Juara Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James telah diundang sebagai tetamu jemputan di Geng Pagi Hot, di radio Hot FM.
Menerusi segmen berkenaan, gadis berusia 25 tahun berbicara mengenai dirinya, termasuk pernah menjadi mangsa buli ketika di bangku sekolah.
Malah, anak kelahiran Kuching, Sarawak ini mengakui hal ini terjadi kerana dia sangat aktif dalam bidang sukan di sekolah.
“Saya dulu masa sekolah tak ramai kawan pun. Masa saya sekolah menengah saya sangat aktif dalam bidang sukan.
“Jadi bila saya aktif dalam bidang sukan di sekolah, badan saya kurus dan warna kulit saya jadi gelap.
“Oleh itu saya tak ada ramai kawan dan saya pernah kena buli masa sekolah, suatu ketika dulu.
“Tapi bila saya masuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Lendu, Melaka baru saya ada ramai kawan,” katanya jujur.
Sekadar informasi, Francisca telah dinobatkan sebagai juara Miss Universe Malaysia 2020 dan menewaskan 17 peserta yang lain.
Foto: Instagram Francisca, Hot FM