Kalau melihatkan wajah ‘macho’ pemilik nama Fattah Amin ini, tentu menyangkakan bahawa dia sememangnya bercita-cita sebagai pelakon.
Namun begitu, MH difahamkan bahawa Fattah, 27 tahun pernah bercita-cita untuk menjadi seorang anggota beruniform.
“Ayah saya seorang anggota polis, jadi dulu masa kecil-kecil pernah lah ada keinginan untuk jadi polis juga.
“Tapi biasalah budak-budak, banyak cita-cita, kejap nak jadi itu, lepas itu berubah pula.
“Ada satu ketika itu nak jadi mekanik lah, malah nak jadi Ustaz pun pernah,’katanya ketika ditemui di Malam Gala KL Special Force, semalam.
Dalam pada itu, Fattah turut bertuah dapat melakonkan Zul dalam filem tersebut.
“Saya banyak buat ‘homework’ untuk menjayakan watak Zul ini. Syafiq (pengarah) ada beri saya ‘guide’ untuk lebih menghayati watak tersebut,”katanya lagi.
Sementara itu, Fattah turut akui bahawa dia agak gementar apabila digandingkan dengan otai, Datuk Rosyam Nor.
“Mula-mula bila lihat skrip, lihat banyak ‘scene’ dengan Datuk Rosyam, takut jugalah.
“Jadi awal-awal jumpa beliau, saya terus-teranh cakap ‘saya budak baru belajar, ini filem pertama saya, jadi mohon maaf kalau terkurang'” katanya lagi.
MH juga sempat bertanya pendapat isteri Fattah, Fazura mengenai lakonannya dalam filem tersebut.
“He look so hot in it,”katanya.
KL Special Force akan menemui penonton 8 Mac ini.