Selepas hampir 28 tahun, penyanyi Soma menyatakan rasa syukur apabila impiannya untuk menghasilkan album sulung berjudul ‘Perjalanan’ akhirnya menjadi kenyataan.
Menurut Soma atau nama sebenarnya Rosmah S.Sengari @ Basar, dia tidak pernah patah semangat dan menyifatkan Allah SWT sebagai sebaik-baik perancang.
“Perasaan saya bercampur baur. Saya rasa gembira dan bersyukur. Pada masa sama, saya ada rasa sedih juga.
“Dengan apa yang saya lalui sebelum ini, akhirnya impian saya tercapai,” katanya kepada MH.
Tambah Soma, dia pernah cuba untuk menghasilkan album sulung pada usia 21 tahun namun, projek tersebut terhenti di pertengahan jalan.
Ads
“Saya menganggap pada ketika itu belum ada rezeki dan waktu yang sesuai. Pada waktu itu, usia saya baru 21 tahun dan kita belum betul-betul tahu orang-orang di sekeliling yang boleh nak bawa saya ke dalam industri muzik dengan betul.
“Berkemungkinan ada berlaku juga masalah-masalah lain seperti di bahagian produksi. Pada usia yang muda, kita ikut sahaja apa yang mereka aturkan.
“Namun, saya tetap berjaya merakamkan tiga buah lagu. Jadi, untuk menyiapkan album ini. saya hanya menambah dua buah lagu lagi,” katanya lagi.
Soma Teruja Dapat Bekerjsama Dengan Arwah S. Atan
Ads
Pada masa sama, Soma yang pernah muncul juara Bintang Klasik RTM 2010 turut berbesar hati apabila menjadi artis terakhir yang berpeluang bekerjasama dengan komposer legenda, Allahyarham Datuk S. Atan.
“Sebenarnya, saya pun tidak jangka akan menjadi artis terakhir yang berpeluang bekerjasama dengan Allahyarham S. Atan.
“Bila arwah pergi sebelum album ini sempat dilancarkan, perasaan saya agak bercampur baur. Saya rasa sedih sebab arwah sudah tiada dan pada masa sama rasa bertuah kerana menjadi artis terakhir yang mendapat sentuhan komposer legenda.
“Kali terkahir kami bertemu Allahyarham ketika Konsert Legend di Sabah pada 2 November lalu.
Ads
“Saya berpeluang mengisi masa dan menyanyikan lagu ciptaan beliau. Dua minggu kemudian, arwah meninggal,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Soma juga berkongsi pengalamannya sewaktu proses merakamkan album bersama Allahyarham.
“Kata orang, arwah seorang yang garang tapi pada saya tidak. Dia hanya tegas dan menekankan soal disiplin dari segi masa dan komitmen. Ketika bekerja, kita perlu serius dan tak boleh main-main.
“Kebetulan saya juga seorang yang serius. Jadi, mudah untuk kami bekerjsama,” akhirinya.
Album yang diterbitkan dalam bentuk digital ini memuatkan lima buah lagu iaitu Curahan, Dugaan, Perjalanan, Memori Bulan Disember dan Bebaskan Aku.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Datin Niena Baharun menyifatkan setiap wanita hentaklah sentiasa berhati-hati dan berfikir panjang sebelum memutuskan untuk memilih pasangan hidup.
Jelas Niena, sekiranya para wanita tersilap langkah dalam membuat keputusan paling besar di dalam hidupnya itu, kemungkinan besar mereka akan menyesalinya seumur hidup mereka.
“Nasihat buat semua perempuan di luar sana, berhati-hatilah dalam mencari pasangan hidup. Kerana perempuan yang paling malang sekali adalah perempuan adalah perempuan yang salah memilih lelaki untuk dijadikan suami.
“Kerana kehidupan seseorang perempuan selepas bergelar isteri nanti adalah sepenuhnya bersama suami,” tulisnya.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut menambah, para wanita akan lebih beruntung sekiranya mereka bertemu dengan lelaki yang sangat menjaga agamanya serta menghormati martabat seorang isteri.
“Maka pilihlah lelaki yang soleh, lelaki yang baik agamanya. Dia menjaga hubungannya dengan Allah, solat lima waktu tak pernah tinggal.
“Lelaki yang hormat kepada mak ayah, dan dia juga menghormati kamu sebagai seorang perempuan. Bila marah dia tidak menaikkan tangan ke tubuh kamu.
“Bahkan dia menasihati kamu dengan penuh lemah lembut serta berhikmah. Mungkin tegas pada suara tapi lembut pada hati,” katanya lagi.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Niena sebagai reaksi balasnya berhubung isu seorang isteri hamil yang parah dipukul oleh suaminya seperti yang tular di dada-dada akhbar baru-baru ini.
Dalam pada itu, Niena turut berpendapat rupa dan harta tidak menjaminkan apa-apa sebalik hati yang ikhlas mampu untuk memimpin tangan isteri hingga ke syurga kelak.
