Penyanyi Datin Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan baru-baru ini telah melancarkan muzik video untuk lagu single terbarunya, Meluruh.
Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, Alyah dilihat cukup konsisten dalam mempersembahan muzik video berkualiti terhadap single-single yang dinyanyikannya.
Lalu selain berkongsi mengenai sisi kerjaya, bintang ini buat kesekian kali tetap akan ditanya mengenai sisi peribadi, terutamanya hal melibatkan suami, Datuk Ramli MS.
Meski sudah berikan penjelasan tetap ada segelintir netizen yang memberikan spekulasi terhadap rumah tangga Alyah bersama suaminya yang dikatakan kian renggang.
Ini kerana penyanyi berusia 38 tahun itu semakin jarang berkongsi momen bersama suami di laman media sosial.
“Sebenarnya saya dari dulu lagi, dari zaman bercinta lagi memang jarang nak kongsi foto sama di sosial media. Kalau ada pun, memang jarang.
Ads
“Cuma kebelakangan ni saya akui agak kurang untuk kongsi foro bersama kerana masing-masing sibuk.
“Tambahan pula saya rasa Datuk (suami) ni pemalu, jadi kurang nak kongsi posting di sosial media.
“Malah ada ketikanya bila nak selfie kat rumah sama-sama saya tak pakai tudung pula. Jadi sudahnya saya tak boleh nak kongsilah benda-benda macam tu dekat peminat.
Ads
“Saya dengan Datuk Ramli okey jer, tak ada masalah. Ada juga peminat yang jumpa kami berdua di luar. Alhamdulilah sehingga kini kami okey,” kongsi Alyah kepada MH.
Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan bernikah dengan maestro muzik popular Datuk Ramli MS dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia pada 18 Mac 2013.
Penyanyi kelahiran Gelang Patah, Johor ini ditemui oleh MH di majlis pelancaran muzik video untuk lagu single terbarunya itu di TGV 1 Utama, Bandar Utama, beberapa minggu yang lalu.
Rakaman muzik video ini diarahkan oleh pengarah hebat, Ghaz Abu Bakar dan telah menampilkan pelakon hebat seperti Aprena Manrose dan Amerul Affendi.
Foto: Instagram Datin Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pensyarah, Aswad Anuar pada majlis pernikahan di Barern Hill, Hulu Langat pada pagi Jumaat.
Tepat jam 8.29 pagi, dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri.
Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa Sarah, Suhairi Hamdan di hadapan jurunikah, Ustaz Ahmad Khaliq Md Rasid.
Dalam majlis berlatar belakangkan kehijauan dan keindahan pagi itu, Sarah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM2,486 namun, jumlah hantaran dirahsiakan.
Pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.
Majlis bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, rakan selebriti dan pihak media.
Sebelum ini, penyanyi lagu Sah tidak pernah mendedahkan mengenai hubungan istimewanya kepada umum.
Difahamkan pasangan ini telah bertunang pada tahun lepas.
Kedua-dua mereka dikhabarkan mula berkenalan pada 2020 dan mempunyai minat yang sama iaitu sukan berkuda.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pembaca berita dan personaliti tv, Hawa Rizwana Redzuan ada berkongsi detik cemas ketika sedang melakukan aktiviti ‘jogging’ pada Jumaat.
Menurut Hawa, ketika dia sedang berlari, dia terserempak dengan sekumpulan anjing lalu cuba untuk mengejarnya.
Tadi nak jog, lepastu nampak anjing banyakk.. cuba teruskan, lepastu anjing anjing tu kejar, i pun lari la. Alhamdulillah ada kereta stop, i masuk kereta tu.. nasib baik la insan yang mulia tumpangkan ke tempat lebih selamat.. May Allah bless you
“Cuba teruskan, lepastu anjing anjing tu kejar, i pun lari la,” tulisnya.
Kisah mendebarkan itu dikongsikan oleh pengacara program Wanita Hari Ini itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Bagaimanapun, detik cemas itu terhenti selepas ada insan yang berhati mulia kebetulan melalui kawasan tersebut mengajak Hawa menaiki keretanya lalu dibawa ke tempat yang lebih selamat.
“Alhamdulillah ada kereta stop, i masuk kereta tu.
“Nasib baik la insan yang mulia tumpangkan ke tempat lebih selamat.
“May Allah bless you,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Hawa turut merakamkan ucapan terima kasih buat individu yang telah menyelamatkanya itu selain turut mendoakannya supaya dia sentiasa berada di dalam rahmat Allah.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Hawa supaya jogging di kawasan yang lebih selamat dan seeloknya bawalah teman.
Sumber: Twitter Hawa Rizwana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gara-gara hujan lebat, sesi penggambaran terpaksa dihentikan dan kesemua pelakon serta krew produksi harus berteduh di bawah khemah kecil.
Itulah antara realiti yang harus dilalui sebagai seorang anak seni seperti yang dikongsikan oleh penyanyi dan pelakon, Adibah Noor.
Menurut Adibah, meski kerjaya sebagai seorang anak seni kadang-kala dipandang sepi, masih ada diantara mereka yang masih bertahan dan ingin terus berkarya.
tiada pihak yg menganggap kami ni essential service.. sedangkan sedar/tidak, terima/tidak, angkat phone, bukak tv/radio memang cari benda utk hiburkan hati…
tak apa.
kami tetap di sini.
berkarya, di hadapan/belakang lensa, walau sering dipandang sepi…
“Tiada pihak yang menganggap kami ni ‘perkhidmatan perlu’ (essential service), sedangkan sedar atau tidak terima atau tidak, angkat phone, buka tv atau radio memang cari benda untuk hiburkan hati.
“Tak mengapa. Kami tetap di sini berkarya di hadapan atau belakang lensa walau sering dipandang sepi.
“Syukur alhamdulillah,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Twitter miliknya.
Menerusi video berkenaan, Adibah bersama krew produksi dilihat terpaksa berteduh di bawah sebuah khemah sementara menunggu hujan lebat reda.
Meninjau pula di ruangan komen, rata-rata netizen meberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan agar urusan pihak produksi dipermudahkan.
Sumber: Twitter Adibah Noor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!