Pengarah filem Saadiah: Bekal Kasih Merdeka, Ellie Suriaty optimis terhadap kualiti lakonan penyanyi, Kaka Azraff yang mendukung watak balu anggota polis, Saadiah Abdullah ketika muda setakat ini.

Mengambil latar masa akhir 1975, Ellie mengakui terpanggil untuk menguji kemampuan ibu kepada dua cahaya mata itu di sejurus melihat persembahan Kaka menerusi lagu tersebut yang turut menampilkan Noki K-Clique dan Loka B.

“Saya Pilih Dia Sebab Lagu Gila,” – Ellie Suriaty Puas Hati Kaka Azraff Bawa Watak Isteri Setia Berbasikal Setiap Hari Ke IPD Gerik“Saya Pilih Dia Sebab Lagu Gila,” – Ellie Suriaty Puas Hati Kaka Azraff Bawa Watak Isteri Setia Berbasikal Setiap Hari Ke IPD Gerik

“Saya pilih Kaka sebab lagu Gila. Bila saya teliti liriknya itu, dalam hati terdetik bahawa jika dia mampu capai apa yang saya mahukan.

“Jadi pemikiran dan idealistiknya di dalam lagu tersebut ‘bertemu’ dengan titik pertemuan yang saya mahukan di dalam karektor Saadiah ketika muda.

“Ia seterusnya membawa kepada titik pertemuan dengan Saadiah ketika tua yang dilakonkan Khatijah Tan. Itu yang saya mahukan daripada seorang pelakon yang memainkan satu peranan untuk dua zaman,” katanya kepada MH.

Ellie menambah, personaliti Kaka dan Khatijah Tan yang membawa watak Saadiah pada tahun 2012 tidak terlalu ketara perbezaannya, sekali gus menjadikan perjalanan filem ini lebih realistik.

Ads

“Saya Pilih Dia Sebab Lagu Gila,” – Ellie Suriaty Puas Hati Kaka Azraff Bawa Watak Isteri Setia Berbasikal Setiap Hari Ke IPD Gerik

“Kalau kita tengok dari segi susuk fizikal, ada persamaaan apabila dilihat daripada ‘green screen’. Perubahan daripada Saadiah pada tahun 1975 dan membawa kepada perubahan latar masa 2012, ia seumpama kita tidak letak dua orang yang berbeza.

“Ia memang ‘pergi’ baik mengikut latar masa. Jadi itu yang terbaik yang kami dapat untuk karektor Saadiah sebenarnya,” katanya lagi.

Ditanya sebab mengambil Azriel Ismail untuk melakonkan watak sebagai Alias Nik Daud, Ellie percaya dengan bakat yang ada dengan pelakon berkenaan.

Ads

“Saya Pilih Dia Sebab Lagu Gila,” – Ellie Suriaty Puas Hati Kaka Azraff Bawa Watak Isteri Setia Berbasikal Setiap Hari Ke IPD Gerik “Saya Pilih Dia Sebab Lagu Gila,” – Ellie Suriaty Puas Hati Kaka Azraff Bawa Watak Isteri Setia Berbasikal Setiap Hari Ke IPD Gerik

“Bagi saya dia ada aura yang sangat bagus. Dia pernah bekerja dengan saya untuk projek Teater Muzikal Putri Santubong The Warrior Princess sebagai Kijang Mas. Jadi saya tahu sejauh mana dia boleh pergi.

“Sebab kita tahu, lakonan di pentas teater adalah antara latihan lakonan buat seseorang pelakon. Bila dia buat persembahan itu, bagi saya ia bukan satu perkara yang mudah. Dia ada karisma dan energi bersama karektor yang dibawa.

Ads

“Saya sedar, kita ada ramai aktor. Tetapi kita juga perlukan satu permulaan yang besar. Watak ini sesuai dengan dia. Pada saya untuknya memainkan watak penting dalam naskhah ini, sangat sajak untuknya.

“Kita sedia ada ramai pelakon lelaki yang sering bawa watak polis, askar dan sebagainya. Tapi kita mahukan figura yang segar untuk watak tersebut,” katanya lagi.

Saadiah: Bekal Untuk Merdeka diinspirasikan daripada kisah balu anggota polis, Saadiah Abdullah yang menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Perak selama 37 tahun sebagai mengenang Allahyarham suaminya, Alias Nik Daud.

Alias meninggal dunia pada 1975 dalam serangan hendap pengganas komunis sewaktu bertugas sebagai jurupandu bot di balai berkenaan.

Filem terbitan Penerbit Pencil Pictures & Records Sdn Bhd itu bakal ditayangkan di pawagam tahun hadapan.

https://youtu.be/L2UmDyRCSqY

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI