Penyanyi meningkat naik, Amir Hassan menyifatkan dirinya selesa dengan lagu berkisarkan tentang cinta dan kasih sayang.
Malah, bintang muda ini turut mengakui dia lebih serasi kala mengalunkan lagu berentak sedemikian.
Amir yang muncul dengan single terbaru bertajuk ‘Gadis Yang Ku Tunggu’ (GYKT) menambah, dia juga seorang yang romantik dan gemarkan perkara ‘sweet’ bila dilamun cinta.
“Saya memilih lagu berkisarkan tentang cinta mungkin kerana sudah karakter saya yang merupakan seorang yang sweet dan romantik.
“Malah, saya amat suka perkara yang sweet-sweet ini,” katanya jujur kepada MH.
Amir berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single dan muzik video ‘Gadis Yang Ku Tunggu’ (GYTK) yang berlansung di Dewan Platinium Kolej Melati, Universiti Teknologi Mara, Kampus Shah Alam.
Ditanya mengenai kisah cinta dirinya sebelum ini pula, ini respon yang diberikan oleh penyanyi tersebut.
“Ketika ini saya masih belum bersedia untuk bercinta.
“Tapi sebelum ini Amir pernah ada 13 orang ex (teman wanita) dan 11 kali saya telah ditinggalkan.
Tambahnya lagi, masalah cinta yang dihadapinya sebelum ini yang kecundang di tengah jalan kerana beberapa sebab.
Antaranya ia mungkin berpunca daripada soal kematangannya bersama pasangan sebelum ini.