Berita

“Saya Pun Tak Sangka,” – Rayme Zainal Optimis Menyanyi & Cipta Lagu, Anggap Rezeki Bila Disamakan Dengan Roslan Shah

Share

“Saya tiada formal education dalam muzik, tapi saya suka menyanyi.” Demikian kata penyanyi, Rayme Zainal apabila ditanya mengenai sejauh mana kecintaannya untuk terus optimis menghasilkan lagu pelbagai genre demi kepuasan.

Walau tidak menafikan perjalanan seninya untuk mencipta nam bukan sesuatu yang mudah, namun itu bukan alasan yang boleh menyekat minatnya terhadap bidang nyanyian.

“Untuk hasilkan sesebuah lagu saya akan cipta melodi sendiri dan lirik berdasarkan apa kisah yang ingin saya ceritakan. Memang masih ada sisi yang boleh diperbaiki, namun saya bersyukur bila ada yang beri reaksi positif.

“Misalnya, lagu bahasa Inggeris pertama saya berjudul Close To You sudah didengar lebih 60,000 kali di Spotify selain pernah menduduki carta. Saya sendiri pun tak sangka.

“Apa pun, itulah yang buatkan saya lebih bersemangat untuk terus hasilkan lagu, termasuk lagu raya yang masih dalam perancangan,” katanya.

Close To You turut mendapat sentuhan muzik dari penerbit muda, Jason How.

Rayme juga muncul dengan single berbahasa Inggeris kedua, A Matter of Time pada 3 November tahun lalu dan pernah popular menerusi lagu berjudul Andai.

Terdahulu, Rayme sebelum ini menjadi sorotan  kerana menyanyi di sebuah kafe dan pernah dikatakan mirip selebriti versatil, Roslan Shah.

Mengulas lanjut, dia tidak menafikan hingga ke hari ini, masih ada yang samakan wajahnya dengan bintang Singapura itu.

Bagaimanapun, dia tidak pernah berniat untuk menumpang rezeki selebriti berkenaan dan senang jika peminat mengenali atas bakatnya dalam nyanyian dan penciptaan lagu.

“Saya tak pernah ada niat untuk menumpang populariti Cik Lan (Roslan), tapi apabila orang selalu cakap muka kami sama, saya anggap itu rezeki terpercik la kot. Pada saya bila dikaitkan dengan orang ternama, itu satu bonus.

“Pernah ada yang tersilap nama nak panggil saya. Sejak dulu situasi itu (disamakan dengan Roslan Shah) berlaku. Apapun, mungkin boleh dikira sebagai pelanduk dua serupa.

“Dulu saya sampai tengok cermin banyak kali… betulkan wajah kami sama? Malah bila ambil gambar bersama, orang cakap kami ni adik-beradik ke? Masing-masing ada pendapat sendiri. Kalau ada kata seiras, saya terima sajalah.

“Malah ketika kami bertemu sebelum ini, dia (Roslan) kata wajah saya seperti dia muda-muda dulu. Waktu itu saya sedang membuat persembahan di atas pentas,” katanya yang bakal melancarkan album mini pertamanya pada tahun ini.

@mediahiburanofficial Penyanyi ini pernah dicadangkan buat parodi pakai baju macam Aina Abdul, tak rela nak buat bila kenangkan orang tua dekat kampung. Rayme Zainal yang kini muncul dengan lagu Close To You pernah viral sebab suara merdu, muka pula iras Roslan Shah #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Funny Song – Bruno Portinho Trilhas para filmes

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH