Penyanyi dangdut, Amelina telah berkongsi satu video ketika dia sedang membuat rawatan badan menerusi akaun Instagram miliknya.
Lantas, perkongsian Amelina atau nama sebenar Norazlina Amir Sharipuddin telah menerima komen berbaur lucah dari netizen.
“Wowww seksi sangat dan mantop sangat dan gebu sangatlah body Kak Long Amelina nie saya rasa macam nak peluk je tubuh badan Amelina tuuu”tulis individu tersebut.
Namun, penyanyi yang terkenal dengan lagu Memori Daun Pisang itu telah memadam entri tersebut.
Alahai, netizen pun tidak baik untuk memberi komen yang berbaur lucah kepada artis atau sesiapa pun. Barangkali Amelina hanya sekadar mahu berkongsi aktiviti harian bersama peminatnya.
Foto : Instagram Amelina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
MasyaAllah…Rupanya Datin Seri Umie Aida Pasang Ayat Suci 24 Jam Sehari Sebagai Kaedah Didik Anak Hafal & Khatam Quran
Pelakon, Datin Seri Umie Aida yang baru sahaja menerima kehadiran seorang bayi perempuan sebagai anak angkat berkongsi tips berkesan cara mendidik anak agar mampu hafal dan khatam Al-Quran pada usia muda.
Pelakon Dukun itu memuatkan beberapa sedutan video di Insta Stories anaknya sedang diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
“Alhamdulillah anak me senang sangat jaga,” kongsinya.
“Bagi susu setiap 2 jam sekali,” tulisnya lagi.
“27/7 me pasang quran juz1 selama usia baby sebulan,” tambah Umie.
“Usia 2 bulan…juz 2 dan seterusnya sampai habis 30 juz. Kaedah mendidik anak untuk hafal dan khatam quran usia muda dari ustaz adi hidayat. Insya’allah,” doanya.
Umie sebelum ini memiliki dua anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhelmy, 25, yang berada di bawah jagaannya semenjak kedua-duanya masih kecil.
Umie mendirikan rumah tangga bersama Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan pada Mac 2010 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Foto : Instagram Umie Aida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kenapa Ya Allah…Darah Dari Mulut Keluar Banyak,” – Keliru Apa Terjadi, Nonny Nadirah Harap Tak Serius
Darah memenuhi telapak tangan, Nonny Nadirah nyata hilang punca apabila secara tiba-tiba darah keluar daripada mulutnya. Tulisnya, dia tidak mengalami batuk dan semuanya berlaku secara tiba-tiba.
“I don’t know whats wrong with me. Kenapa banyak darah ni Ya Allah. Kenapa ni, Ya Allah.”
“Korang pernah kena mcm nie ke?
Tgh duduk diam2 dan tiba2 darah dari mulut keluar byk…
xde batuk xde apa..
ke sebab panas ke apa.. xtauu.”
Netizen menyarankan pelakon ini segera ke hospital menjalani pemeriksaan kesihatan bimbang andai ditimpa penyakit serius.
Malah, rakan selebriti lain turut memberi sokongan moral dan menasihati Nonny agar menjaga kesihatan, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.
MH doakan semoga tiada yang serius dan selamat menjalani ibadah puasa.
Foto : Instagram Nonny Nadirah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Bongsu Bakal Jalani Pembedahan Pintasan Jantung, Hunny Madu Mohon Doa
Penyanyi dan pengacara, Hunny Madu ada berkongsi sepotong video yang memaparkan gelagat anaknya, Adam Musa yang kini berusia satu tahun enam bulan.
Kongsi pemilik nama sebenar Hani Farhana Mohd Hatim di Instagramnya, dia memohon orang ramai agar mendoakan urusan pembedahan pintasan jantung anaknya, Adam Musa berjalan lancar.
Difahamkan, proses pembedahan akan dijalankan pada pertengahan bulan ini.
“Peace be upon you. All i ask today and for the rest of the next 2 weeks is for all of u to send a little prayer for my son Adam Musa bin Khairul Azhar who will undergo his first Bypass Heart Operation, Glen Shunt.
“May he recover and be blessed with a wholesome life. May he be filled with days full of happiness and health always. May the operation go smooth and steady for both Adam Musa and the team of surgeons. Ameen.
“With that said, I wanna thank IJN Foundation for helping us out by making the admission seamless and for making sure Adam is comfortable. He’s been crying since morning (because he hates hospitals and the sight of doctors and nurses) but is happy now with his blue berries and tofu with rice.
“I’m super nervous inside but hopefully with all of your prayers, Adam will recuperate. Insya Allah. With that said, I’m sorry if I have ever done anything wrong to you and if my presence has somehow been a negative energy. Please forgive all of my wrong doings. All i ask for is a little prayer. Much love, always. Bismillahirrahmanirrahim. #hakhakgoodvibes #always,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Hunny Madu (@hunnymadu) on
Terdahulu, Adam mengalami penyakit jantung kompleks, Double Inlet Left Ventricle sejak dilahirkan pada Disember 2017.
Malah, Adam juga pernah menjalani pembedahan dikenali Stent PDA sebanyak dua kali.
Untuk rekod, Hunny mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid dan dikurniakan dua orang anak iaitu Eva Medina,7 dan Adam Musa, 1 tahun 6 bulan.
View this post on InstagramA post shared by Hunny Madu (@hunnymadu) on
Video : Instagram Hunny Madu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI