Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir mendedahkan perubahan bentuk badannya sekarang bukan hanya disebabkan amalan diet seimbang semata.
Sebaliknya, Dina atau nama sebenarnya Faradina Mohd. Nadzir memberitahu, rasa rendah diri dan berpendapat bentuk fizikal yang hodoh menjadi punca untuk menukar gaya hidup.
“Ramai yang bertanya bagaimana saya menurunkan berat badan. Sejujurnya saya pernah berada di fasa yang betul-betul tidak gembira. Saya rasa diri ini tidak pernah cukup bagus.
“Saya rasa tidak cukup cantik, tidak layak dicintai dan tidak cukup dalam segala hal. Ia membuatkan saya mahu mencuba pelbagai perkara baharu.
“Saya mahu keluar daripada perasaan tersebut dan mahu rasa diri lebih baik. Saya rasa diri ini buruk dan tiada nilai,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh penyanpai radio Sinar itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Selain banyak melakukan aktiviti fikizal, Dina turut memaklumkan dirinya hilang selera makan akibat rasa sedih yang melampau.
“Saya mula cabar diri dari segi emosi, mental dan fizikal. Saya selalu mengharapkan ada sesuatu yang berlaku agar dapat menhacurkan diri ini supaya saya ada semangat untuk kembali bangkit.
“Sebaliknya, saya menemukan perkara baharu yang saya suka buat. Saya mula suka matahari, aktiviti berpeluh dan laut biru. Dulu saya benci perkara ini tapi kini saya obses.
“Saya turun berat badan kerana banyak melakukan aktiviti fizikal. Malah disebabkan depresi juga, saya hilang selera makan,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Dina menyifatkan 2024 merupakan tahun di mana dia menemukan kekuatan untuk kembali bangkit.
“Apa yang saya naka katakan di sini, saya tiada diet yang khusus. Saya turun berat badan sebab kesedihan. Namun, saya 2024 merupakan tahun di mana saya mampu melangkaui segala batas,” akhirinya.
Sebelum ini, Dina pernah mendedahkan dirinya berasa sangat sedih selepas pemergian bapa tercinta pada tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dina Nadzir