Pelakon Zarina Zainuddin sememangnya dikenali sebagai ibu sabar dan penyayang membesarkan dua orang anak kembar istimewa penghidap autisme.
Terbaharu, Zarina kini sedang bercuti di kota London dan apa yang menariknya, percutian pelakon tersebut turut disertai oleh ahli keluarganya yang lain, termasuk Azal dan Azil.
Malah menerusi Instagram, Zarina kerap berkongsi sekitar momen percutian mereka.
Menerusi satu entri pula, Zarina ada berkongsi mengenai pengalamannya bercuti bersama dua anak istimewanya itu.
Katanya, percutian ini merupakan hasrat dari anak bongsu dan pada masa sama, bukan mudah untuk bercuti bersama seluruh ahli keluarganya yang lain.
“Bukan senang nak dapat berkumpul satu keluarga. Sebenarnya permintaan ke London ini anak saya yang bongsu adam nak pergi dari cuti tahun lepas tapi tahun lepas saya bawa dia bercuti ke Penang. Untuk anak ke 3 saya naim azrai permintaannya nak ke umrah nak ajak dia ikut sekali ni pun susah.
“Untuk azal sia sebenarnya teringin ke bali ..azil saja takde permintaan tapi redup matanya mengatakan ibu jangan tinggalkan aku. Percutian kali ini saya bawa p a saya sekali ..dia pun taknak ikut sebenarnya..tapi dia kesian kat saya nak handle empat anak lelaki ni bukan senang tambah ada azil sekali semua slander.
“Azil pun last minutes suami cakap kita bawak azil sekali saya rasa lega..yes akhirnya azil ikut..Tantrum ..memang akan ada tadi saja azil mengamuk di apartment tempat kami tinggal azal pun dah tak tentu arah..hingga datang jiran dari bawah ketuk pintu..
“Selidik apa yang berlaku..nampaknya orang london begitu detail tentang ketentraman, keselamatan anak2,” tulisnya.
Selain itu, Zarina turut mendedahkan Azil juga tidak tidur sepanjang perjalanan ke London meski sudah diberikan ubat.
“Bercerita tentang dlm flight azil langsung tak tido dlm flight walaupun dah bagi ubat..sepanjang penerbangan tangan saya dia gengam kuat dia takut air pocket.. saya pun tak tido sebab takut azil nak ke tandas atau apa2. Tak cuba tak tahu.
“Nak seribu daya taknak seribu dalih. Soal anak takde alasan sebagai emak bapak dan keluarga hanya yang ada perasaan sayang akan ambil risiko kalau takde perasaan itu mereka akan rasa ia menganggu dan menyusahkan.
“Anak anak autism mereka tahu siapa yang suka dan sayang mereka ..dan dengan siapa mereka selesa. Kerana mereka ada deria rasa itu yang orang normal tak ada. Kalau anda nak bawak anak ke msna2 jumpa doktor pakar mereka dulu.
“Ambil ubat mereka kerana mereka kalau mengamuk tak kira masa jadi ubat ini membantu menenang kan perasaan mereka sementara,” kongsi Zarina.
Akhir tulisannya pula, bintang itu turut menyatakan hasrat untuk membawa anak-anak ke tanah suci bagi menunaikan umrah dengan izinNya.
“InsyaAllah saya akan bawak mereka ke Mekah. Menunaikan umrah tahun depan,”jelas Zarina.
Terdahulu, Zarina juga turut mencuit hati netizen apabila memuat naik insiden lucu yang berlaku di antaranya dengan Azil.
Kongsinya, dia tidak perasan kasut yang dipakai anaknya itu terbalik, sehinggalah selesai merakam foto anaknya itu.
“Ramai yang perasan kasut azil terbalik..tadi kami transit di Oman di sana nak masuk flight balik semua kena bukak kasut bila pasang kelam kabut azil nak cepat saya pun tak perasan kasut terbalik sampailah habis gambar ni diambil,” akhirinya
Foto: Instagram Zarina Zainuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI