Personaliti media sosial, Maryam Younarae berniat untuk terus mempraktikkan pemakaian khimar di Malaysia seperti mana yang menjadi persalinan kebiasaan kebanyakan wanita di negara Timur Tengah.
Menurut Maryam, pemakaian khimar ini boleh memberikan keselesaan buat para wanita melakukan aktiviti harian dan pada masa sama memudahkan urusan ketika solat.
Katanya lagi, penggunaan kualiti kain daripada Korea Selatan juga nyata memberikan keselesaan buat si pemakai.
“Saya buat khimar ini untuk kegunaan seharian atau ketika berjalan-jalan. Boleh juga digunakan sewaktu solat.
“Memakai telekung untuk aktiviti harian mungkin agak tak sesuai kerana ia labuh dan kainnya tebal tapi khimar ini sangat selesa.
“Bagi orang yang tak tahu mengenai khimar terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakan saya, mereka tertanya-tanya saya tak panas ke? Selesa ke?
“Jadi, saya mahu mereka cuba sendiri. Oleh itu, saya sudah merancang untuk mewakafkan khimar ini di masjid-masjid di Malaysia dan Korea Selatan,” katanya kepada MH.
Ads
Maryam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran Khimar MaryamNarae by Maryam You Narae bertempat di Lola by SeraiGroup KLGCC pada Khamis.
Bagaimanpun, pelakon filem Mat Tudung Begins ini akui agak terkilan apabila pemakaian khimar masih belum boleh diterima ramai lebih-lebih lagi di negara kelahirannya, Korea Selatan.
“Pada Oktober lalu, saya balik ke Korea. Saya ada berkongsi video memakai khimar ketika ke pasar. Video tersebut telah viral dan menerima 12 juta tontonan.
“Orang-orang di Korea melihat saya dalam keadan pelik. Sebagai manusia, saya juga ada perasaan takut dan tertanya-tanya apa yang mereka fikirkan.
Ads
“Buat pertama kalinya, saya mengeluh kepada Allah. Kalau nak saya memeluk Islam, kenapa lahirkan saya sebagai orang Korea dan bukannya orang Malaysia? Kenapa beri saya situasi susah?,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, hal tersebut tidak sesekali melunturkan semangatya untuk berkongsi tentang keindahan Islam.
“Kemudian saya dapat jawapan. Kerana saya orang Korea Selatan dan seorang muslim, jadi, lebih mudah untuk saya mendekati mereka dan berkongsi tentang Islam.
“Saya akan terus tunjukkan perkara yang baik-baik. Sama seperti suami saya, Ryzal. Ketika dia membawa saya memeluk Islam, dia tak pernah paksa saya buat itu ini tapi dia menunjukkan contoh.
Ads
“Bila sudah terbiasa, saya pula ada keinginan untuk belajar sendiri. Setiap perkara yang berlaku ada prosesnya. Kita tak boleh terus berubah 360 darjah,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Maryam turut memaklumkan dia memulakan bisnes pakaian muslimah ini sebagai tanda untuk menghargai nikmat rezeki yang telah dikurniakan Allah.
“Ramai tahu saya peroleh rezeki yang melimpah ruah daripada Allah SWT. Ada orang bila dapat rezeki, mereka hanya berterima kasih tapi tak buat apa-apa.
“Bila dapat rezeki, kita kena memanfaatkan pemberian itu. Allah nak kita memanjangkannya untuk perkara yang baik. Ini cara saya saya memanfaatkan rezeki,” akhirinya.
Terdahulu, Khimar MaryamNarae hadir menerusi tujuh pilihan warna iaitu, nude, soft blue, sage green, dark brown, peach, white dan black.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahun ini, lagu raya baharu dendangan artis tempatan kembali rancak dilancarkan selepas lebih dua tahun negara berhadapan cabaran pandemik COVID-19 yang menyaksikan pelbagai kawalan dan kekangan dilaksanakan.
Tidak mahu ketinggalan menceriakan sambutan Syawal kali ini, Ayu Damit tampil dengan single berjudul Riang Ria Lebaran ciptaan KD Records dan lirik oleh KD Records dan Ayu sendiri.
Turut menyumbang suara di dalam lagu ini ialah Bob Yusof, Syura, Asmidar, Shah Iran, Aruel Ariel dan Fitri Hiswady
Menurut Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, 33, idea Riang Raya Lebaran tercetus selepas mengenangkan keterbatasan umat Islam khususnya untuk menyambut lebaran susulan pandemik.
“Awalnya rancang untuk menyanyikan lagu ini secara berpasangan, dua lelaki dan dua perempuan. Bagaimanapun bila saya nyatakan hasrat untuk buat lagu raya, kawan-kawan lain pun berminat.
“Jadi apabila melihat kepada reaksi baik mereka, saya ambil keputusan untuk bawakan lagu itu beramai-ramai. Mengapa tidak kan? Barulah nampak meriah. Kiranya ia imbau memori lagu-lagu raya era 2000 dulu yang tampilkan ramai penyanyi dalam sesebuah naskhah.
“Komitmen yang diberikan semua sangat baik dan proses menyiapkan lagu ini hanya ambil masa seminggu sahaja. Penggambaran muzik video dilakukan di kediaman pengasas Jamu Mak Dara, SM Gadaffi Syed Ali atau Habib di Beverly Height, Kuala Lumpur dari jam 12 tengahari hingga 1 pagi keesokan harinya.
“Alhamdulillah dipermudahkan. Masing-masing saling membantu dan curah idea demi memastikan lagu ini menjadi seperti mana yang diharapkan. Riang Ria Lebaran juga mendapat sokongan daripada FMC Music,” katanya.
Ayu berkata demikian ketika ditemui di Pak John Steamboat & BBQ Buffet IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.
Ditanya sama ada Ayu sanggup berhabis demi lagu raya ketiganya itu, ibu kepada tiga cahaya ini meletakkan kepuasan sebagai keutamaan di dalam berkarya.
“Bagi saya apa yang mustahak, kita puas hati. Itu sudah memadai. Sebab kalau melihat kepada kesungguhan kawan-kawan dalam memberikan komitmen, saya rasa terharu. Nak buat ‘cincai’ tak boleh juga.
“Projek ini tak akan berjalan kalau seorang. Ia hasil kerja sepasukan. Bayangkanlah dalam lagu ini pun, kita ada tiga guru vokal iaitu Bob, Aruel dan Fitri. Begitu juga dengan Asmidar, Syura dan Eranz yang kita sudah sedia tahu kualiti vokalnya. Adanya mereka saya kira ia melengkapi,” katanya lagi.
Muzik video Riang Ria Lebaran boleh ditonton di saluran youtube FMC Music bermula 21 April jam 8 malam dan lagu ini boleh didapati di semua platform digital mulai 22 April 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memuat naik sekeping foto bersama seorang lelaki tua, Azhan Rani nyata terkesima melihat sosok lagenda yang suaranya sering berkumandang di radio suatu ketika dahulu.
Dj Noramin sangat popular dengan tagline mosyimosyi juga merupakan pencipta lagu berhantu Cinta Bandar Tasik Selatan.
“Dia bukan biashe-biashe..
“Dak2 we chat yang tak kenal beliau mungkin buat tak tau je jumpa beliau ini.. beliau adalah legenda.. ini bukan di shanghai ..ini cuma kek dopan shanghai tailors kek kolo pilah yo.. beliau adalah noramin.. dj lagenda nama besar di stesen radio rtm suatu masa dulu yang sangat popular dengan tag line #mosyimosyi.
“Pernah berkhidmat di stesen radio tokyo selain pernah menjadi pengasas di beberapa buah stesen radio lain seperti stesen radio swasta pertama THR, CATS FM, WANITA FM dia juga pernah merakamkan lagu selain mencipta lagu.
“Kalau dak2 rock kapak pernah membesar dengan lagu #cintabandartasikselatan , ni la orang yang menciptanya.”
Lebih senang bekerja di sebalik tabir, Noramin kini banyak terlibat dalam pembikinan skrip filem.
“Beliau kini menetap di kolo pilah ni dan banyak menulis.. tengah buat skrip filem katanya.. relax je pakai kain dengan t shirt bawa beg galas ala2 seniman datuk a samad said.. breakfast kopi dengn telur separuh masak.. saat disapa sangat ramah orang dia.
“Seronok dapat berbual panjang dengn lagenda yang selalu aku dengar suara dia dulu di radio.. zaman mak abah korang biasa sangat la dengan legend ni.
“Syukur dengan rezeki sebelum meninggalkan kolo pilah ni.. semoga akan ramai lagi seniman berkualiti seperti beliau dan semoga Allah memberikan kesejahteraan buat seniman #noramin.”
Tahniah diucapkan kepada pelakon Sheera Iskandar yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, kira-kira 7.31 malam, 22 Mei lalu.
Khabar berita itu dikongsikan oleh suaminya, Mohd Halim Abd Ghani menerusi platform akaun media sosial Instagram aktres berkenaan.
“Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah Syukur kehadrat Illahi segala puji bagi Allah yang maha Esa.
“Isteri Saya Sheera selamat melahirkan Puteri Kami pada 22-05-2022 jam 1931hrs,” tulisnya.
Suami kepada pelakon drama Janji Diana ini menitipkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan buat isterinya.
“Jutaan Terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan. Terima kasih juga buat para petugas PPUKM, Doktor2 dan nurse2 yang telah menjaga dengan baik anak dan isteri Saya yang tercinta,
“Saya amat menghargainya Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya Amin amin ya rabbal alamin#syukur #baby #sheerahalim,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid ini pernah berkahwin dengan Abdullah Harun pada Ogos 2015, sebelum bercerai pada hujung tahun 2018.
Selepas itu, Sheera mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama suaminya, Mohd Halim Abdul Gani pada tanggal 3 Mei tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sheera Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pihak polis merampas enam jenis ubat dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Ridz Okumura, bagi...