadi bintang seperti sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama, Kampung Pisang Bersiri-Siri ini turut berpendapat sikap iri hati terhadap mereka yang mempunyai jumlah followers yang ramai ini harus dihentikan sebaliknya bersainglah dengan sihat bagi merebut sesebuah tawaran itu.
Ads
“Kalau mereka sudah hadir dengan followers yang begitu ramai, kini tanggungjawab saya atau para rakan pengarah pula yang didik mereka untuk menjadi bintang pada masa akan datang.
“Jangan kita iri hati dengan mereka yang punyai followers sampai berjuta ni. Saya tak nafikan juga yang tiada followers pun berbakat. Saya rasa persaingan itu sihat. Tak perlu pun iri hati atau dengki dengan kelebihan orang lain,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Aziz tidak menafikan pemilihan seseorang pelakon itu harus bersesuai dengan watak yang diberikan.
Ads
“Saya tak kata yang saya okay dengan syarat yang diletakkan oleh stesen tv itu. Cuma saya memandangnya dari sudut yang positif. Secara peribadi, kalau tidak kena pada watak, saya tidak akan pilih Instafamous tu. Saya tidak akan paksa mereka untuk sesuaikan dengan watak.
“Ambil sahaja contoh Arwah Mamat Khalid, kesemua budak-budak Kampung Pisang tu, followers mereka pun tak banyak. Watak tersebut tetap juga menjadi.
“Seperti kita tahu, sebahagian daripada followers yang berjuta itu adalah haters. Mereka mengikuti seseorang itu untuk bergosip atau bercakap mengenai pelakon tersebut. Bila ada ramai yang nak bercakap mengenai mereka, mesti mereka ada sesuatu yang lain daripada yang lain,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Aziz memaklumkan dia kini bakal kembali mengarahkan sebuah lagi filem komedi melibatkan kumpulan lawak lagenda, Senario.
Sumber: Youtube Gegar FM, Instagram Aziz M. Osman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rapper dan penulis lagu, Altimet mendedahkan dirinya memang sudah lama meramal penyanyi hiphop wanita akan kembali mendominasi industri hiburan tanah air lebih-lebih lagi selepas kemenangan lagu Gila dan EH di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) baru-baru ini.
Jelas Altimet, selepas melihat transisi yang berlaku di dalam dunia hiphop antarabangsa, dia juga yakin trend tersebut turut akan beralih arah ke Malaysia.
Katanya lagi, faktor tersebut turut menjadi antara pendorong mengapa dia memilih DeFam untuk menggantikannya membawa lagu Bunga pada AJL33 yang lalu.
“Wonder Women. 2-3 tahun lepas dah nampak dalam scene hiphop antarabangsa, Emcee-emcee wanita Bangkit mendominasi.
“Aku tau trend ni akan sampai kat Malaysia sebab tu DeFam ganti Aku perform Bunga kat AJL. Malam semalam bukti, hiphoppers perempuan mampu berdiri sebaris dengan lelaki,” tulisnya.
Wonder Women. 2-3 tahun lepas dah nampak dlm scene hiphop antarabangsa, Emcee2 wanita Bangkit mendominasi. Aku tau trend ni akan sampai kat Malaysia sbb tu DeFam ganti Aku perform Bunga kat AJL. Malam semalam bukti, hiphoppers perempuan mampu berdiri sebaris dgn lelaki. pic.twitter.com/ctn020tOMr
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Altimet yang juga merupakan punulis lirik bagi lagu Eh itu menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Malah, Altimet turut percaya rapper wanita juga mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rapper lelaki yang lain
“Sebagai peminat female emcee, dari Roxanne Shante ke Queen Latifah, Lauryn Hill, Rah Digga, Eve, Rapsody, ke Mizz Nina & Mawar Berduri, Aku ucapkan terima kasih & tahniah kepada @EHZiziKirana & @LocaLangsat, you got the mic now, Queens. #AJL35,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Altimet turut menitipkan ucapan tahniah buat Zizi Kirana dan Loca B kerana telah menjadi juara bagi kategori masing-masing.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat berterima kasih kepada Altimet kerana telah mengangkat kembali martabat rapper-rapper wanita.
Terdahulu, lagu Eh yang telah pun dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Persembahan Terbaik AJL35 merupakan lagu hasil ciptaan Zizi dan Altimet (Mambang) manakala komposernya pula ialah Navigator
Sumber: Twitter Altimet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi setiap insan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti mahukan ikatan yang dibina berkekalan, bahagia hingga ke akhir hayat.
Menerusi entri terkini Alif di akaun Instagram, hos Big Stage itu memaklumkan hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan dia bersama isterinya yang ke-5 tahun.
Lalu, penyanyi berusia 29 tahun itu telah mengimbau kembali kenangan ketika saat dia mendirikan rumah tangga bersama isteri.
“Monday morning,5 years ago.. drove myself to the dewan nikah alone,but drove back with my wife by my side alhamdulillah.. we turned 5. I love you @shadilahalid .. to infinity and beyond.,” tulisnya.
Pelakon versatil, Fasha Sandha baru-baru ini ada berkongsi foto throwback sekitar tujuh tahun lalu, ketika dia sedang menanti detik untuk diijabkabulkan ketika perkahwinan pertama.
Mengenakan baju kurung moden dwirona putih dan ungu pastel hasil ilham pereka Rizman Ruzaini, pelakon drama Teratai Kemboja itu tampak ayu disolek juru mekap, Saidatulnisa.
Menerusi ruangan kapsyen, Fasha yang kini menantik detik untuk disatukan sebagai suami isteri bersama tunang, pelakon Fasha Sandha memohon agar semuanya akan dipermudahkan.
“Kisah lalu April 2012. Namun make up dan baju ni masih in trend sampai sekarang. Rizman dan Kak Sai adalah insan2 yang hebat.
“Bila tengok gambar lama ni, macam2 perasaan, semoga Allah Permudahkan segalanya. Amin…sama tak muka ibu 7 tahun? tulisnya yang mengikat tali pertunangan dengan Aidil pada 18 November tahun lalu.
Terdahulu, Fasha Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia dan Putri Raysha Jemyma.
Foto: Instagram FashaSandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular Hollywood, Penn Badgley mengejutkan peminat apabila mendedahkan amalan hariannya yang tidak dijangka iaitu membaca al-Quran setiap malam sebagai bentuk meditasi.Menerusi wawancara bersama...