“Tak salah jika memilih rupa tapi memilih lelaki yang tampan itu tidak menjamin kebahagiaan hidupmu. Dan mimilih lelaki yang kaya bukan bermakna kamu tidak akan diduakan.
“Kerana hati yang tulus ikhlas bukan datang dari paras rupa dan harta. Tapi datang dari hati seorang lelaki yang ikhlas mahu hidup berdua sampai ke syurga Allah,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Niena telah pun mendirikan rumah tangga bersama Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim pada tanggal 1 Februari 2018.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Adiel Mikail yang kini baru berusia 2 tahun.
Sumber: Instagram Datin Niena Baharun
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Fenomena filem epik, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan turut dirasai semua termasuk golongan selebriti yang sama-sama menyokong filem tempatan yang kini sukses mengutip jutaan ringgit meski baru beberapa hati ditayangkan di pawagam.
Pelakon Fauzi Nawawi misalnya turut berkongsikan pengalaman sewaktu ini menonton filem hebat arahan Syamsul Yusof itu.
Menurut Fauzi, dia sebelum ini tidak berjaya mendapatkan tiket kerana sudah penuh namun akhirnya berpeluang menonton filem berkenaan pada hari biasa.
“Dah beberapa hari ni panggung penuh je sampai takde ruang nk tengok #matkilau. Memang berbisa betul pukulan @syamsulyusoffilm ni ,fenomena filem epik di zaman milenium.
“Guys korang Kalau nak tengok filem ni hujung minggu kena booked tiket dari sekarang, Saya terpaksa datang tonton time orang sibuk bekerja dan belajar. Tahniah big bro @syamsulyusoffilm.
“Tak senang tidur saya dibuatnya tiket asyik habis je,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Suami kepada aktres Lisdawati ini menonton filem tersebut bersama anak-anak.
“Selepas beberapa hari nak tengok Mat Kilau tiket tak ada semua penuh, full house. Jadi saya buat keputusan untuk tonton Mat Kilau waktu tengahari orang tengah sibuk berkerja. Akhirnya saya dapat tiket, tengok dengan anak-anak saya,” katanya menerusi video yang dikongsikan.
Dalam perkembangan lain, GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat tayangan, semalam.
Filem itu sekali gus mengatasi kutipan filem Jurassic World dan Top Gun Maverick yang turut ditayangkan di Malaysia ketika ini.
Pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof menerusi Harian Metro menyifatkan kutipan yang dicapai setakat ini adalah luar biasa.
“Melihat kepada senario untuk filem Mat Kilau, kebanyakan ulasan daripada masyarakat yang belum dan sudah menonton mereka memberikan komen dan maklum balas yang sangat positif.
“Saya sangat bersyukur sebagai penulis filem ini juga kerana mereka menerima baik naskhah epik yang mengangkat tokoh Melayu kita iaitu Allahyarham Mat Kilau.
“Jadi ini satu usaha bersama bukan saja saya sebagai pengarah, pelakon, pasukan dan penerbit, tapi juga disokong kuat oleh penonton Malaysia sendiri. Jadi kita sama-sama harus berbangga dengan kejayaan ini dengan kutipan pada saya luar biasa.
“Jadi kalau mengikut komen dan buah mulut orang, insya-Allah kutipan filem ini akan terus bertambah,” katanya.
Filem terbitan Studio Kembara itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhan, Johan As’ari dan ramai lagi.
Walaupun sudah lebih dua tahun Allahyarham Abam meninggal dunia, namun karya-karya lawak dan komedi yang dijayakannya terus menjadi antara kenangan terindah buat peminat setianya.
Kehilangan Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pastinya lebih dirasai ahli keluarga lebih-lebih lagi balunya, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini sudah berusia tiga tahun.
Hidayah sering berkongsikan perkembangan anaknya itu menerusi laman sosialnya dan baru-baru ini sebuah video di aplikasi TikTok memperlihatkan Hamzah sedang mengucup gambar arwah bapanya cukup meruntun hati netizen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sedih dengan perkongsian tersebut malah turut mendoakan agar Hamzah menjadi anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya.
“Kesian dia kecil-kecil dah tak ada ayah, kita doakan semua… Al-Fatihah.
“Allahuakbar sayang Hamzah juga. Semoga membesar menjadi anak yang soleh.
“Hamzah anak yang baik, jadi seperti ayah Hamzah ya. Al-Fatihah Abam, moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
“Allahu, jatuh air mata aku tengok anak comel ni siap panggil ayah… semoga sihat selalu.
“Anak yang kuat dan ibu yang hebat,” komen netizen.
Sekadar informasi, Abam mendirikan rumah tangga dengan Hidayah, 31, pada Disember 2017.
Allahyarham Abam yang merupakan anggota kumpulan pelawak Bocey menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Jenazah Abam disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Abam Bocik
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terkenal dengan kandungan-kandungan lucu berkaitan isu semasa di platform media sosial, pelakon Fadzil Zahari tampil membuat permohonan maaf sekiranya perkongsiannya itu ada menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.