Pelakon dan penyanyi Bella Astillah hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini bagi sebutan kes perceraian dengan suaminya, Aliff Aziz.

Nekad untuk berpisah, Bella, 30, atau nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, dia sudah memfailkan perceraian di mahkamah sama, kelmarin.

Tambahnya lagi, dia membuat keputusan demikian selepas mengambil kira banyak perkara selain insiden tangkapan atas dakwaan khalwat suaminya dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara, baru-baru ini.

“Saya Rasa Inilah Jalan Terbaik…,” – Bella Astillah Nekad Cerai Dengan Aliff Aziz

“Saya Rasa Inilah Jalan Terbaik…,” – Bella Astillah Nekad Cerai Dengan Aliff Aziz“Saya Rasa Inilah Jalan Terbaik…,” – Bella Astillah Nekad Cerai Dengan Aliff Aziz

Ads

Selepas beberapa kali peluang diberikan, perceraian adalah jalan terakhir bagi Bella.

“Saya kira perceraian adalah yang terbaik sekarang. Sudah banyak peluang diberikan pun. Saya harap Aliff dapat memberikan kerjasama dalam menyelesaikan kemelut ini,” katanya, lapor Harian Metro.

Malah menerusi video yabg dikongsikan media, ibu kepada dua cahaya ini turut menjelaskan, perpisahan adalah jalan terbaik.

Ads

“Saya rasa inilah jalan yabg terbaik untuk saya dan Aliff. Seperti mana yang semua orang tahu, kami berdua pernah rujuk sebelum ini.

“Jadi saya rasa dengan kita memilih jalan masing-masing mungkin itu yang terbaik untuk diri Aliff dan saya juga,” katanya.

Terdahulu, Bella hadir di mahkamah dengan ditemani ibu dan adiknya, Didi Astillah.

Ads

Bella diwakili peguam syarie Azmi Rais dari Zulkifli Yong Azmi & Co.

Imbas kembali, Bella dan Aliff pernah bercerai pada Mei 2019 namun rujuk semula pada tahun sama ketika masih dalam tempoh edah.

Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI