Bergelar selebriti popular, namun tidak sedikit pun timbul perasaan malu dalam diri Hazama apabila dia kini sibuk turun padang meniaga di bazar.
Menurut Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi tiada apa yang perlu dimalukan demi mencari rezeki untuk menambah pendapatan keluarga.
“Saya tidak kisah duduk di bazar sebab sebelum ini kehidupan saya bermula dari situ. Saya pun memang dah ada pengalaman bekerja di bazar sebelum bergelar artis.
“Jadi saya tidak berasa segan untuk beradadi tempat asal saya kembali,” katanya.
Hazama dan isteri, pemuzik Genervie Kam menjual produk makanan Asam Laksa bertempat di bazar Gamuda Cove, Dengkil bermula sejak 14 April lalu.
Ads
Penyanyi berusia 38 tahun itu juga menyimpan impian untuk membuka restoran bagi memperluaskan lagi perniagaan mereka.
“Saya teringin nak buka restoran tapi buat masa ini tak boleh nak fokus lagi tetapi adalah ke arah itu.
Ads
“Cuma ada kekangan dari segi modal… kalau ada, InsyaAllah.
Ads
“Kita cuba perlahan-lahan, mana tahu ada rezeki nanti dapatlah buka restoran,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hazama
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Aprena Menrose menjelaskan dirinya masih belum mengenakan niqab secara kekal sebagaimana yang didakwa segelintir peminat.
Aprena, 29, berkata dia maklum ada yang menyangka dia sudah tampil sedemikian selepas video keberadaanya di sebuah majlis dengan mengenakan niqab mulai diperkatakan.
Berterima kasih atas komen yang diberikan, Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman bagaimanapun meminta doa ramai untuk terus mendoakan yang baik-baik dalam usahanya menjadi Muslimah sejati.
“Belum lagi (berniqab), tapi doa-doakan InsyaAllah. Mengenai doa peminat mengenai istiqamah itu, saya anggap ia sebagai doa untuk saya moga terus kekal dengan apa yang dilakukan ini, saya hargainya.
“Cuma video tersebut diambil ketika saya hadir ke sebuah majlis ilmu. Kalau perasan, ada juga beberapa bahagian dalam video menunjukkan saya tidak pakai niqab,” katanya kepada MH.
Aprena sebelum ini menerusi satu perkongsian di laman Instagram memuat naik video dia berniqab di sebuah majlis sekaligus menerima banyak komen positif peminat.
Adik kepada kepada pelakon Oktovia Manrose ini pada berharap moga apa yang dikongsi itu memberi pendedahakan positif lebih ramai orang tentang kelas agama yang dikhaskan untuk golongan wanita.
“Jujur apabila pergi ke kelas ilmu agama sebegitu dan berjumpa dengan ramai wanita berniqab. Semasa hadiri kelas yang pertama saya tak pakai. Jadi bila tengok kepada suasana, hati kita terdetik untuk ingin belajar.
“Saya pun tidaklah kuat pengetahuan ilmu agama, tapi bila saya ikuti sesi sedemikian, Allah beri ruang… ada sahaja kelas seumpamanya untuk saya sertai lagi. Orang ajak pun ada.
“Cuma video yang saya kongsi di Instagram itu bukanlah yang pertama yang dihadiri. Sebelum ini saya jarang kongsikan di media sosial. Cuma baru-baru ini saya pernah kongsikan video sama di Insta Stories, masyaAllah tak sangka ramai peminat yang bertanya dan mahu ikut serta.
“Jadi niat saya kongsikan sekarang adalah untuk berkongsi mengenai kelas agama yang dianjurkan khsusus buat Muslimat. Kelas yang saya kongsikan itu dilakukan di Semenyih, Selangor, Ahad lepas,” katanya lagi.
Aprena sebelum ini mengesahkan dirinya sudah bertudung sejak Jun tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Aprena memberitahu dia masih lagi aktif dalam dunia lakonan dan bakal kembali ke set penggambaran drama baharu bulan depan.
“Kerjaya lakonan berjalan seperti biasa dan saya masih lagi terima tawaran. InsyaAllah akan kembali ke set lakonan bermula Oktober ini.
“Allah telah aturkan perjalanan saya dengan sangat baik. Jika tidak terlibat dengan penggambaran, banyak peluang untuk saya hadir ke kelas agama,” jelasnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
MH sedar beberapa hari yang lalu, Janna Nick ada muat naik satu kenyataan tengan kemurungan.
Melalui ruangan Insta Stories, Janna menerangkan bagaimana kemurungan itu berlaku dan boleh memberi kesan pada seseorang.
Menurut Janna, Kemurungan itu adalah satu penyakit mental yang boleh mempengaruhi dan membuatkan seseorang itu sedih, dan hilang minat terhadap sesuatu perkara secara berpanjangan yang boleh menyebabkan sakit pada fizikal, hilang selera makan dan masalah tidur.
Malah, Janna turut memberitahu ramai individu salah konsep memahami tentang kemurungan.
Bagi sesetengah pihak mungkin mudah untuk mereka katakan kemurungan ini bergantung pada pemilihan seseorang tentangnya serta boleh dilawan dengan mudah seperti bercampur dengan orang yang positif.
Namun tidak mudah untuk seseorang itu hentikan perasaan kemurungan ini.
Sejak Janna memuat naik posting ini, ramai yang tertanya-tanya adakah Janna dalam keadaan yang baik-baik atau Janna hanya mahu sekadar berkongsi.
Janna turut berkongsi beberapa respond peminatnya tentang perkara itu dan rata-rata mendoakan agar Janna sentiasa bahagia dan tidak mengalami apa-apa masalah kemurungan.
Sebelum ini, Janna juga ada muat naik gambar jacket dari arah belakang yang memaparkan perkataan “Sick And Tired.
Sempat Janna Menulis “I’ve been taking too much burden” di ruangan Insta Storiesnya.
Apapun MH doakan Janna agar sentiasa dalam keadaan yang baik dan positif bersama orang tersayang. MH percaya Janna hanya sekadar berkongsi pendapat dan tiada kena mengena dengan kehidupan sebenarnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh ada memuat naik sekeping fotonya yang sedang membuat persembahan.
Turut sama kelihatan menerusi foto yang dikongsikan menerusi Instagram itu ialah salah seorang anggotanya, AG Coco bersama kapsyen seakan-akan memberi bayangan terhadap sesuatu.
“Ni last aku post photo satu frame dengan AG. Selamat menjalani kehidupan baru bersama isteri dan tercinta brother. Hujan adalah satu journey yang sangat bermakna bagi aku,” tulisnya.