Sebagai seorang sahabat baik, pelakon dan pelawak Achey meluahkan rasa berbaur apabila pelbagai isu timbul membabitkan keluarga arwah Abam Bocey selepas pemergiannya.

Katanya lagi, dia agak terkilan atas apa yang berlaku.

“Saya agak terkilan tu sebab cerita kebaikan dia ditutup kerana perkara yang boleh diselesaikan secara damai.

“Sebab apa saya rasa terkilan dengan pihak terlibat kerana tidak menyelesaikan secara damai dan bagi saya ia mudah untuk diselesaikan,” jelasnya kepada MH.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata isu permasalahan atau konflik kekeluargaan sepatutnya diselesaikan secara baik bersama ahli keluarga lainnya.

IKLAN

“Saya ralat sikit sebab tengah kemuncak kebaikannya diceritakan orang ramai, bagaimanapun ia terjadi hal sedemikian pula.

“Jadi kalau tengok apa yang saya dan Fad lakukan, kami tak ambil tindakan apa-apa pun. Saya hanya teruskan menceritakan tentang kebaikan arwah supaya orang terus mendoakan arwah.

“Sebab pada saya bila satu individu bermasalah dengan satu individu lain, selesaikan dengan individu itu secara baik.

IKLAN

“Keluarga dengan keluarga selesaikan sebab itu adalah cerita dalam selimut.

“Saya sendiri pun sebagai kawan baik tak boleh nak campur cerita dalam selimut apatah lagi orang luar,” tulisnya.

IKLAN

Terdahulu, Achey ditemui pada Majlis Tahlil anjuran Astro Warna di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia di kediamannya, di Gombak akibat demam panas.

Jenazah Abam telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/755272351662901/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI