Dakwaan sensasi mengenai pelakon wanita yang dikatakan cuba menganggu rumah tangga pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah terjawab apabila Alif mengesahkan aktres tersebut ialah Sophia AlBarakbah
Walaupun tidak menyebut nama, Aliff berkata, wanita yang dikaitkan mempunyai kriteria sama dengan Sophia dan ketika ini, dia hanya menjalani satu pengambaran drama sahaja, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
“Saya rasa tanpa menyebut nama, saya sedang buat satu drama sahaja. Jadi itu sahajalah heroin saya. Rasanya orang pun sudah sedia maklum, isteri saya pun tak sebut nama. Jadi lebih baik biarkan perkara itu begitu sahaja.
“Saya faham keadaan Bella yang sedang rapuh tetapi kami terbuka untuk berbincang dan menyelesaikan perkara ini dengan lebih matang. Kami duduk dan secara rasional, berkomunikasi tentang isu ini.
“Saya pun tidak akan menafikan apa yang isteri saya sudah dedahkan. Saya kenal Bella, dia tidak akan keluarkan apa-apa kenyataan tanpa usul periksa. Dia tak akan melenting kalau tidak betul,” katanya.
Pelakon dan penyanyi itu ditemui ketika sesi sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah di Park 28, Mutiara Damansara, pada Rabu.
Ads
Dalam pada itu, Aliff tidak menafikan, kontroversi tersebut terjadi antara lain, atas kekhilafan diri sendiri yang lalai untuk menjaga batas hubungan walaupun berstatus suami orang.
“Tiada siapa jangka kontroversi akan meledak. Saya anggap ini satu teguran daripada Tuhan apabila menjalani penggambaran supaya tidak lalai menjaga iktilat.
“Pada awal penggambaran, kami tidak ada sesi bacaan skrip jadi kami seolah terbawa-bawa perasaan ketika berlakon bersama,” katanya.
Ads
Sementara itu, Aliff juga tidak mahu kontroversi ini berlarutan dan demi menghormati semua pihak, selain untuk tidak lagi bergandingan dengan pelakon filem Mimaland itu.
Aliff juga berharap agar Sophia tampil memberi penjelasan menjernihkan kemelut yang hangat diperkatakan warganet.
“Saya tidak boleh memaksa tetapi berharap agar pihaknya juga dapat beri penjelasan.Apa pun, terpulang kepada dia.
Ads
“Seperti apa yang Bella sudah katakan, saya menghormati dan akur jika itu boleh mengembalikan kepercayaan dan keyakinan terhadap saya,” katanya.
Terdahulu, Bella mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga menganggu keharmonian rumah tangganya.
Bella bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pelakon tersebut namun warganet mula menyerang akaun Instagram Sophia sehingga memaksa aktres menghadkan ruangan komen di media sosialnya.
Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah bakal disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 6 Februari depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kehilangan insan yang tersayang bukan satu perkara yang mudah dan itulah yang dilalui oleh penyanyi Bunga Citra Lestari yang kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair.
Bagaimanapun, atas tuntutan kerja Bunga tetap menyanyi di sebuah persembahan yang turut menampilkan penyanyi antarabangsa Ronan Keating, pada Sabtu di Pullman Central Park, Jakarta Barat.
Lalu, rakaman video persembahan Bunga telah tular dan menjadi perhatian netizen di laman media sosial.
Pelakon baru, Haidar Hasanudin akui gementar apabila bergandingan bersama Daiyan Trisha sebagai pasangan tunang menerusi drama rantaian, Tetuan Ang & Rahimin yang bersiaran di Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam.
Menerusi naskhah berkenaan, Haidar membawakan watak Ashraff, tunang kepada Budi (lakonan Daiyan) dan jelasnya, dia bersyukur kerana Daiyan banyak memberikan tunjuk agar bagi mencapai keserasian.
“Sebelum ini, saya pernah melibatkan diri menjadi pengacara untuk program Podcast Malam Jumaat bersama Fify Azmi dan saya menjayakan beberapa tawaran pengacaraan berskala kecil. Saya juga pernah menjadi pelakon tambahan.
“Tetuan Ang & Rahimin membuka peluang untuk saya menjayakan watak pembantu, menjadi tunang kepada karakter yang dibawakan oleh Daiyan. Pada mulanya, saya sangat gementar untuk bergandingan dengan Daiyan.
“Dia seorang pelakon yang berbakat dan cantik, tipulah kalau tak rasa gemuruh kan. Apabila melihat keramahan Daiyan di set penggambaran, rasa gusar itu beransur hilang. Dia sangat baik dan memberikan tunjuk ajar kepada pelakon baru seperti saya,” katanya.
Selain Haidar dan Daiyan, Tetuan Ang & Rahimin turut menampilkan lakonan Rashidi Ishak, Ben Amir, Anita Baharom dan ramai lagi.
Serius mengatur langkah dalam industri seni, Haidar mahu terus mengorak langkah, mengasah bakatnya dalam bidang lakonan.
“Terima kasih kepada Rashidi Ishak kerana membuka rezeki saya untuk membintangi drama bersiri arahan Wan Hasliza dan Wan Alauddin ini. Alhamdulillah, saya anggap ia sebagai permulaan yang baik.
“Sedutan babak lakonan saya dan Daiyan juga menjadi tular di TikTok dan maklum balas yang saya terima sangat baik.
“Dalam perkembangan lain, saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Angah arahan Eyra Rahman.
“Dalam naskhah terbabit, saya berlakon di samping Puteri Balqis. Saya memang serius mahu menceburkan diri dalam bidang seni, terutamanya pengacaraan dan lakonan. Saya mahu buktikan kebolehan dan mahu menjadi anak seni berjaya seperti Bront Palarae dan Amerul Affendi,” katanya lagi.
Tanggal 9 November lalu menjadi saksi indah penyatuan dua jiwa, pelakon Nadia Brian dan suaminya, Mu’izz Nasruddin yangtelah disatukan sebagai suami isteri.
Terdahulu ketika majilis nikah yang dihadiri keluarga terdekat itu menyaksikan pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh.
Sementara pengantin perempauan menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan wang hantaran RM50,000.
Dalam pada itu, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi turut berkongsi ‘pre wedding videoshoot’ dan keduanya saling bermadah manis dengan ayat-ayat romantis.
“Buat Mui’zz ku, pernah sekali ku menolak lamaran mu, Maafkan aku jika perbuatan ku menguris hatimu, Mungkin pada waktu itu, ku fikir kita tidak serasi.
“Tetapi selepas kita bertemu kembali, Hati ku dapat merasakan bahwa kau yang terbaik buatku.
“Ikhlas cinta mu padaku tidak pernah berkurangan, Dan kau sentiasa mengagumi ku dengan ucapan hatimu yang lemah lembut.
“Semua kehendak ku, semua impian yang pernah aku impikan, Kau sentiasa di sisi ku untuk membimbing ku, Untuk memegang erat tangan ku dalam perjalanan ini.
“Untuk membawa ku lebih jauh dalam lumrah kehidupan. Senyuman mu membuat hari ku lebih sempurna, Dan bayangan mu membawa ku keluar dari hari gelap ku, Membawa ku terbang ke awan tertinggi,” maklumnya.
Malah, aktres cantik berusia 28 tahun ini turut berterima kasih kepada suami tercinta kerana memilihnya sebagai pasangan hidup.
“Terima kasih sayang, Kerana memilih ku sebagai kekasih seumur hidup mu, Juga atas kejujuran dan keikhlasan hati mu.
Akan kita bina mahligai cinta yang terindah, Dimana kita akan tinggal selamanya, Hanya kita berdua.
“Demi kisah cinta kita,” akhirinya dengan penutup video yang cukup romantis.