
Juara Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James telah diundang sebagai tetamu jemputan di Geng Pagi Hot, di radio Hot FM.
Menerusi segmen berkenaan, gadis berusia 25 tahun berbicara mengenai dirinya, termasuk pernah menjadi mangsa buli ketika di bangku sekolah.
Malah, anak kelahiran Kuching, Sarawak ini mengakui hal ini terjadi kerana dia sangat aktif dalam bidang sukan di sekolah.
“Saya dulu masa sekolah tak ramai kawan pun. Masa saya sekolah menengah saya sangat aktif dalam bidang sukan.
“Jadi bila saya aktif dalam bidang sukan di sekolah, badan saya kurus dan warna kulit saya jadi gelap.
“Oleh itu saya tak ada ramai kawan dan saya pernah kena buli masa sekolah, suatu ketika dulu.
“Tapi bila saya masuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Lendu, Melaka baru saya ada ramai kawan,” katanya jujur.
Sekadar informasi, Francisca telah dinobatkan sebagai juara Miss Universe Malaysia 2020 dan menewaskan 17 peserta yang lain.
Foto: Instagram Francisca, Hot FM
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terlalu Dekat, Capai Tangan Jer Sudah Boleh Pegang Dia,” – Rita Sosilawati Berselisih Dengan Diva Pop, Beyonce Masa Jalan-Jalan Di Taman! Tapi…

Usahawan, Erni Dekritawati atau lebih sinonim dengan sapaan Rita kini sedang berliburan di Amerika Syaikat.
Percutian tersebut turut disertai ahli keluarganya yang lain, termasuk suami dan anak-anak.
Berkongsi foto sekitar percutian mereka di negara Uncle Sam itu, anak kepada Allahyarham Datin Sosilawati Lawiya itu juga ada berkongsi kenangan terindah, tiba-tiba terserempak dengan Diva Pop, Beyonce!
Perkongsian berkenaan dimaklumkan Rita menerusi sepotong video yang dimuat naik menerusi Instagram.
Kongsinya, Beyonce dan suami Jay-Z berselisih sebelahnya kepada berliburan di kawasan riadah, Central Park. Malah, dia sempat memberikan ucapan selamat menyambut Krismas kepada pasangan tersebut dan ia turut disambut dengan ucapan sama!
“The best Christmas ever when Beyoncé and jay-z lalu sebelah I masa jalan Kat Central Park.. and I sempat say hi and wish “Merry Christmas” and both of them replied merry Christmas back!
“The worst part tak boleh tangkap gambar coz dia bawak anak perempuan dia ( bodyguard kiri kanan) .. but anyway I never imagined boleh jumpa Beyoncé dekat park… the close it’s like so close capai tgn jer dah boleh pegang dia.. ooommggg it’s lifetime memories.. . . .
Kitaorg sempat record video nie jer.. and yg paling dekat.. seriously I xboleh tido till now, dah pukul 2 pagi yer Kat sini,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati) on
Aduhai, bertuahnya Rita apabila dapat bertemu dengan bintang dunia. Bukan senang ya untuk bersua secara tiba-tiba dengan selebriti bertaraf A di Hollywood, siap dapat berbalas teguran lagi!
Apa pun, jom usha beberapa momen cuti-cuti Rita dan famili di Amerika Syarikat.
View this post on InstagramA post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati) on
View this post on InstagramA post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati) on
Foto: Instagram Rita Sosilawati
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elyana Henti Rawatan Kimoterapi, Kongsi Cerita Ibadah Puasanya

Elyana memilih untuk tidak menyambung rawatan kemoterapi bagi merawat kanser Limfoma tahap empat yang dihadapinya sejak hampir sembilan tahun lalu.
Menerusi Harian Metro, Elyana atau nama sebenarnya Emeelya Elyana Emrizal menjelaskan, dia tidak lagi ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan kerana ingin memberi ruang kepada mereka yang lebih memerlukan lebih-lebih lagi dengan situasi semasa yang melanda ketika ini.
“Sekarang, negara kita sedang dilanda Covid-19. Jadi, saya rasa lebih ramai lagi orang yang memerlukan kemudahan di hospital berbanding saya.
“Lagi pula, saya sendiri sudah lama sakit dan dapat tahu situasi penyakit saya sekiranya ia teruk. Setakat ini, alhamdulillah,” katanya yang kali terakhir dirinya menjalani rawatan sekitar awal tahun lalu.
“Ketika itu, saya menjalani rawatan kecemasan iaitu radioterapi memandangkan kanser sudah menular dan memberi kesan buruk pada tulang serta saraf saya. Penularan itu menyebabkan saya hampir lumpuh.
“Selepas itu, doktor menyarankan saya supaya menjalani rawatan kemoterapi, tapi saya tak buat kerana banyak perkara yang saya fikirkan antaranya tanggungjawab saya dan juga anak-anak yang sedang membesar,” akui penyanyi Kalis Rindu ini lagi.
Diminta berkongsi mengenai ibadah puasanya tahun ini pula, ibu kepada seorang cahaya mata itu menzahirkan rasa syukur kerana semuanya berjalan lancar tanpa sebarang gangguan kesihatan.
“Alhamdulillah, ibadah puasa saya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
“Tiada sebarang gangguan kesihatan berlaku kepada saya dalam tempoh ini,” terangnya yang turut menjana pendapatan dengan menjalankan perniagaan makanan secara dalam talian.
Terdahulu, Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Cinta Sumayah, yang kini mencecah usia 9 tahun.
Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram Elyana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Kerana Kita Lihat Kawan Sering Ketawa, Tidak Bererti Dia Tidak Boleh Terluka,” – Betty Banafee

Pelakon, Betty Banafee tidak menafikan di dalam menjalinkan sesebuah persahabatan, kita akan dapat belajar sesuatu mengenainya.
Malah menurut Betty, teman yang ada di sekeliling pasti ada yang tidak sempurna.
“Bila berkawan dengan ramai kawan ini… Baru kita sedar. Bukan semua kawan kita hidup sempurna. Mungkin dia banyak duit, tapi ada broken famili.
“Ada yang tak berduit, tapi ada keluarga yang bahagia.Dari kawan itulah kita belajar sesuatu.
“Nak cakap tentang kecewa dan terasa hati dengan kawan-kawan. Sampai bila-bila tak kan habis. Namun disebabkan nak hubungan itu kekal panjang, kena ‘fake’kan semuanya.
“Fake smile… Fake feelings… dan fake emotions. Kerana sayangkan kawan-kawan. Jangan kerana kita lihat kawan kita sering ketawa, tidak bererti dia tidak boleh terluka.
“Kita sama-sama manusia. Ada hati dan perasaan. Jadi, jangan kita perlakukan kawan kita itu sesuka hati,” tulisnya lagi dalam satu hantaran di Instagram.
Selain itu, pelakon berusia 42 tahun ini menasihati semua untuk menghargai sahabat yang saat susah dan senang.
“Kawan ketawa memang ramai. Kawan menangis sukar dicari. Tapi mereka mungkin tiada dengan kita di saat susah. Namun siapa tahu, dalam diam mereka tetap mendoakan kita.
“Jadi jangan kita berburuk sangka pada kawan-kawan. Suatu masa nanti… Satu demi satu kawan akan meninggalkan kita. Masing-masing dengan tujuan yang berbeza.
“Mungkin antara kita juga ada yang telah terpisah buat selama-lamanya. Yang tinggal cuma kenangan dan nama,” tulisnya lagi menerusi entri berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Betty Banafee
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI