Selepas 17 tahun hidup solo, penyanyi dangdut Mas Idayu, 50, bersyukur apabila doanya untuk kembali hidup bertemankan dimakbulkan Allah SWT.
Saat diijabkabulkan dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Che Isa, 51, pada jam 10.40 pagi Jumaat, penyanyi itu tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata ketika sah bergelar isteri.
“Selama 17 tahun saya hidup sendiri dan pernah tak percaya dengan mana-mana lelaki. Kemudian, dua tahun lepas, setiap malam saya berdoa kepada Allah SWT untuk hadirkan teman dalam hidup saya kerana saya mula berasa sunyi.
“Saya nak kawan, saya nak teman hidup…Alhamdulillah Allah kabulkan. Tetapi ketika itu ramai yang cuba nasib sehingga saya tidak tahu mahu memilih yang mana satu.
“Kemudian datang yang saya suka pula (suami). Dan terus saya katakan pada diri saya, mungkin ini pilihan saya.
“Mungkin sebab itu saya berasa sebak sebab sudah lama hidup sendiri dan akhirnya ada tempat boleh mengadu, luahkan tentang apa sahaja. Saya dan ada kawan untuk bercerita,” katanya kepada MH sebaik selesai majlis akad nikah yang berlangsung di Magica Event Hall, Quill City, Kuala Lumpur.
Ads
Bercerita lebih lanjut mengenai keperibadian suami yang membuatkan dirinya jatuh hati, Mas Idayu berkata dia tertarik dengan sikap kelakar Sufian.
“Walaupun wajahnya kelihatan serius, tapi dia sebenarnya kelakar. Ketika berborak berdua, kadang-kadang kami tergelak sebab apa yang dibualkan menjadi lucu.
“Mungkin juga sebab dia pernah mengendalikan program komedi untuk tempoh masa yang lama… jadi memang tak sangka (berjodoh dengan Sufian),” katanya lagi.
Sementara itu, Sufian yang juga merupakan bapa kepada dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu, berkata dia sangat menyenangi ciri-ciri keibuan yang ada pada penyanyi lagu Cintaku 100 Percent itu.
Ads
“Mas Idayu ada ciri-ciri keibuan selain dia ni pandai masak, kalau nak rasa masakan dia, marilah datang rumah,” kata Sufian berseloroh.
Mas Idayu dan Sufian dinikahkan oleh jurunikah Imam dan Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, Ustaz Haji Azizi Abd Hamid sambil berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.
Pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi bertempat di lokasi sama pada malam ini.
Ads
Terdahulu, Mas Idayu dan Muhammad Sufian saling mengenali sejak program Mentor 3 yang bersiaran pada 2008 dan baru menjalinkan hubungan serius pada tahun ini.
Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqah yang kini berusia 25 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, doktor viral Dr Shazril Shaharuddin ada menitipkan dedikasi istimewa buat insan bergelar guru.
Menyifatkan sekolah harian juga tidak kurang hebatnya berbanding sekolah asrama asalkan punya azam, Say turut bertuah kerana mempunyai guru yang cukup komited.
Luahan serta dedikasi tersebut dikongsikannya menerusi Instagram.
“Sy sekolah harian drpd Form 1 smpi Form 3 dulu. Ade peluang tuk pegi asrama mase form 1 tp parents sy sayang sgt kt sy (memandangkan sy ja anak laki, bongsu plak tu) maka mrk xbagi sy pi asrama.
“Masa tu sy jeles gak ngn kwn2 yg dpt pi asrama cz dlm kpala sy fikir, mesti yg sekolah asrama lg berjaya dari sy yg sekolah harian,” tulisnya.
Bagaimanapun nyata apa yang dirasakannya itu sebenarnya meleset.
“But i was wrong. It does not matter where u graduated from, yg penting ur willingness to succeed in life is what matters most. But at d same time i was lucky enough to hav teachers dat r passionate & dedicated yg sanggup buat extra class bile nk dekat major exams.
“Maka dlm kesempatan ni, sekiranya korg ade cikgu yg baaanyak berjasa kpd korg, calonkanlah cikgu tu tuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s kt https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi sebelum 31Mac2019. Link ade kt bio sy ye!
“Selain drpd mendoakan kesejahteraan mrk atas segala ilmu yg mrk dh curahkan kt kite, ape kata kite suprisekan cikgu kesayangan kite dgn hadiah ye dak? So tnggu ape lg, mai calon cepat peeps!” kongsinya sambil disusuli dengan tanda palang #terimakasihcikgu
“Dating dengan si manis @uqashasenrose2 di @jakeltextile,” tulisnya sebagai kapsyen sambil disertai dengan emoji berbentuk hati.
Meski tidak dapat dipastikan mengenai sebab pertemuan tersebut, namun rata-rata peminat di ruangan komen memberikan reaksi positif seterusnya mengharapkan yang terbaik buat Uqasha.
“Semoga dipermudahkan segala urusan, baju nikah ke baju bridesmates ni?,” tanya seorang pengguna Instagram.
“Bau nasi minyak dah dekat,” tulis seorang lagi pengguna lain.
Sebelum ini, bintang drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu menjadi wajah koleksi pengantin pereka feysen tersebut bagi tahun ini.
Sementara pada malam kemuncak Anugerah MeleTOP Era 2021 lalu, Uqasha turut dilamar kekasihnya, Kamal Adli secara langsung, sekali gus mengesahkan wujudnya hubungan istimewa di antara mereka.
Foto: Instagram Shanell Harun, Uqasha Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
4 Mei menjadi detik penentuan apabila Malaysia mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Doktor selebriti, Dr Say Sahzril turut menzahirkan kegusaran apabila rakyat mula diberikan sedikit kebebasan dalam pergerakan meski bersayarat.
Dia akur akan keputusan kerajaan atas kerugian RM2.4 billion setiap hari namun menyatakan tindakan tersebut agak drastik dengan peningkatan kes jangkitan yang semakin meningkat sejak dua hari lalu.
“Topik : PKPB. Yaay Or Naay?
“Jumaat lepas bila PM announce PKPB, terduduk sy dibuatnya. Sy tahu banyak syarat-syarat kepada PKPB tu tapi to me it all sounded like “PKP SUDAH TAMAT, BOLEH ENJOY, TAPI BERINGAT”. Sy tahu kerajaan mungkin tertekan dengan keadaan ekonomi yg melarat.
“Seperti yg dikatakan PM, negara kita kerugian RM2.4billion setiap sehari sejak PKP bermula. Tapi tidakkah kalian merasakan tindakan ini sedikit drastik?
“To be honest sy sedikit lega sukarelawan sy telah berakhir. Selama PKP ni dari Cyberjaya ke Selayang took me just 30minit. Dengan PKPB yg akan bermula 4Mei ni, perjalanan sy mungkin akan doubled malah tripled sebab pasti jalan akan kembali jammed.
“Akan tetapi looking at it on another angle, MAYBE (HOPEFULLY) this is the right time. Curve of cases berjaya di-flat-kan, rakyat dah lebih peka menjaga diri kerana sudah diberi 7 minggu memantapkan diri mengenai COVID-19 & at the same time poket rakyat dah makin kering. If PKPB tak start sekarang then bila lagi?
“3 negara with highest cases seperti Spain, Italy, France bakal akhiri lockdown mereka maka sy rasa Malaysia mahu turut serta. Sy tahu ramai yg tidak setuju, sy sebagai frontliners pun takut dengan apa yg bakal terjadi tapi semuanya up to us.
“Kalau kita boleh amalkan NORMAL BAHARU dengan menjaga distancing kita, kerap basuh tangan kita, elakkan mass gathering & jumpa doktor jika bergejala InsyaAllah kita bakal terpelihara.
“Sama2 kita doakan semoga Malaysia tak jadi seperti Jepun yg terpaksa lockdown semula akibat bilangan kes naik mendadak lepas lockdown mereka ditamatkan. Sejak 2 hari ni bilangan kes kat Malaysia makin menaik.
“Risau jugak sy melihatnya. Apa pendapat korang? Setuju atau tidak dengan PKPB yg akan bermula esok? Jom open discussion bawah ni peeps,” luahnya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan hampir semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi secara terkawal menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei dan tertakluk kepada syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Foto : Instagram Dr Say
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...