Pelakon Diana Danielle menyifatkan tindakan memfailkan permohohan cerai yang dilakukan rakan baiknya, Puteri Sarah Liyana pada Isnin pasti ada sebab yang tersendiri.

Tidak berpihak kepada sesiapa, isteri kepada pelakon Farid Kamil itu menyuarakan pendapat peribadinya.

“Saya rasa tiada wanita yang ingin membuat begitu (bercerai) tanpa sebab. Dan kita tidak boleh bercakap banyak kerana masing-masing ada kekurangan dan kelebihan.

“Saya tidak mahu berpihak kepada sesiapa berhubung isu berkenaan, namun sebagai wanita semestinya kita memahami perkara yang dibangkitkan sebelum ini,” katanya kepada MH.

Ads

Ibu kepada dua cahaya mata ini turut mendoakan yang terbaik kepada isteri pengarah Syamsul Yusof itu.

“Dalam kehidupan ini, kita tidak boleh menjangka pengakhiran kita dalam apa jua keadaan. Kita hanya mampu memberikan yang terbaik dan Puteri Sarah juga sudah membuat sebaik mungkin buat keluarganya.

Ads

“Jadi kita hanya menyokong apa saja tindakan yang diambil. Apa saja yang terbaik buat Puteri Sarah dan anak-anaknya,” katanya lagi.

Terdahulu, Puteri Sarah nekad memfailkan tuntutan cerai susulan krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik.

Ads

Puteri Sarah juga dilaporkan enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua di Thailand, baru-baru ini.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI