Pelakon, Nazim Othman berkongsi detik lucu apabila memaklum dirinya terpaksa memasuki rumah melalui tingkap bilik air gara-gara kehilangan kunci.

Menurut Nazim, dia menyedari perkara tersebut sebaik sahaja tiba di rumah selepas pulang daripada menjayakan sesi pengambaran.

“Sumpah tak kelakar. Balik shooting tengah malam, lepas parking, cari kunci rumah, takde.

“Punggah satu kereta cari pun tak jumpa. Dah la tengah penat, ngantuk, pastu berpeluh-peluh badan kat parking area yang panas tu.

Ads

“Nasib baik masa kecik dulu selalu tengok citer #MacGyver.

“Terus sel-sel otak berhubung dengan kelajuan cahaya. Akhirnya dapat jugak masuk umah ikut tingkap bilik air.

“Nasib baik aku kurus. I neeeeeeeeed a P.A or maybe a wife. Eh? Tiber. Kbye. ( tag your clumsy friends )” tulisnya.

Ads

Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Pengantin Satu Malam itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Nazim turut sempat berseloroh memberi tahu, pada ketika ini, dia mungkin memerlukan pembandu peribadi atau seorang isteri bagi mengelakkan masalah kecuaiannya itu dari terus berlaku.

Ads

Melihat pula di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur selain turut mendoakan agar Nazim segera dipertemukan jodoh.

“Saya Perlukan P.A Atau Mungkin Isteri,” – Masuk Rumah Ikut Tingkap Bilik Air, Kenapa Pula Dengan Nazim Othman Tu? “Saya Perlukan P.A Atau Mungkin Isteri,” – Masuk Rumah Ikut Tingkap Bilik Air, Kenapa Pula Dengan Nazim Othman Tu?

“Saya Perlukan P.A Atau Mungkin Isteri,” – Masuk Rumah Ikut Tingkap Bilik Air, Kenapa Pula Dengan Nazim Othman Tu?

Sumber: Instagram Nazim Othman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI