“Saya tiada formal education dalam muzik, tapi saya suka menyanyi.” Demikian kata penyanyi, Rayme Zainal apabila ditanya mengenai sejauh mana kecintaannya untuk terus optimis menghasilkan lagu pelbagai genre demi kepuasan.
Walau tidak menafikan perjalanan seninya untuk mencipta nam bukan sesuatu yang mudah, namun itu bukan alasan yang boleh menyekat minatnya terhadap bidang nyanyian.
“Untuk hasilkan sesebuah lagu saya akan cipta melodi sendiri dan lirik berdasarkan apa kisah yang ingin saya ceritakan. Memang masih ada sisi yang boleh diperbaiki, namun saya bersyukur bila ada yang beri reaksi positif.
“Misalnya, lagu bahasa Inggeris pertama saya berjudul Close To You sudah didengar lebih 60,000 kali di Spotify selain pernah menduduki carta. Saya sendiri pun tak sangka.
“Apa pun, itulah yang buatkan saya lebih bersemangat untuk terus hasilkan lagu, termasuk lagu raya yang masih dalam perancangan,” katanya.
Close To You turut mendapat sentuhan muzik dari penerbit muda, Jason How.
Ads
Rayme juga muncul dengan single berbahasa Inggeris kedua, A Matter of Time pada 3 November tahun lalu dan pernah popular menerusi lagu berjudul Andai.
Terdahulu, Rayme sebelum ini menjadi sorotankerana menyanyi di sebuah kafe dan pernah dikatakan mirip selebriti versatil, Roslan Shah.
Mengulas lanjut, dia tidak menafikan hingga ke hari ini, masih ada yang samakan wajahnya dengan bintang Singapura itu.
Ads
Bagaimanapun, dia tidak pernah berniat untuk menumpang rezeki selebriti berkenaan dan senang jika peminat mengenali atas bakatnya dalam nyanyian dan penciptaan lagu.
“Saya tak pernah ada niat untuk menumpang populariti Cik Lan (Roslan), tapi apabila orang selalu cakap muka kami sama, saya anggap itu rezeki terpercik la kot. Pada saya bila dikaitkan dengan orang ternama, itu satu bonus.
Ads
“Pernah ada yang tersilap nama nak panggil saya. Sejak dulu situasi itu (disamakan dengan Roslan Shah) berlaku. Apapun, mungkin boleh dikira sebagai pelanduk dua serupa.
“Dulu saya sampai tengok cermin banyak kali… betulkan wajah kami sama? Malah bila ambil gambar bersama, orang cakap kami ni adik-beradik ke? Masing-masing ada pendapat sendiri. Kalau ada kata seiras, saya terima sajalah.
“Malah ketika kami bertemu sebelum ini, dia (Roslan) kata wajah saya seperti dia muda-muda dulu. Waktu itu saya sedang membuat persembahan di atas pentas,” katanya yang bakal melancarkan album mini pertamanya pada tahun ini.
Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida ada berkongsi cerita perihal anaknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin,15.
Cik B yang kini mulai cenderung dalam dunia lakonan dan nyanyian telah menerima kritikan beserta komen negatif terhadap fizikalnya.
Sebagai seorang ibu, DSV meluahkan rasa rasa terkilan apabila melihat anak gadisnya itu yang sedih atas tohmahan yang diterima.
“BAGI MASA SAYA GROOMKAN @cikb_havoc66 CIK B CAKAP. ARTIS LAIN SEMUA CANTIK CANTIK. CIK B JER…BURUKKKK.
“BENGKAK MATA..CIK B NANGIS..SEBAK WEYYY BILA RAMAI KUTUKK. BACA ARTIKEL KAT STORY,” tulisnya.
Vida bagaimanapun menyifatkan anaknya itu sudah pun berani untuk berdikari dan buang rasa malu.
“TAK PE LA..INI FASA PERTAMA. AT LEAST DIA DAH TAK MALU. BOLE BERDIKARI DAH. DULU, MMG MALU DGN DIRI,” tulisnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memberikan reaksi positif terhadap Cik B dan memintanya untuk terus kuatkan semangat.
Dalam perkembangan lain, Cik B yang telah pun membuat kemunculan pertama menerusi drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta baru sahaja mengeluarkan lagu single pertama yang berjudul Tolonglah.
Foto: Instagram DSV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara program realiti Pentas Marhaban terbitan TV AlHijrah, Tilmiz Fahmi menafikan dia mempunyai kuasa dalam menentukan senarai peserta bagi program realiti terbabit susulan pembabitan kumpulannya, Al Maqari pada konsert minggu kelima yang bakal berlangsung malam ini.
Fahmi atau nama sebenarnya, Muhamad Nurfahmi Zainal, 23,berkata, biarpun bertindak sebagai pengacara program terbabit, namun dia tidak diberikan sebarang keistimewaan oleh pihak produksi stesen TV itu.
“Memandangkan masih ada lagi persoalan mengenai isu status saya dengan kumpulan Al Maqari di pentas marhaban, di sini saya nak jelaskan saya hanya bertindak sebagai hos manakala Al Maqari pula adalah peserta program ini.
“Saya tidak diberikan sebarang kuasa atau keistimewaan untuk menentukan siapa juara pada minggu akan datang atau minggu ini. Sebenarnya pemarkahan 100 peratus diadili oleh juri tetap dan juri jemputan,” katanya.
Terdahulu Fahmi mendedahkan dirinya menerima mesej peribadi di Instagram daripada pengikut yang mempertikaikan pembabitan kumpulannya, Al Maqari di Pentas Marhaban selepas dia bertindak sebagai pengacara program itu.
Konsert minggu kelima Pentas Marhaban bakal menyaksikan pertembungan di antara kumpulan Al Maqari dan Qalbun Hadi.
Dalam masa sama, Fahmi turut menepis dakwaan orang ramai yang mengatakan Al Maqari tidak memberi peluang kepada pendatang baharu untuk mencuba nasib dalam mana-mana program realiti TV
“Ini adalah satu tohmahan yang salah serta tuduhan berat sebab Al Maqari sendiri bukan kumpulan yang sudah berkecimpung berbelas tahun dalam bidang ini.
“Sebenarnya kami baru nak menapak dan kuatkan lagi jenama kumpulan ini di platform TV khususnya.
“Jika anda rasa layak untuk menyertai mana-mana program, kita bersaing secara sihat. Kita tunjukkan usaha dan komitmen serta jangan ada perbalahan,” katanya.
Selain Fahmi, Pentas Marhaban turut dihoskan oleh pelakon dan pengacara popular, Syamsul Ghau Ghau dan Pentas Marhaban akan bersiaran selama lapan minggu yang mana sebanyak dua kumpulan akan berentap pada setap minggu.
la diadili oleh dua juri tetapnya iaitu Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis (Along Gambus) bersama seorang lagi juri jemputan.
Pentas Marhaban bersiaran secara langsung dari Studio Penyiaran Digital TV Al Hijrah pada setiap Sabtu, pukul 9 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Anna Jobling yang kian menyerlah di dunia perfileman Indonesia menerusi dua filem terbarunya, Lembayung dan Laut Tengah mendedahkan perkara iru tidak datang dengan mudah
Malau ia dicapai tanpa sebarang bantuan daripada kroni atau individu berpengaruh.
“Saya bersyukur atas penerimaan positif daripada penonton Indonesia. Ini satu pengiktirafan atas kerja keras selepas berulang alik Malaysia dan Indonesia selama hampir setahun membina nama.
“Saya percaya, tanpa usaha kita tidak akan dapat mencapai apa yang kita impikan. Ini adalah bukti bahawa kerja keras tidak akan mengkhianatihasil.
“Saya mencari peluang di sana sendiri bersama pihak pengurusan saya dengan menghadiri uji bakat. Selain itu, rakan-rakan selebriti di sana juga banyak memberi tunjuk ajar mengenai selok-belok menempa nama di Indonesia,” katanya.
Menurut Anna, dia bersyukur apabila industri perfileman Indonesia mula membuka pintu lebih luas kepada bakat-bakat luar, termasuk satu pengumuman yang bakal dibuat dalam waktu terdekat.
Katanya, dia menerima berlakon dalam sebuah filem daripada seorang pelakon wanita Indonesia yang cukup dikenali ramai.
“Saya sangat teruja untuk mengumumkan filem ketiga saya di Indonesia tidak lama lagi. Ini adalah projek yang sangat istimewa buat saya,” katanya.
Anna pada masa sama berharap kerjasama dengan pelakon terkenal itu akan membawa satu dimensi baru dalam kerjaya lakonannya.
Dia percaya bahawa pengalaman ini akan mengasah lagi bakatnya dan memberikan ruang untuknya memperluas pengaruh di persada antarabangsa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!