Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menyatakan hasrat untuk bersara awal kerana menyedari untuk memperoleh kebahagiaan hakiki, dia perlu lebih matang.
Jelasnya kadang kala dia tidak menyedari anak-anak semakin membesar dan bijak.
Keberadaan bersama anak-anak membuatkannya lebih ceria dan menyempurnakan hidup.
“Saya rasa sy dah tua dan sy nak pencen awal.. dan sy rasa ni kebahgian hakiki sy x perlu jadi mcm dulu.. sy perlu jadi lebih matang.. Kadang2 x sedar anak makin besar,makin bijak.
“2 tahun lepas waktu yusoff lahir abah paking happy sebab yusoff bam2…abah suka dapat anak bam2….yusoff anak yg sangat menceriakan abah dan semua yg ada dlm rumah.
“Selalu je cari2 abah bila abah x ada…….abah rasa bahgia ada anak2 yg ramai…..dah lengkap hidup abah ni.
“Mudah-mudahan anak2 abah jadi anak yg membahagiakn dunia dan akhirat…Raudhah kecil lagi….belum boleh buat gomol2.
“Nantip dah besar siaplah abah kerjakan,” kongsinya di laman Instagram.
Netizen turut memuji perancangannya dan tumpang gembira dengan kebahagiaan keluarga itu.
Foto : Instagram DS Aliff Syukri