Baru-baru ini ada kecoh di laman Twitter apabila ada peminat menyamakan pelakon, Alvin Chong dengan pelakon Korea Selatan, Lee Jong-suk.
“Kalau Alvin Chong jadi pelakon korea, mesti meletop. Seriously. Tengok drama Malaysia sweet gitu, imagine if he’s in Korean Drama.
“I bet sama level with Lee Jong suk,” tulis individu tersebut.
Susulan itu, Alvin yang dilihat turut ‘retweet’ status tersebut turut mengatakan bahawa dia masih belum sampai ke tahap itu lagi.
“Pertama kali saya rasa sangat berbesar hati bila ada orang bandingkan saya dengan pelakon Korea sama dengan Lee Jong suk cuma saya tak rasa sampai level itu lagi.
“Tapi, itu memberikan saya harapan bahawa saya boleh sampai ke tahap itu cuma kena berusaha lebih lagi, namun pada saya kalau dah dapat kekal dalam industri pun saya dah bersyukur.
“Apa-apapun, saya akan terus berikan yang terbaik khusus buat peminat dan semoga mereka akan terus memberikan sokongan kepada saya tak kira dalam apa sahaja yang saya lakukan,” katanya ketika dihubungi MH.
Sementara itu, penyanyi lagu Mencintaimu itu turut berkongsi harapannya itu melangkah lebih jauh dalam industri tak kira dalam bidang nyanyian atau lakonan.
“Memang ada plan untuk ke luar negara, setakat ini tunggu pihak pengurusan uruskan, antaranya adalah China, Taiwan, Singapore, Vietnam dan Philipines.
“Januari depan Alvin ada terlibat dengan satu drama cina di Singapore,” kongsinya lagi.
Foto/Instagram: Alvin Chong