Sebagai seorang sahabat baik, pelakon dan pelawak Achey meluahkan rasa berbaur apabila pelbagai isu timbul membabitkan keluarga arwah Abam Bocey selepas pemergiannya.
Katanya lagi, dia agak terkilan atas apa yang berlaku.
“Saya agak terkilan tu sebab cerita kebaikan dia ditutup kerana perkara yang boleh diselesaikan secara damai.
“Sebab apa saya rasa terkilan dengan pihak terlibat kerana tidak menyelesaikan secara damai dan bagi saya ia mudah untuk diselesaikan,” jelasnya kepada MH.
Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata isu permasalahan atau konflik kekeluargaan sepatutnya diselesaikan secara baik bersama ahli keluarga lainnya.
Ads
“Saya ralat sikit sebab tengah kemuncak kebaikannya diceritakan orang ramai, bagaimanapun ia terjadi hal sedemikian pula.
“Jadi kalau tengok apa yang saya dan Fad lakukan, kami tak ambil tindakan apa-apa pun. Saya hanya teruskan menceritakan tentang kebaikan arwah supaya orang terus mendoakan arwah.
“Sebab pada saya bila satu individu bermasalah dengan satu individu lain, selesaikan dengan individu itu secara baik.
Ads
“Keluarga dengan keluarga selesaikan sebab itu adalah cerita dalam selimut.
“Saya sendiri pun sebagai kawan baik tak boleh nak campur cerita dalam selimut apatah lagi orang luar,” tulisnya.
Ads
Terdahulu, Achey ditemui pada Majlis Tahlil anjuran Astro Warna di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia di kediamannya, di Gombak akibat demam panas.
Jenazah Abam telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
Rancangan dokumentari Jejak Rasul sentiasa menjadi penantian penonton setiap tahun khasnya bila menjelang Ramadan.
Selaku pengacara rancangan tersebut, Fedtri Yahya ada berkongsi cerita ketika menjalankan pengambaran Jejak Rasul di negara Turki, Jordan dan Palestin tidak lama dulu.
Kongsi hos ini, dia memaklumkan untuk melaksanakan musim terbaru Jejak Rasul kali ini sangat mencabar kerana kawasan pengambaran dikawal ketat oleh tentera.
“Bukan mudah rakaman Jejak Rasul kali ini. Kawasan sensitif dan bergolak, dipenuhi tentera dan puak yang memantau dalam diam.
“Silap langkah, boleh ditangkap. Boleh ditembak. Bermula esok, 6.30 petang,” tulisnya.
Bukan mudah rakaman Jejak Rasul kali ini. Kawasan sensitif dan bergolak, dipenuhi tentera dan puak yang memantau dalam diam. Silap langkah, boleh ditangkap… Boleh ditembak. . Bermula esok… 630 petang 😘 pic.twitter.com/8ESihI9DyS
Filem Home Alone pernah menjadi fenomena pada tahun 90-an dahulu malah ia juga turut menaikkan pelakon utamanya, Macaulay Culkin menjadikan dia pelakon kanak-kanak terlaris pada masa itu.
Boleh dikatakan juga pada setiap Krismas akan kelihatan stesen televisyen menyiarkan semula filem tersebut.
Kini, Culkin kembali aktif dalam bidang lakonan kembali dengan video menyaksikan dia membuat semula babak-babak di dalam filem itu namun digantikan dengan dirinya yang sudah besar.
Berkolaborasi dengan Google, Culkin juga tidak lupa menyelitkan kesan pengunaan teknologi masa kini yang semakin mudah dengan adanya bayaran online dan sebagainya.
“#Heygoogle pernah terfikir tak bagaimana Kevin McCalister bila dah besar? Saya pun. Namun, kalau korang semua ingin tahu, korang patut tonton ini,” kongsinya di Twitter.
#heygoogle Have you ever wondered what Kevin McCallister is like as an adult? Me neither. But just in case you’re curious you should totally watch this #adpic.twitter.com/uO9qMPrUT3
Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira ada memuat naik sepotong rakaman video berunsur nasihat kepada peminatnya menerusi akaun Instagram.
Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek telah berkongsi kata-kata nasihat yang disampaikan bintang Youtube terkenal Korea Selatan, Daud Kim.
Menerusi rakaman video tersebut, Daud Kim antara lain ada berkongsi mengenai kebaikan serta keindahan agama Islam.
“A very simple message frm oppa Haishhhhh ni yg buat nak gi Korea ni.. . . Lee Min Ho.. tunggu aku datangggggg… !!
“Alhamdulliah semakin ramai yg mula buka mata pada Islam.. Andai agama lain, bangsa lain, negara lain bole lihat “istimewa”nya Islam.. janganlah hendaknya umat Islam sendiri mengaibkan Islam dan merendah2kan Islam.. sbg manusia biasa, mungkin kdg2 kita teralpa, terhanyut.. maka sama2lah kita saling mengingati andai ada yg terlupa. .,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, bintang filem Sembilu ini turut memberi nasihat kepada peminatnya untuk menegur antara satu sama lain dengan cara yang berhemah.
“Lihat diri, keluarga, audara mara, rakan taulan kita dulu.. Tapi andai nak menegur, tegur lah cara berhemah.. tegurpun ada adab tau apatah lagi andai nak menegur bukan keluarga atau bukan kenalan kita sendiri.
“Bila betul cara menegur, InsyaAllah mudah2an tiada yg tersinggung atau percent teesinggung mengecil dan matlamat menegur pun tercapai.
“Bukan apa.. ada sedikit kerisauan dihati bila melihat pelbagai ragam dan “semangat” di media social skrg.
“Harap kita sama2 ingat tanggungjwb kita sbg DUTA ISLAM di laman social. Jom kita perbaiki diri dan spread love dgn keindahan Islam .,” tulisnya lagi.
"Tak baik, mengapa mesti nak melontarkan kata-kata negatif kepada orang lain? Sebelum kita nak kata orang ‘bisa’, muka kita pun ‘bisa’.”Demikian kata selebriti versatil,...