Pelakon, Nur Fazura menyifatkan dirinya tidak pernah menyesal meski mahligai rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun lalu kini telah pun berakhir.

Bagi bekas isteri kepada aktor Fattah Amin itu, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin menyifatkan segala yang berlaku ini membuatkan dirinya lebih kuat untuk meneruskan kehidupan.

“Saya Pernah Berkahwin Selama Tujuh Tahun Dan Baru-Baru Ini, Saya Telah Pun Bercerai,” – Wawancara Fazura Di Indonesia Raih Perhatian

“Saya pernah berkahwin selama tujuh tahun dan baru-baru ini, saya telah pun bercerai.

“Namun, saya tidak pernah menyesal sebaliknya saya bangga kerana mampu bertahan dan telah pun berikan segalanya di dalam perkahwinan.

“Sama juga dengan bekas pasangan,” kata bintang filem Gol & Gincu itu sebagai menjawab mengenai pertanyaan hos program Sea Today News, sama ada dia pernah atau tidak memperjuangkan cinta.

Penampilan ibu kepada seorang cahaya mata itu di Indonesia bagi mempromosikan single terbaharunya, ‘Bertahan Demi Cinta’

Fazura menambah, single tersebut menceritakan tentang perjuangan pasangan suami isteri yang berusaha mempertahankan perkahwinan mereka.

Ads

“Saya Pernah Berkahwin Selama Tujuh Tahun Dan Baru-Baru Ini, Saya Telah Pun Bercerai,” – Wawancara Fazura Di Indonesia Raih Perhatian

“Lagu ini diinspirasikan buat lelaki dan wanita yang saling mencintai. Terutamanya dalam perkahwinan, kita akan harungi pelbagai ujian.

“Jadi, perkara yang paling penting adalah untuk kekal bertahan dan memperjuangkan rasa cinta kita. Kerana itu tajuknya ‘Bertahan Demi Cinta’.

“Kita mahu setiap pasangan itu tetap mengharungi segala cabaran dan mengatasinya bersama seterusnya berusaha kekal dalam perkahwinan,” ujarnya lagi.

Fazura antara lain juga teruja melihat respon para peminat berkaitan lagu ini walaupun ada yang mengharapnya dia dan bekas suami kembali bersama semula.

Ads

“Saya Pernah Berkahwin Selama Tujuh Tahun Dan Baru-Baru Ini, Saya Telah Pun Bercerai,” – Wawancara Fazura Di Indonesia Raih Perhatian

“Kami menjalani proses rakaman pada bulan Febuari tapi muzik video ini baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas. Respon daripada peminat sangat menyentuh hati.

“Mereka juga sukakan lagu ini. Disebabkan penceraian saya, mereka mengharapkan agar kami bersatu semula.

“Dari sudut positif, para peminat sangat menunjukkan sokongan. Mereka berikan komen dan kata-kata semangat kepada saya dan bekas suami.

Ads

“Saya teruja mendengar komen-komen peminat. Mereka juga boleh kaitkan lagu ini dengan kehidupan mereka terutamanya buat pasangan suami isteri atau yang mungkin sudah bercerai,” kongsinya lagi.

Difahamkan kemunculan Fazura dalam program itu menjadi penampilan pertamanya selepas sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.

Untuk info lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer Ippo Hafiz dan diterbitkan oleh syarikat rakaman Indonesia, Hits Records pada 10 Oktober lalu.

Lagu tersebut menjalani proses rakaman sekitar Februari lalu ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Nur Fazura & Youtube Sea Today News

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI